Episode 41 : Makan Tengah Hari Bersama!

1.3K 122 5
                                    

Kebiasaannya waktu macam ni iaitu waktu rehat atau rehat antara kelas Farina pasti akan menghabiskan masa sendirian. Kerana Aaliyah  sering berada di perpustakaan atau berada di dalam kafeteria untuk budak rating bawah. Nak tak nak terpaksa la dia makan sendirian setiap kali waktu tengah hari. Ikutkan hati Farina mahu aje bergaul dengan orang lain di dalam kafeteria  Rating atas ni, tapi itulah tak berani ada segan pun ada. Masakan tak, kan rating dia cuma 6 aje sementara orang lain rating 7 ke atas. Nak dibandingkan dengan mereka yang lain di situ rasanya dia adalah paling terendah.

Dia nak sangat naikkan rating tapi naikkan rating ni bukannya senang. Selagi bukan sesiapa di mata orang akademi ni selagi tu rating dia takkan naik. Lagipun Farini tak ada ramai kenalan macam Aaliyah. Kawan dia cuma Aaliyah aje la. Yang tolong naikkan rating ndia pun Aaliyah dengan kawan-kawan Ian. Itupun kalau Ian dengan kawan-kawan lelaki tu nak tolong bagi rating. Kalau tak memang takkan naiknya.

Mana-mana Aaliyah pergi mesti ada je yang tertarik pada kawannya itu. Tak lelaki, tak perempuan. Mahupun pensyarah sendiri. Termasuk la dekan. Semua favor  Aaliyah sedangkan Aaliyah bukan sesiapa pun. Bertuah betul!Dia yang kaya ni rasa macam dia pulak yang miskin. Sementara Aaliyah yang miskin tu makin kaya pulak dekat sini.

Geram betul!

Srap!

Tanpa sedar salad yang ada dalam pinggan tu di tikam kuat dengan garpu yang di cengkamnya sejak tadi.

"Hey...Sorang aje ke?"tegur seseorang yang muncul di depannya lalu duduk di depan Farina dengan tiba-tiba.

Terbutang luas mata Farina sebab tersentak kerana melihat bukan seorang tapi tiga lelaki segak duduk berhadapan dengan dia. "Senior Isaac, Senior Ken, Senior Hector...selamat tengah hari."sapanya.

"Boleh kita orang duduk semeja dengan awak, Farina?"sengih Isaac dengan manis pada Farina.

Farina telan air liur gemuruhnya serta merta. Tetiba pula rasa malu dan teruja dibuat kehadiran mereka bertiga. Kenapa pulak senior popular akademi  mereka ni duduk semeja dengan dia pulak?. "Sure. Duduk la." angguknya tersipu malu.

Ken mengerling akan Farina dengan beri jelingan tidak suka sebelum membuka penutup botol mineral selepas menyelesakan diri atas kerusi.

"Selalu duduk sendiri ke?"tanya Hector sambil buka pembalut plastik pada sandwichnya.

Isaac topang bawah rahangnya dengan tangan kanan yang disikukan atas meja. Memandang Farina dengan penuh minat. Dia dah selidik latar belakang Farina. Budak perempuan ini adalah anak bongsu pada keluarga kaya yang aktif jalankan bisnes dekat dalam bandar ni. Berkawan baik dengan Aaliyah sejak awal sekolah menengah rendah dan akademi. Tak pandai mana pun, cukup-cukup makan je. Katanya Farina lulus dan dapat rating pun sebab pertolongan Aaliyah. What a snake!

"Iya.."jawab Farina yang terpandang Isaac ketika itu. Jadi semakin berbahang dia rasa dekat leher dan mukanya taktala di tatap begitu.

"Kenapa awak tak makan sekali dengan Aaliyah?"tanya Ken pula yang mula hendak makan makanannya di dalam pinggan.

Lamunan Farina tersentak, hilang terus perasaan gemuruhnya tadi. Dia pandang ke Ken dengan kening terangkat. "Oh...dia duduk bersama sepupunya Ian di cafeteria Rating Bawah."jawabnya.

Hector tersenyum. "Kenapa awak tak ikut dia sekali. Tak adalah sunyi sendirian di sini...tak pun ajak Aaliyah untuk duduk di sini sekali."tanya Hector dengan bersahaja sambil suap makanan ke dalam mulut.

Farina pandang ke Hector pula. Berpinar-pinar kepala dia dibuat aura visual yang dipancarkan oleh mereka bertiga ini. Sumpah dia terkejut sangat. Biasanya tiga orang senior ini amat la sukar untuk di dekati. Nak tegur pun payah apa lagi bertembung dan bercakap depan-depan begini. "Tak ada la...saya ajak je. Aaliyah yang tak nak. Saya nak bersama dengan Aaliyah, tapi itulah saya bukan rapat pun dengan geng Ian tu."

Isaac berdengus tak percaya. Tak kenal ke malu?Cakap aje la. Tak suka bergaul dengan Budak  rating bawah. Nak acah pemalu pulak. "Oohhh iya ke...kalau macam tu apa kata kamu berkawan dengan kami je. Tinggalkan Aaliyah dengan Budak-Budak bawahan seperti Ian tu dan bergaul dengan kami bertiga. Bukan aje setakat kamu boleh naikkan rating dengan mudah, malah kamu boleh jadi popular bila bersama dengan kami. Lagipun berkawan dengan Aaliyah takkan dapat buatkan rating kamu naik dengan segera." pelawanya.

Terangkat tinggi kening Farina lepas dengar. Matanya bersinar penuh semangat dek tawaran Isaac tersebut. Mulutnya ternganga sedikit kerana tergamam. "Huh?"

"Ha'ah..betul tu. Rakan satu rating dengan kami bertiga boleh bantu untuk awak Farina untuk berada di heiraki tertinggi di dalam akademi ni?"tambah Ken lagi dengan renungan penuh muslihatnya.

Hujung bibir Hector terherot ke kanan.

"Eh...tak apa la...segan pulak saya.."tolak Farina sambil lambai tangan tak mahu pada mereka bertiga. Dah kenapa tiba-tiba nak ajak berkawan dengan dia?

"Jangan la malu.Kami ni baik tau. Tak makan orang pun."ujar Hector pula.

Isaac yang dengar komen Hector menggeleng kepala. Ada-ada je la Hector ni! Setelah itu dia palingkan kepala ke kanannya untuk lihat Lucas sedang duduk sendirian di hujung meja tak jauh dari situ. Melihat anak dekan itu membuatkan dia teringat pada Sir Tristan dan cara lelaki tu pandang Lucas seperti dua beradik itu tidak rapat. Masih belum okay ke dua orang tu?

"Okay kalau macam tu. Saya okay je kalau senior nak berkawan dengan saya."setuju Farina tidak lama kemudian.

Mendengar kata-kata itu, Isaac pandang ke Farina lalu hulurkan kepalan penumbuk secara rahsia di belakang Hector. Yang mana Ken nampak lalu ikut hulur tangan lalu melaga penumbuk mereka tanda rancangan mereka

Fist bump!

Target Locked.

Hector angkat tangan untuk high five Farina. "Nice!Mari kita berkawan kalau macam tu!"

Sambil tersenyum girang, Farina balas high five tu.

23. The Hierarchy Where stories live. Discover now