"Airis," panggil aku. Dua perempuan di sebelahnya yang tidak aku kenali saling berpandangan. Kemudian mereka berbisik seketika.
Setelah Airis mengangguk barulah mereka berdua berjalan meninggalkan kami. Mungkin risau jika aku akan buat sesuatu kut. Tabahlah, Zayn.
Airis yang lengkap berbaju kurung putih persis seorang bidadari mendekati aku. Ceh, sempat lagi kau puji bakal isteri orang Zayn. Tak malu.
Aku menggosok belakang tengkuk ingin menghilangkan rasa janggal. Siapa je tak kekok bila berdepan dengan bekas kekasih di hari istimewa dia. Haha.
Sempat lagi aku berdehem. Nak bercakap, perkataan tak terkeluar pula.
"Awak nak apa?" Dingin dia bertanya. Mungkin tak mahu menimbulkan salah faham pula bila si jebon tu nampak aku dengan Airis berdua ini. Karang jadi perang dunia ketiga pula.
"Er, saya nak cakap sikit boleh." Dia pandang tepat ke dalam mata aku. Membuatkan hormon adrenalina aku dirembeskan. Acah je kau ini, Zayn. Entah betul ke tak itu.
"Saya cuma nak minta maaf dekat awak. Selama kita kenal dulu saya jarang layan awak baik-baik. Saya tahu saya ego. Dan saya dah pun dapat balasan saya. Saya dah sedar sekarang ini. Awak bukan milik saya dan cinta tak semestinya memiliki."
Aku menundukkan wajahku. Cuba mencari kekuatan untuk terus berhadapan dengan dia. Aku kembali menatapnya sambil tersenyum. Kalau boleh, aku nak luahkan segalanya. Biarlah apa nak jadi sekali pun. Yang penting aku puas.
"Saya cintakan awak, Airis Qaireena. Saya tahu semua ini dah terlambat. Tapi percayalah hati saya hanya milik awak. Saya rindu awak. Saya rindu awak panggil saya monyet, awak panggil saya lebah," tuturku sambil ketawa kecil. Cuba menyembunyikan sebak di hati.
Dia terus menatap aku tanpa bersuara. Melihatkan reaksinya sebegitu, aku mengeluh seraya bibir tersenyum.
"Tak apalah, saya cuma nak cakap itu je. Oh, lagi satu. Er... sel... selamat peng... pengantin baru. Hahaha tergagap pula." Aku tersengih. Kemudian, aku mengeluarkan sesuatu dari poket seluar.
"Tangan," kataku. Dia tercengang.
"Saya nak minta tangan awak." Lambat-lambat dia menghulurkan telapak tangannya. Aku meletakkan sebentuk cincin. Airis memandang aku sambil mengerutkan kening sebagai tanda meminta penjelasan.
"Saya dah nak kahwin, Zayn," katanya sebaris.
"Saya bukan nak melamar awaklah. Saya cuma nak bagi je cincin ini. Inikan cincin awak. Takkan saya pula nak pakai. Anggaplah itu hadiah dari saya."
"Tak saya tak boleh terima. Awak ambillah balik." Dia menghulurkan cincin tersebut kepada aku. Aku menggeleng kepala.
"Tolonglah, terima cincin ini. Itu je yang saya minta. Lepas ini saya dah tak kacau dah awak."
"Umm. Okey."
Perlahan dia berlalu meninggalkan aku. Tak sampai beberapa langkah, dia memegang kepalanya. Langkahnya mulai tak stabil. Lantas, aku menyambut tatkala melihat Airis seakan ingin terjatuh.
"Awak okey tak ini?" Dahinya berkerut kuat bagai menahan sakit yang teramat. Risau dengan keadaannya, aku memapah dia ke pondok berdekatan.
"Kepala awak sakit ke?" Dia mengangguk. Ah! Sudah apa aku nak buat. Aku bukan doktor. Baru aku berura-ura ingin mengambil telefon di dalam poket, laju tangannya menghalang.
Dia menatap aku. Aku cuba melarikan pandangan. Risau makin kuat pula perasaan aku pada dia. Yalah, aku kan dalam proses move on.
Lama dia pandang aku, sebelum aku lihat tubir matanya berair. Kenapa dia menangis?
YOU ARE READING
She's Mine[C]
Romanceبسم الله الرحمن الرهيم... Karya sulung @MissRose___ 🔅🔅🔅🔅🔅🔅 "Kau ni mental ke hah? Ada wayar yang putus eh kat otak kau?" - Zayn Khayrie "Aah, sebab tu lah awak kena bagitau nama awak dekat saya supaya wayar yang putus tu bersambung bali...