Knock!
Knock!
"Masuk!"sahut dekan sambil tunduk membelek helaian kertas dalam fail di depannya.
"Maaf menganggu."sapa Tristan semasa berjalan masuk ke dalam dan menutup pintu di belakangnya.
Mendengar suara itu buatkan dekan angkat kepala lalu memandang ke arah anak muda yang segak berkemeja mendekat mejanya. Berasa senang dan bangga dengan penampilan itu, dekan tersenyum nipis. "Tak mengapa."balasnya sambil tu.
Setibanya dia di depan meja itu, Tristan Tarik kerusi lalu duduk menghadap dekan tanpa tunggu di pelawa. "Can I have your time?"tanya dia setelah selesakan diri,
"Sure. What is it?"balas Dekan dengan serta merta.
Sebuah ipad kemudiannya di letakkan atas meja depan dekan oleh Tristan. Di skrin ipad itu sedang memaparkan sebuah video. "Tengok la dulu."aju dia semasa duduk sandar ke belakang sambil menyilang kaki.
Berkerut kening tak faham, dekan pun capai ipad itu lalu di tegakkan untuk melihat apa yang disiarkan dalam ipad tersebut. Pandang saja dia di skrin itu, dekan melihat dimana pelajar lelaki sedang mengasari seorang pelajar perempuan menempik marah akan sesuatu yang melibatkan Lucas dan namanya sendiri. Terkejut melihat situasi tersebut, dia angkat matanya memandang ke Tristan beberapa saat kemudian.
"Apa semua ni Tristan?"soal Dekan dengan muka susah hatinya.
"Ayah beritahu la Tristan. Tristan pun nak tahu apa yang tengah berlaku sekarang ni?"soal Tristan pula dengan accent profesionalnya.
Mata dekan kembali tunduk memandang skrin ipad dimana Aaliyah sedang di bentak oleh seorang pelajar lelaki kerana menyangka dia pilih kasih dan lebihkan Aaliyah hingga buatkan Aaliyah dinaikkan rating. "Ayah tak tahu nak cakap macam mana...ayah tak tahu sampai macam ni sekali."beritahu dia.
Menyirap mendengar jawapan itu, Tristan duduk tegak lalu turunkan kaki yang disilang atas lutut ke lantai semula sementara tangan kanan yang di kepal penumbuknya di letakkan atas meja. "Mereka tuduh Aaliyah kerana ayah jadikan Aaliyah sebagai tutor Lucas. Disebabkan hal ni ayah naikan rating dia hingga berlakunya salah faham antara para pelajar akademi. Ayah tahu tak yang ayah dah letakkan Aaliyah dalam situasi apa sekarang ni?"soal dia. Gara-gara Lucas, Aaliyah dikasari seperti ni.
"Ayah tak pilih kasih, Tristan. Ianya memang itu perjanjiannya. Ayah beri tawaran pada Aaliyah tapi dia tolak. Sebagai bayarannya ayah berikan dia rating seperti pelajar lain dalam akademi ini mahukan. Lagi-lagi untuk pelajar susah seperti Aaliyah tu."beritahu Dekan dengan bersungguh.
Tristan pandang kesal ke muka tua ayahnya tanpa berkata apa-apa untuk seketika. Dia berasa marah sebab dia tak boleh nak beritahu dekat ayahnya yang dia tak suka idea jadikan Aaliyah sebagai tutor untuk adik bermasalah dia. Nanti kalau reputasi dan akademik Aaliyah terjejas sebab kendali Lucas macam mana?Sia-sia Aaliyah belajar untuk dapatkan gelaran pelajar contoh dalam akademi ni!Dan sekarang tengok, apa yang dah berlaku! "Kalau macam tu Tarik balik tawaran ayah tu. Batalkan rancangan ayah jadikan Aaliyah sebagai tutor Lucas."arah dia tidak lama kemudian.
Air muka dekan jatuh dari risau kepada serba salah. Dia pandang tidak senang ke kanan dan kiri seakan mencari sesuatu sebaik mendengar cadangan tersebut. Macam mana ya?Kalau ianya keputusan dia sendiri tak apa jugak. Masalahnya sekarang ini bukan keinginannya sendiri menjadikan Aaliyah sebagai tutor Lucas.
"Ayah..."panggil Tristan yang cuba sentakkan ayahnya yang sedang termenung seperti susahkan hati akan sesuatu. "Dengar tak?"
Baru la Dekan pandang ke Tristan. Keningnya berkerut tidak pasti. "Bukannya ayah tak nak Tarik balik. Masalahnya sekarang bukan ayah yang mintak untuk Aaliyah jadi tutor Lucas sebenarnya.."beritahu dia teragak-agak.
"Apa?"soal Tristan dengan muka tak faham. "Bukan ayah?Habis tu siapa punya idea?"
Sambil buat muka serba salah seperti tidak rela mengatakan ia, dekan mengalah lalu berkata."Lucas yang mintak. Dia cakap kalau ayah nak dia belajar betul-betul dekat akademi dan behave jadi budak yang baik, ayah kena berikan Aaliyah kepada adik kamu."
Hilang terus kerutan di kening Tristan lepas dia pandang dumbfounded ke ayahnya sebaik mendengar penjelasan tersebut. Lucas yang mintak sendiri?Haih. Takkan la adiknya jugak!? "Sejak bila?"
"Hari pertama dia masuk akademi. Hari tu jugak dia beritahu ayah dia mahukan Aaliyah."jawab dekan serta merta.
Seperti baru sesuatu dirampas dari dirinya, Tristan duduk bersandar di situ dengan bahu jatuh hilang semangat. Ingatkan dah tak ada halangan. Rupa-rupanya ada lagi! Adiknya pula tu. Memang tak boleh menang la jawabnya kalau macam ni.
"Maafkan ayah, Tristan. Nampaknya ayah terpaksa susahkan kamu untuk uruskan hal ni sehingga selesai?"minta dekan dengan muka serba salah dan malunya pada Tristan. Tak pasal-pasal anak dia kena handle masalah disiplin pelajar ni.
Tak tahu nak cakap apa, Tristan hanya bersandar di situ dengan muka bengang sewaktu pandang ke perapian di tepi bilik tu. Migrain dia!
YOU ARE READING
23. The Hierarchy
Teen FictionHierachy. Suatu konsep untuk kelaskan atau kategorikan seseorang berdasarkan darjat dan pangkat. Itu la yang digunakan dalam Akademi Galatik Vista kepada para pelajarnya. Kalau sesiapa nak dapat hidup senang dan kemudahan mewah dalam akademi ni, pe...