Episode 22 : Family Priority!

1.4K 142 11
                                    

"Dah tak ada mata ke nak guna?"tanya Lucas semasa tunduk memandang Aaliyah yang masih bersandar pada badannya.

Tersentak dengan teguran itu, Aaliyah cepat-cepat tolak dirinya jauh dari Lucas dan tunduk membetulkan pakaiannya kalut-kalut. Apa lah nasib dia hari ni, kenapa la asyik di marah dan terjatuh dan di marah saja! "Sorry."ucapnya dengan perlahan.

Farina kemudiannya buat muka fangirl lepas tengok Lucas depan-depan seperti ini. Mulut ternganga sedikit sebab terpegun dengan visual yang dimiliki oleh anak dekan di depannya itu. Bagai diawang-awangan saja dia rasakan saat ini. Tanpa sedar dia rangkul lengan Aaliyah lantas tersengih seperti orang angau cinta. "Hai awak.."sapa dia sambil tersengih.

Lucas buat muka masa kerling ke Farina. Dah apahal perempuan selenge ni?Terencat ke sampai sengih dekat dia macam tu. "Hati-hati lain kali. Kalau baju aku rosak, kau nak gantikan ke?"tegur dia semasa jeling semula ke Aaliyah.

Aaliyah tidak membalas. dia hanya palingkan kepalanya ke kanan. Dia dah mintak maaf kan. Yang nak di panjangkan lagi buat apa.

"Mana lelaki tak guna tu?Biar aku kerjakan dia!!"marah satu suara dekat belakang tiba-tiba.

Suara lantang itu buatkan Farina tersentak dari lamunannya lalu toleh dengan kalut ke kanan dan kiri dia lekas-lekas. "Apa tu?"soalnya.

Aaliyah pun ikut toleh ke pintu masuk cafeteria. Sekali tu dia Nampak Ian dengan geng lelaki tu berarak masuk Bersama muka bengis masing-masing. Terbutang terus mata dia dibuatnya. Ah!Sudah!

Tidak lama mereka berjalan masuk ke situ, seorang dari mereka angkat tangan lantas menunding jari dengan marah ke satu arah."Itu dia!"tunjuk Jayden ke arah Sam yang sedang tunduk mengelap cermin matanya yang kotor gara-gara Lucas tadi.

Ian yang dengar pandang ke arah Sam. Lalu jalan mendekati lelaki tu sambil sinsing lengan baju kemejanya hingga ke siku. "WOI SAMUEL!"jerkah dia dengan lantang pada masa yang sama.

Aaliyah dan Farina kemudiannya saling memandang antara satu sama lain dengan mata terbutang luas. Sama-sama buat muka 'oh sh*t'!

Lucas dekat situ pusingkan badan dia untuk lihat kumpulan Ian dan kawan lelaki tu dekati Sam, lelaki sama yang dia kerjakan sebentar tadi.

"Aish...masalah betul!"keluh Aaliyah semasa berlari ke arah Ian mahu halqng lelaki tu dari buat perkara yang tak sepatutnya.

"Hei!Tunggu aku!"paggil Farina yang ikut berlari di belakang Aaliyah.

Di meja Sam, Ian sudah pun mencekau kolar baju lelaki tu lalu di lempar jatuh ke lantai seperti kain buruk begitu sahaja. Ada pelajar yang cuba nak masuk campur, tapi kawan-kawan Ian yang lain gunakan badan mereka sebagai pagar penghadang di situ.

Sam yang kebengangan kerana sejak tadi dia jadi mangsa mengepal penumbuk kuat-kuat lalu bangunkan dirinya dari situ. Sudah tidak peduli dengan penampilan dirinya yang sudah seperti apa, dia berdiri menghadap Ian. "KAU DAH KENAPA!!!"tempik dia dengan kuat.

"Patutnya aku tanya kau apa masalah kau!Berani kau berkasar dengan perempuan!Hanya untuk apa?Hanya untuk tanah liat tak guna kau tu!"jerkah Ian yang sudah bergerak mahu menerkam Sam.

