Episode 58 : The Invitation

1.5K 135 5
                                    

Bagaikan bulan baru jatuh ke riba, Farina senyum sampai ke telinga dengan senang hati. Akhirnya, buat pertama kalinya dia dapat jemputan dari pelajar popular untuk hadir ke parti mewah mereka!

Kyaaa!!!!

Siapa sangka selepas segala usaha yang dia lakukan selama ini, akhirnya ia membuahkan hasil. Tak sia-sia dia susahkan hidup Aaliyah untuk semua ni.

Heh!

Kad berwarna coklat dengan tulisan timbul-timbul di tangannya di pandang dengan minat lalu di usap penuh berharga. Dia tak boleh hilangkan kad ni atau dia takkan dapat masuk ke dalam majlis hari lahir Hector nanti!

"Amboi...happy betul aku tengok kau?"tidak semena satu suara muncul dari belakang dia. "Ada apa-apa yang berlaku ke?"Aaliyah jengah kepala dari balik bahu Farina dengan senyuman lebar di bibir.

Melompat terkejut Farina dekat bangku tu di buatnya. Dia serta merta berdiri lalu cepat-cepat sorokkan kad yang di pegangnya ke belakang badan.Enggan Aaliyah tahu mengenai jemputan ulang tahun kelahiran Ken. "Aaliyah...haha...terkejut aku."ketawa dia dengan terpaksa.

Aaliyah tersenyum lebar, dia jalan keliling bangku tu sebelum tiba di depan Farina. "Apa kau buat seorang diri dekat sini?Semua orang dekat cafeteria makan tengah hari."tanya dia setelah berdiri di depan Farina.

Mata Farina naik turun meneliti Aaliyah. Dah kenapa pulak kawan dia ni tiba-tiba datang tegur dia. Ingatkan dah tak pedulikan dia lagi. "Saja. Ambik angin. Kau pulak kenapa ada dekat sini?"

"Cari kau la. Lama kita tak lepak sama. Kan kau sibuk luangkan masa dengan tiga orang senior,terfikirkan kau. Sebab tu aku ada dekat sini."beritahu Aaliyah. "Jom la...kita makan sama."Aaliyah cuba capai tangan Farina, tapi Farina cepat-cepat undur ke belakang.

"Tak payah. Kau makan la sendiri. Mana teman lelaki kau?Kau luangkan lamasa dengan dia je."tolak Farina serta merta. "Aku kena jumpa dia orang kejap lagi."

Aaliyah saja-saja buat muka merajuk dia. "Lah...kenapa kau dah tak nak lepak dengan aku lagi?Aku buat salah dengan kau ke?"dia cuba dekati Farina tapi Farina tetap mahu jauhkan diri jugak. Geram betul!Tarik rambut tu baru tahu!

"Kau tahu...aku rasa. Maybe kita tak perlu berkawan lagi. Kau dah ada haluan sendiri...aku pun ada haluan sendiri. Aku tak rasa aku boleh terus berkawan dengan kau lagi lepas semua khabar angin yang tersebar mengenai kau dalam akademi ni. Aku tak nak gara-gara latar belakang miskin kau ni cemarkan imej aku dekat sini...Lagi-lagipasal kau ada sugar daddy tu. "beritahu Farina sambil cengkam erat kad jemputan di belakang badannya itu.

"Apa kau cakap ni?"air muka Aaliyah jatuh serta merta. "Kau nak putuskan persahabatan kita sebab itu aje ke?"soal dia dengan nada tak percaya.

Farina palingkan kepala ke kanan tidak mahu memandang Aaliyah."Kau sendiri tahu kan...apa yang orang sibuk katakan tentang kau. Aku ada dengar jugak yang rating kau jatuh...jadi aku kena jaga kepentingan aku jugak. Apa pulak orang fikir kalau dia orang nampak aku bersama dengan kau. Rosak la imej aku nanti."katanya.

Aaliyah genggam kepalan penumbuk di dalam tangan semasa pandang geram ke Farina. Sebab siapa jugak semua khabar angin ni tersebar!Dasar kawan makan kawan!Dia cuba beri peluang pada Farina. Nampaknya kawannya ini memang jadi manusia tak sedar di untung langsung. "Kau sure dengan keputusan kau ni?"

"Pergi je la Aaliyah. Aku tak nak orang nampak kau bercakap dengan aku. Nanti dia orang fikir apa pulak."halau Farina sambil lambai tangan menyuruh Aaliyah pergi dari situ tanpa memandang.

Fine. Kalau ini yang Farina mintak. Dia doakan yang terbaik untuk kawannya ini. "Kau tahu...tak kira apa sekalipun yang berlaku, aku tetap anggap kau kawan aku."beritahu Aaliyah dengan ikhlas dan jujur. Dia sayangkan Farina seikhlas hati dia seperti seorang kakak kepada adiknya. Dia tak pernah rasa cemburu atau apa-apa mengenai Farina. Tapi nak buat macam mana, kawannya ini berpegang pada prinsip yang salah untuk survive dalam hidup ni.

"Fine...kalau kau tak nak pergi biar aku je yang pergi."pamit Farina semasa berpaling dari situ hendak pergi meninggalkan Aaliyah dengan langkah lekasnya.

Keluhan panjang lepas di bibir Aaliyah. Renungan dingin terarah ke langkah itu.

Bukan dia yang beria hendak bercakap dengan Farina sebenarnya. Dari awal lagi kemunculannya tadi berpunca dari orang ini."Saya dah cuba untuk bercakap dengan Farina. Jangan pulak awak kata saya tak ada hati perut lepas awak dengar semua tu ya."bebel dia semasa palingkan kepala ke tiang batu yang berada di depan sesaat kemudian.

Lucas yang bersembunyi di belakang tiang itu sejak tadi munculkan diri kemudiannya. Dia jalan dekati Aaliyah lalu merangkul bahu itu dengan senyuman memujuknya. "Sekurang-kurangnya kau cuba untuk beritahu dia.."

Aaliyah membuat muka.

"Buang masa betul. Buat apa la saya dengar idea awak ni..."komen Aaliyah sambil pandang geram ke Lucas. Sebab lelaki ni la dia sanggup tundukkan ego dia untuk bercakap dengan Farina tadi. Kalau Lucas tak suruh tak adanya dia ke sini dah cuba pujuk minah menjengkelkan tu!

Lucas lingkarkan tangannya ke sekeliling badan Aaliyah lalu tarik badan tu ke dalam pelukannya. "Jangan la marah. Sekurangnya kau dah cuba nak berbaik dengan dia. Dah dia sendiri cakap macam tu, aku takkan komen apa-apa lepas ni.."

"Ugh!Jangan peluk saya."renggus Aaliyah dengan bengang.

Lucas ketawa. Dia kucup pipi Aaliyah sebelum bawa mereka untuk pergi dari situ. "Jom teman saya keluar untuk beli hadiah untuk si kembar tu nanti.."tanya dia semasa mereka berjalan merentasi laluan menyusur itu sambil berdampingan.

"Tak payah susah-susah. Awak berikan mereka buku pun mereka dah puas hati.."jawab Aaliyah sambil pegang belakang pinggang Lucas.

"Buku?Tak apa ke?"

"Ya..lagi-lagi buku yang boleh ajar mereka untuk jadi abang yang baik pada adik-adik mereka."sindir Aaliyah.

"Ahahaha...iya-ya je aku ingatkan kau serius.."Lucas ketawa besar mendengar sindiran itu. "Okay. Nanti aku try cari."

23. The Hierarchy Where stories live. Discover now