Prolog

176 16 12
                                    

PELBAGAI emosi menderu masuk ke dalam diri ini. Kawasan lapang berbatu itu aku pandang dengan rasa sepi yang dicengkam dingin. Hening sama berlari, tidak kurang datang buaian angin membedil pipiku. Hari ini, cuaca sedikit cerah sementelah cahaya matahari belum merancak sempurna di lautan langit. Aku datang ke sini pada waktu pagi. Awal lebih baik kerana selepas ini, mungkin ianya menjadi sukar untuk aku datang ke sini. 

"Assalamualaikum, ibu datang nak ziarah Amanda." Tangan yang meruncing, aku gerakkan untuk mencabut rerumput yang tumbuh melata di tanah yang kering itu. Sudah beberapa hari hujan tidak turun dan mungkin menyumbang kepada kekeringan yang berlaku di sekitar kawasan sini.

Usai mencabut rumput dan membersihkan serata kubur, aku sedekahkan bacaan Al-Fatihah dan Surah Yasin untuk si permata yang berada di alam sana. Selesai, air daripada jag bercampur kuntuman bunga kucapai lalu kusiramkan ke atas tanah yang sudah bersih daripada sebarang rumput. Perlahan sahaja aku jatuhkan liratan air itu, sama perlahan dengan detak jantung dan rasa hati tikala ini.

Aku mengoyak senyuman kecil. Batu nisan yang baru dan masih segar terpacak di situ  kurenung dengan bakulan detak menderu dada sebelum aku mengusapnya. Perlahan dan tenang. Tidak kalut ataupun terkejar dek masa.

"Amanda anak ibu yang tak berdosa. Amanda anak yang baik dan perkara itu buat ibu sentiasa sayangkan Amanda," tuturku dengan senyuman yang tak lekang terpalit pada bibir. Biarpun jasad itu tiada, aku menggambarkan diriku seolah-olah sedang bercakap dengannya.

"Ibu minta maaf sebab gagal jaga Amanda." Aku tunduk sedikit dengan senyuman, tetapi kali ini sudah bercampur dengan juraian mutiara. Biarpun berjuta kali aku letakkan sesalan, ingatan itu akan selalu membedil fikiranku sendiri.

Selang seminit bertafakur, aku bangkit dari duduk yang berlapiskan tikar mengkuang. Selendang yang terbang ditiup angin, aku betulkan supaya nampak sedikit rapi. Cukup untuk menutup leher ini. Sempat aku menatap batu nisan itu untuk kali terakhir sebelum aku menghalakan langkah keluar dari tanah perkuburan.

"Biarpun keadilan tak berpihak pada Amanda, ibu akan cuba. Ibu akan cuba cari siapa yang buat Amanda macam ni. Dan walaupun Amanda dah tak ada, Amanda cuma perlu tahu yang ibu sayangkan Bunga Amanda... untuk selamanya."


***

Haii! As you guys see, I'm back with my new story yang mana menggunakan pov 1 untuk kali ini. Yang mana pernah baca The Fallen Dahlia, masih ingat lagi tak dengan Ammara Sakura heee~

Kali ni mari kita tengok dia jadi heroin pulak hohoho.

Btw, ini sambungan TFD ke? Tak, jangan risau, cerita ni stand alone kalau tak baca TFD pun tak mengganggu pembacaan korang kat sini. 😙

Hope you enjoy it! ❣️

The Secret SakuraWhere stories live. Discover now