Aku gagahkan diri menyarung Baju Melayu berwarna biru tua. Kemudian aku melilit sampin di pinggangku. Usai itu aku melangkah keluar dari bilik dalam keadaan lemah longlai.
Aku masih lagi berduka tapi takkan sampai majlis kahwin kawan baik aku sendiri pun tak nak datang kan? Aku lihat umi, abah dan Zaf juga turut bersiap. Awal lagi ni. Aku memanglah kena awal sebab aku pengapit. Tapi dia orang kan tetamu.
"Kenapa umi, abah dengan Zaf dah bersiap ni, awal lagi."
"Oh, ni Airis suruh tolong-tolong dekat majlis dia. Itu yang kami dah siap ni."
"Hah? Majlis apa?"
Kejap! Harini majlis Hadi, kebetulan ke apa ni? Aku berfikir sejenak. Kemudian aku teringat apa yang Airis pernah katakan.
'Lebih daripada seorang kawan, Zayn Khayrie. Selamat malam'
Takkanlah... Hadi dengan Airis! Jadi betullah Hadi ada hubungan dengan Airis selama ini. Aku yang bodoh pergi jatuh cinta pada Airis.
Hidup-hidup aku kena tipu dengan kawan baik aku sendiri! Kurang ajar! Aku takkan lepaskan kau orang. Tunggulah...
Aku bingkas mengambil kunci kereta. Panggilan dari mereka tidak kuendah. Hati aku panas. Sanggup kau tipu kawan baik kau, Hadi! Selama ini aku anggap kau macam adik beradik, tapi kau khianat aku...
Dan Airis! Betapa aku dah mula sayangkan dia, tapi dia tipu aku. Dia rapat dengan aku selama ini untuk apa? Dia buat aku jatuh cinta pada dia untuk apa? Aku menghentak stereng kereta dengan kuat.
Sakit... Tapi sakit lagi hati aku. Dalam satu masa dua orang yang paling aku sayang memperbodohkan aku. Kenapalah aku tak sedar. Berkali-kali aku menghentakkan tanganku pada stereng untuk melepaskan amarahku.
🔅🔅🔅
Tiba sahaja aku dihadapan dewan majlis perkahwinan mereka, aku meluru masuk. Perkara pertama yang aku buat ialah mencari kelibat Hadi.
Kelibat Hadi yang sedang berbual dengan seseorang, kukesan. Segera aku lajukan langkah menghampirinya.
"Eh, Zayn. Awal kau datang?"
"Sini kau."
Aku menariknya keluar dari dewan. Kemudian aku mencekak kolarnya. Amarahku tidak lagi dapat ditahan. Aku memandang tepat kearah matanya.
"Apa yang kau tak puas hati dengan aku, Hadi? Kenapa kau tikam belakang aku? Apa yang aku buat dekat kau sampai kau sanggup bodohkan aku!"
YOU ARE READING
She's Mine[C]
Romanceبسم الله الرحمن الرهيم... Karya sulung @MissRose___ 🔅🔅🔅🔅🔅🔅 "Kau ni mental ke hah? Ada wayar yang putus eh kat otak kau?" - Zayn Khayrie "Aah, sebab tu lah awak kena bagitau nama awak dekat saya supaya wayar yang putus tu bersambung bali...