Episode 8 : Tutor Untuk Badboy!

1.6K 150 0
                                    


Aaliyah mengerling ke tepinya. Menilik Lucas dari atas ke bawah untuk sesaat sebelum memandang Dekan Knight semula. "Memangnya ada apa yang dekan nak sampaikan kepada saya?"

"Begini ceritanya...."Dekan sandar ke depan dengan mencantumkan jari jemari ke celah jari jemari tangan satu lagi lalu pandang serius ke Aaliyah. "Kamu kenal bukan anak lelaki bongsu saya, Lucas."dia kerling ke Lucas yang sedang bercemberut tak puas hati sebelah kerusi Aaliyah.

Aaliyah tidak susahkan diri untuk pandang Lucas. Dia hanya mengangguk kepala. "Ya."

"Anak lelaki saya ni dia suka timbulkan masalah di sekolah-sekolah lamanya hingga banyak kali di buang. Disebabkan tiada lagi mana-mana sek-"

"Ayah apa ni!"sampuk Lucas tiba-tiba dengan marah.

BAM!

Tak pasal-pasal dekan pukul permukaan meja dengan kuat sampai buatkan Aaliyah melompat terkejut dan membutang mata dek terperanjat. Kuss semangat!Mujur dia tak ada heart attack. Kalau ada mahunya mati katak depan dua beranak ni. 

Lagipun!Apa masalah Lucas ni?Tak belajar ke adab bila orang tua bercakap?Main potong aje macam tu kenapa? Cari pasal betul. Harap je muka handsome. Attitude out! Kalau ya pun nak membidas, tunggu la bila orang dah habis bercakap!

Aaliyah disebelah hanya mengerling ke Lucas dengan renungan judging dia.

"Kamu diam!Dekat sini kamu tak ada hak untuk bersuara."marah dekan setelah itu.

Sambil buat muka jengkelnya, Lucas silangkan tangan ke dada lalu bersandar marah ke kerusi. Mulut terkatup dengan rahangnya bergerak-gerak seakan menahan sabar. 

Aaliyah palingkan kepala semula ke dekan. Menanti apa yang orang tua depannya ini mahu sampaikan. Yalah kan, apa kaitan masalah disiplin anak lelaki ni dengan dia. Macam la dia boleh buat apa-apa mengenainya.

Lalu dekan kembali tersenyum mesra pada Aaliyah. "Maafkan saya soal tadi."dia berdehem. "So...Begini Aaliyah. Disebabkan masalah-masalah disiplinnya itu, anak lelaki saya ni banyak dah tertinggal pembelajaran. Lagi-lagi dah masuk tahun terakhir. Saya risau dia tak dapat nak kejar sesi pembelajaran selepas pindah ke sini. Saya dah lihat keputusan kamu dan jugak rekod pelajar kamu. Bersih dan sangat bagus. Memandangkan kamu sendiri merupakan seorang dari pelajar contoh dalam akademi ini, saya dapat rasakan kamu dapat membantu anak lelaki saya ini.Untuk itu saya mahu lantik kamu sebagai tutor peribadi anak saya. Sebagai bayarannya, saya akan tanggung sepenuhnya bayaran pembelajaran kamu di sini. Dan sekiranya anak lelaki saya dapat markah tinggi untuk peperiksaan satu semester ini, saya akan beri potongan harga untuk yuran bulanan kamu."

Terbutang luas mata Aaliyah.

Excuse you!

Dah hilang akal ke apa?

Tutor?

Untuk lelaki prick dan kurang ajar terlebih manja ni?

Memang tak la!

Dia sendiri tak ada masa nak urus waktu belajarnya inikan lagi nak mengajar anak orang.

Kelakar betul!

"Maafkan saya tuan...saya tak rasa saya layak untuk tugas ni."beritahu Aaliyah dengan muka serba salah yang mana tak pun.

"Kamu layak Aaliyah. Saya tahu tu. Saya nak upah tutor lain. Tapi saya yakin sangat semua itu tidak akan ada hasilnya. Kerana itu saya gunakan pendekatan rakan sebaya untuk selesai masalah ini. Iaitu kamu."beritahu dekan dengan yakin dan bersungguh.

Sementara Aaliyah yang dengar dah tercengang tak tahu nak cakap apa! Tak pasal-pasal betul. "Tapi kenapa saya. Rasanya dalam akademi ni ada yang lebih layak dan lebih pandai dari saya."bidasnya. Dia tak nak jadi tutor untuk budak bermasalah. Nanti dia pulak yang dalam masalah.

Dekan tersengih serba salah pada Aaliyah. "Saya ada tanya mereka yang lain sebenarnya sebelum saya temui kamu. Dan mereka kata mereka tidak mahu kerana khuatir akan menggangu fokus mereka. Lagipun mereka yang pandai-pandai tu adalah lelaki."

Aaliyah pandang dekan dengan muka judging dia. Apa orang tua ni cakap?Habis tu study dia tak fikir?Dia pun perlu fokus jugak!

"Tolong saya ya Aaliyah. Saya tak tahu nak mintak tolong pada siapa lagi. Kamu la harapan saya. Tolong bantu anak lelaki saya ni."Dekan beri renungan berharap dan terdesaknya.

Aaliyah pandang ke tempat lain sambil buat muka tak rela. Hish!Menyusahkan. Ya sudah. Dia buat. Tapi kalua dia tak tahan dia akan berhenti.Bersama muka mengalahnya, Aaliyah pandang semula ke dekan lalu mengangguk kepala. "Baik la. Saya akan lakukannya. Tapi tuan tak perlu lakukan apa yang tuan katakan tadi. Saya buat dengan ikhlas. Soal bayaran tu saya akan bayar sendiri."

Lucas yang dengar palingkan kepalanya Aaliyah. Dia pandang tepi muka tu dengan muka jengkel menyampahnya lalu menjuling mata tidak suka. Menyusahkan!

23. The Hierarchy Where stories live. Discover now