Aku cuba menahan air mataku dari keluar. Aku perlu kuat demi dia. Tak sangka aku bakal kehilangan dia secepat ini.
Aku memberhentikan kenderaan di bahu jalan. Kemudian aku menoleh untuk memandangnya.
"A... Airis ak... aku minta maaf. Aku tau aku selalu cakap kasar dengan kau. Aku tak pernah ada kawan perempuan sebab tu aku dah terbiasa cakap kasar. Aku..."
Aku tak sanggup untuk teruskan bicara. Lidahku kelu. Aku dihurung rasa bersalah. Aku menyeka air mataku yang mulai menitis.
"Aku akan buka hati aku untuk kau. Aku akan cuba sayangkan kau. Aku janji yang kau akan jadi perempuan yang paling bahagia. Aku akan selalu luangkan masa dengan kau. Aku tak nak hilang kau!"
Tak kusedar suara aku sudah tinggi sedikit. Aku lihat Airis masih lagi menundukkan wajahnya. Mungkin tidak mahu menunjukkan padaku bahawa dia tidak kuat. Ya Allah, kuatkanlah semangat dia...
"Airis, kau sakit apa?"
Dia masih lagi mendiamkan dirinya.
"Airis Qaireena. Pandang aku, bagitau apa sakit kau."
Perlahan dia mendongakkan wajahnya memandangku. Matanya yang polos itu sedikit bengkak kerana menangis. Aku mengambil sapu tanganku kemudian mengelap air matanya.
"Sebenarnya..."
"Sebenarnya saya..."
"Sambung, Airis Qaireena."
Aku memegang erat lengannya yang berlapik baju. Ingin menyalurkan semangat. Aku tahu pasti sukar untuknya.
"Sebenarnya saya alien yang tersesat dekat bumi. Ketua alien dah panggil jadi saya kena pergi..."
Aku terpana. Dia main-mainkan aku? Aku mencengkam lengannya. Geramnya lah...
"Airis Qaireena!"
Suaraku sudah tinggi seoktaf. Aku ingin memarahinya tetapi apabila terpandang wajahnya amarahku seakan pudar. Airis seronok mentertawakan aku.
Geramnya!"Dah janji kena tepati. Nanti awak jadi orang munafik. Haa," ugutnya.
"Janji apa?"
"Nak buka hati awak untuk saya."
Heh, memang taklah!
"Memang taklah, kau dah tipu aku. Kononnya dah tak lama. Macam manalah aku boleh percaya dengan kau?" Aku menggeleng kepala.
"Alololo, comelnya muka awak masa marah. Macam Squidward tau tak?"
Aku mengerutkan dahiku. Binatang apa tu, Squidward? Ah! Aku tengah marah ini. Aku menghiraukannya. Lalu menghidupkan enjin dan memulakan perjalanan.
"Awak..."
"Awak..."
Aku biarkan sahutannya sepi. Aku malu, marah dan geram sekarang. Boleh dia main-main macam tu. Membazir air mata aku sahaja tadi.
"Lebah..."
Aku mengerlingnya. Ada sahaja idea dia untuk buat aku berikan perhatian padanya.
"Kenapa kau panggil aku lebah?""Hehehe. Saya ada dua sebab. Nak dengar ke?"
"Tak nak."
"Ala nak cerita juga. Bluek."
Dia menjelirkan lidahnya. Aku membalas dengan jelingan maut.
"Sebab pertama, lebah bahasa inggeris bee kan? Tapi kalau nak panggil awak macam tu, lambat lagi. Jadi saya panggil lebahlah dulu," terangnya.
"Kedua, saya rasa awak ni macam lebah. Lebah ni baik tapi bila dikacau dia akan serang kita. Sama macam awak, awak baik tapi kalau saya kacau awak. Automatik jadi singa jantan. Hahaha."
"Haha. Lawaknya. Tahniahlah," balasku senada.
Aku menghiraukannya. Mataku tumpukan pada pemanduan. Airis di sebelahku masih lagi berceloteh. Entah apa yang dia ceritakan, aku tak tahu. Aku sedang protes dengannya.
"Awak? Nak tanya ni."
"Awak?"
"Burung wak-wak?"
"Hish, apa dia!" Kalau tak dijawab nanti macam-macam lagi panggilan yang keluar. Serabut kepala aku.
"Hehehe. Saya nak tanya, awak ke Mr. Z yang penulis novel cinta bestseller tu?"
Aku tersentak. Mana dia tahu. Aku paling pantang kalau orang tak hormat privasi aku...
Aku memberhentikan kereta sekali lagi. Kemudian aku memandangnya.
"Macam mana kau tahu?" Wajahnya mulai kelihatan gelisah.
"Erm... kan haritu masa saya tertidur dekat bilik awak. Sebelum tertidur saya ada nampak novel Mr. Z, jadi saya tanya umi. Lepastu umi cakap 'yelah kut'."
Aku mengetap bibirku. Sambil itu aku merenungnya.
"Kau bagitau sesiapa pasal rahsia aku, siap kau."
Aku memberikannya amaran. Aku ingin memarahinya tetapi tidak sampai hati.
"Apa saya dapat kalau saya rahsiakan benda ni?"
Pertanyaannya seakan mencabarku. Hatiku panas. Tak pernah lagi orang cabar aku macam ni. Dah lah tak hormat privasi orang, mencabar pula tu...
"Airis Qaireena! Aku bagi kau amaran. Kalau ada yang tahu pasal ni, kau aku cari. Mak ayah kau tak ajar ke untuk hormat privasi orang? Tak ada akal ke nak fikir!"
Suaraku naik tinggi seoktaf lagi. Aku sudah tidak dapat menahannya lagi. Aku berang. Kemudian aku meraup wajahku.
Aku lihat matanya mulai berkaca. Kasar sangat ke aku cakap tadi?
"M... Mak da... dan ay... ayah saya dah tak ada..."
🔅🔅🔅
Yow chap 7 guys 😁. Mungkin hambar sikit huhuhu. Mohon sedekahlah bintang kecil tu pada War ye huhuhu.
Bye love you!!
YOU ARE READING
She's Mine[C]
Romanceبسم الله الرحمن الرهيم... Karya sulung @MissRose___ 🔅🔅🔅🔅🔅🔅 "Kau ni mental ke hah? Ada wayar yang putus eh kat otak kau?" - Zayn Khayrie "Aah, sebab tu lah awak kena bagitau nama awak dekat saya supaya wayar yang putus tu bersambung bali...