Sam pandang Ian bersama dada naik turun kencang hendak meledak marah di situ. Ingat dia takut dengan Ian ke?Dia pun boleh berlawan la. Saiz badan dia tak ada beza dengan pemain ragbi akademi ni! "Mari lah kalau kau nak!Ingat aku tak berani lawan kau!"cabar dia.

Ian apa lagi, dia angkat penumbuknya ke udara mahu memberi tumbukan ke muka berlagak tu. Berdesup padu tumbukan dia menuju ke depan muak Sam sesaat kemudian.

"Argh!"teriak Farina dengan ngeri sesaat kemudian sambil pegang kedua-dua pipi kerana takut. Dia takut sebab Aaliyah dengan berani berdiri dekat depan Sam tepat semasa tumbukan Ian hendak hinggap ke muka lelaki tu.

Mujurla Ian sempat berhenti, tepat dekat depan batang hidung Aaliyah sesaat kemudian. Mata dia terbutang luas sebab terperanjat dengan tindakan berani mati Aaliyah itu.

Sam berdiri dekat situ dengan muka tergamam.

Sementara Aaliyah hanya berkerut kening memandang Ian di depannya. Sepupu dia dah janji untuk tidak timbulkan masalah lagi kan?Dah tu kenapa tunjuk samseng dekat sini! "Back off Ian."arah dia dengan tegas.

Berketik rahang Ian dan semua kawan-kawannya di situ mendengar arahan Aaliyah. Selain coach dan Ian, tiada siapa berani bagi arahan dekat mereka. Dan mereka sangat pantang mendengarnya. Tapi kalau Aaliyah dah bukak mulut, Ian sendiri tak boleh nak lawan!

"Tapi dia-"Ian turunkan tangannya dengan kesal sambil buat muka memberontaknya.

"I said back off!"tegas Aaliyah dengan serius di situ. Dia tak boleh biarkan Ian libatkan diri dalam masalah kerana dia. Ibubapa Ian pasti takkan suka mendengar berita ni kalau ia terjadi.

Sambil buat muka bengang dia, Ian tunding jari beri amaran ke Sam. "Kau bertuah!Kalau dia tak ada lama dah muka tu aku lanyak tahu tak!"bentak dia dengan kuat depan Aaliyah memandangkan Sam berdiri di belakangnya.

Sam hanya mengetap gigi menahan sabarnya.

Aaliyah dapatkan Ian, dia tolak dada tu menjauh untuk keluar dari situ. "Cukup!Ikut aku keluar sekarang!"arahnya sambil peluk sekeliling badan tu dan paksa Ian berundur dari situ.

"Kau sentuh dia lagi, aku sumpah bukan muka kau, tapi tangan kaki kau semua tu aku lunyaikan!Kau dengar tu mata empat kaki lapan tak guna!"sumpah Ian yang berjalan mengundur untuk keluar dari situ memandang Sam.

Jayden jalan melewati depan Sam lalu beri jari tengah padanya, manakala yang lain buat isyarat jari dekat leher seperti tanda sembelih sewaktu beransur keluar dari cafeteria tu.

Sam jeling dengan bengang ke arah mereka sambil mengepal penumbuk menahan sabar.

Tyler yang terakhir sekali keluar, berhenti depan Sam lalu berkata dengan sengih meleret mengejeknya. "Kau tahu...kau cari pasal dengan orang yang salah.."beritahu dia yang memberi tepukan amaran pada bahu tu lalu beredar dari situ.

Farina lari ikut kumpulan itu, Lucas pula hanya berdiri di situ menyaksikan kejadian tersebut. Dia dengan kening berkerut tak faham lirik akan kumpulan lelaki yang tunjuk lagak seperti pelindung Aaliyah pandang ke arah Sam semula. Siapa mereka semua ni?Apa hubungan mereka dengan Aaliyah?

23. The Hierarchy Where stories live. Discover now