Episode 1 : School Rating.

3.8K 216 4
                                    

Rentak lagu rancak dari 5 Second Summer Daylight memenuhi ruangan bilik sewaktu pemiliknya duduk berias di depan meja soleknya. Bergaya seperti selayaknya seorang remaja berpakaian untuk kelas pagi pada hari pertama semester satu, tahun tiga di Galatic Vista Academy.

Beruniform biru golden dan bereben pada kolar, rambutnya disanggul malas dengan dua batang chopstick warna biru gelap. Lencana bentuk mahkota warna kuning keemasan tersemat rapi di poket kanan blazer yang dipakai.

Well....kenapa dia bersemangat sakan hendak bergaya?Bukan sebab nak cuba tarik perhatian orang lain atau buat semua orang suka pada dia.

Ceritanya bermula begini...

Setiap tahun, biasanya akademi ini akan adakan sesi orientasi dan perhimpunan bagi meraikan kemasukan pelajar ke semester baru. Untuk itu mereka semua perlu kelihatan menarik dan secantik yang boleh. Katanya ada kelebihan yang bakal mereka peroleh. Iaitu diberi ganjaran rating.

Rating yang diberikan menggunakan bintang dalam sistem pelajar di akademi itu. Dalam sistem ini, setiap pelajar yang berdaftar dalam senarai akademi, boleh mendapat akses untuk diberikan rating oleh sesiapa yang berkenaan.

Semakin banyak bintang yang dikumpulkan. Maka semakin tinggi la hierachy seseorang pelajar itu. Sebab dalam akademi ni kalau nak survive pelajar tu at least perlu memiliki rating lebih dari 5 bintang ke atas. Bawah daripa itu, banyak la kekurangan yang bakal mereka peroleh.

Contohnya makan makanan yang tidak sedap, guna toilet yang kotor, senior akan buli, pensyarah takkan suka. Atau study di dalam kelas yang dipenuhi dengan loser dan budak selekeh yang suka buat masalah dan tidak pandai bergaya. Tidak mendapat kemudahan mewah seperti pelajar rating atas.

Tapi kena ingat, rating ni ibarat hot stuff jugak. Ada masa yang berada di atas akan turun ke bawah. Manakala yang bawah bila-bila masa boleh naik  ke atas.

Kalau seseorang tu dah macam tak menarik, hilang populariti,  di pandang atau tidak layak di beri rating, sesiapa saja yang dari rating 5 ke atas boleh turun ke rating paling rendah. Jadi untuk elakkan dari hal tu dari terjadi, penglibatan diri dalam aktiviti kelab dan akademi perlu la aktif. Jika tidak...tahu-tahu sendiri apa akan jadi.

Hal iniembuatkan dalam akademi ini tiada sistem hieraki yang bergantung pada kekayaan dan latar belakang semata. Siapa kaya siapa miskin, tiada siapa ambil peduli mengenainya. 

Sistem heiraki disini bergantung pada seberapa tinggi rating yang dimiliki oleh seorang pelajar tu. Biasanya rating 1-5 hanya akan dapat layanan kelas commoner.

Rating 6-10 akan menerima layanan diraja. Tak kira la kalau pemilik rating tu kaya ataupun miskin, pandai tak pandai, mereka akan dapat layanan yang sama mengikut rating yang dimiliki.

Sistem Rating ini telah dicipta oleh pihak akademi sendiri bagi memastikan keadilan dalam hak pelajar. Mereka buat semua ni sebab tak nak bias pada mereka yang kaya saja. Falsafah akademi adalah siapa nakkan sesuatu atau mahukan suatu kesenangan perlu berusaha untuk dapatkannya. Miskin atau kaya tidak ada berat sebelah. Sekiranya berusaha dapat la kelebihan. Kalau tidak malas berusaha memang berdiri dekat tepi jadi penonton aje la.

Knock!

Knock!

"Aaliyah Ingrid!Lama lagi ke kau nak berdandan tu? Perhimpunan nak mula dah ni!"panggil rakannya dari luar bilik.

Aaliyah  yang sedang membelek dirinya di cermin tersenyum senang melihat penampilan ringkasnya.

Kenalkan, watak utama dalam kisah ini. Aaliyah Ingrid, 18 tahun. Pelajar Tahun Ketiga kelas 2A-3. Rating 6.5. Ketua kelas dan juga anak seorang petani. Anak nombor 3 antara empat beradik. Pengerusi Kelab Astronomi dan pandai bermain alat muzik. Pengawas Perpustakaan setiap hari Selasa dan Jumaat. Seorang yang narcistik dan optimistic. Tak suka makan timun dan makanan pedas. Tiada teman lelaki tapi ada musuh abadi. Kedudukan ranking 4 keseluruhan akademi.

"Coming!"sahutnya sebelum bangun dari situ lalu capai beg sandangnya yang berada di atas katil.

Langkahnya di atur lekas ke pintu biliknya sebelum tarik ia ke dalam. Terbuka saja pintu itu dia bertemu dengan rakan baiknya, Farina Lulieta.

Gadis berambut kerinting comel seperti surai singa. Rating 6.0. Ketua pasukan sorak pasukan ragbi.Anak kepada datuk bandar ini. Anak bongsu antara 2 beradik. Pemenang Queen Prom tahun lepas. Pandai bergimsnatik dan bermain piano. Tak suka budak lelaki nerd dan tak handsome. Cerewet bab makan. Seorang yang suka gunakan orang lain untuk kepentingan sendiri. Kedudukan ranking 45 keseluruhan akademi.

"Haih...kau ni..kata pelajar contoh, tapi still paling lambat nak dibandingkan aku pelajar paling problem dekat akademi ni.."seloroh Farina sewaktu merangkul lengan Aaliyah.

"Sorry. Malam tadi aku tidur lambat gara-gara study subjek baru. Serius aku beritahu. Tahun ni semua subjek berat-berat. Better kau study betul-betul atau kau ditendang dari pasukan cheerleading kau tu."pesan Aaliyah semasa bawa mereka jalan menyusuri koridor asrama pelajar perempuan.

"Hah...buat apa. Aku kan ada kau. Tukang tulis nota dan jugak bagi soalan contoh untuk exam." balas Farina dengan bangga.

"Memangnya aku toyol kau setiap kali exam ke?Berusaha la sikit." Aaliyah menyiku perlahan tepi tulang rusuk Farina.

Farina yang dengar tersenyum sinis. "Jangan risau. Aku tak berminat nak jadi doktor atau apa yang kau impikan tu. Sebab lepas habis akademi ni aku akan apply sekolah menari dan jadi artis."

Aaliyah yang dengar palingkan kepalanya ke sisi lalu pandang tepi muka Farina yang kelihatan begitu yakin sekali. "Ayah kau izinkan kau ke?"

"Abang aku kan ada....aku suruh je la dia pujuk ayah aku sampai setuju."cebik Farina sewaktu palingkan kepala ke sisi dan memandang Aaliyah dengan kening di jungkit dengan bangga.

Tidak tahu hendak katakan apa lagi, Aaliyah hanya mampu menggeleng kepalanya. "Apa saja la tuan puteri."

Mereka berdua kemudiannya menuruni tangga berpusar tingkat empat mereka itu sehingga la tiba di lobi asrama dimana pelajar-pelajar perempuan yang lain turut sedang berjalan keluar dari situ untuk ke bangunan Utama dimana perhimpunan bakal di langsungkan.

"Tak sabarnya...mesti ramai student baru kan?"

"Kau rasakan ada ramai senior handsome tak?"

"Kyaa...aku tak sabar nak tinggikan rating aku.."

"Ugh!Aku nak balik bilik!"

Borak mereka yang ada di situ sewaktu Aaliyah dan Farina jalan melewati mereka.

Farina yang dengar perbualan Budak-Budak junior di situ tersengih sinis. "Heh...dia orang ingat hidup dekat sini senang apa?"bisiknya.

Aaliyah tidak beri sebarang komen mengenai apa yang didengarnya. Dia hanya fokus memandang ke depan ketika berjalan.

Tips pertama untuk kekal steady dan berada di rating teratas. Iaitu sentiasa lowprofile. Kekal merendah diri dan kalau boleh kurangkan buatkan diri jadi perhatian ramai. Sebab orang paling tak suka manusia yang jenisnya attention seeker!

23. The Hierarchy Where stories live. Discover now