Dulu dia anggap mereka kawan dan teman sewaktu dia susah dan senang. Dan sekarang bila dia dapat tahu semua itu hanyalah lakonan semata. Apa yang dia rasa hanyala pengkhianatan.
Maka untuk adil, dia patut buat mereka susah dan rasa apa yang dia rasakan di atas penipuan mereka terhadap dirinyaselama ini. Tapi dengan mlakukan semua itu ianya takkan dapat menyelesaikan masalah. Malahan hanya akan menambahkan lagi masalah untuk dia.
Bak kata pepatah ikut hati mati ikut rasa binasa.
Jadi Aaliyah merencana untuk memberi peluang kepada mereka berdua ni.
Dua orang manusia yang dia treasure dan sangat dia hargai setulus hatinya.
Ian Hudson.
Farina Lulieta.
Kenapa Aaliyah beri peluang?Mana taknya, Ian tu dah macam adik beradik dia. Mereka membesar bersama sejak kecil lagi. Sementara Farina baik buruk kawan yang telah bersama dengan dia sejak sekolah lagi. Ya sayang la dia nak biarkan relay dia dengan mereka berdua musnah.
Tapi sampai kesudahnya , Aaliyah masih tak habis fikir.
Kenapa mereka sanggup buat dia macam ni?
Takkan la hanya sebab cemburu dan rasa iri, mereka sanggup susahkan hidup dan cemarkan nama baiknya sendiri?
PUK!
"Auw!"serta merta dia tunduk memegang dahi dia yang sakit setelah terkena balingan marker pen yang terjatuh dekat atas mejanya sekarang. What the! Dengan marah dia angkat kepala untuk pandang ke depan kelas.
"Termenung lagi?"tanya Tristan sambil buat muka 'seriously' ketika bertentang mata dengan Aaliyah.
Kening Aaliyah mencerun tajam."Kalau ya pun tak payah la baling. Sakit tau tak. Kepala saya ni bukannya besi sampai tak boleh rasa sakit."sungutnya sambil gosok dahi.
"Oh...kepala kamu bukan besi, habis tu apa? Batu?Berapa kali saya pesan. Ketika di kelas saya jangan termenung. Boleh tak serius sikit?Ini tidak asyik termenung saja kerjanya."bebel Tristan yang buatkan pelajar dalam kelas tu pandang Aaliyah dengan renungan mengejek dan sengih hendak ketawa mereka.
Grr!Dasar lelaki menyakitkan hati!Huargh! "Saya dengar okay. Bukannya saya tak dengar. Sir ni jahat la."cebik Aaliyah yang kemudiannya capai marker pen tadi lalu di lempar geram ke arah Tristan.
Dalam sekelip mata, Tristan dapat sambut marker pen tu tanpa susah payah untuk mengambilnya semula. "Kalau macam tu fokus. Berikan perhatian kamu pada saya."pesannya semasa pusingkan badan ke papan hitam dan kembali menulis sambil menyampaikan syarahannya.
Aaliyah melepaskan keluhan letih sebelum topang pipi dengan tangan kiri dia. Pening betul kepala dia dengan Tristan ni. Nak jaga dia konon!Menyusahkan dia lagi ada la.
"Okay, Aaliyah, tunjukkan pada junior kamu macam mana nak selesaikan soalan ni."minta Tristan tak lama selepas dia selesai menulis.
Tengok!Baru beritahu! "Baik."sambut Aaliyah dengan nada tidak relanya semasa bangun dari tempatnya lalu gerak ke arah papan hitam. DIa capai marker pen putih dari tangan Tristan lalu berdiri di situ untuk membaca soalan algebra yang di berikan.
Semua dekat situ selalu fikir, Aaliyah tak pandai dalam subjek ni sebab itu Aaliyah buat perangai memberontak setiap kali Tristan mengajar. Jadi mereka tak expect yang tinggi pada Aaliyah sekiranya soalan yang diberikan ini dapat di jawab atau tidak.
Sekali tu, tak sampai tiga minit Aaliyah berdiri dekat situ, gadis itu sudahpun siap menulis jawapan penuh dengan jalan kira-kira sekali.
"Puas hati sekarang?"tanya Aaliyah sambil serahkan marker pen itu kepada Tristan.
"Belum. Jawab soalan kedua pulak yang ada dekat sebelah kanan kamu."ujar Tristan sambil silangkan tangan ke dada.
Aaliyah pandang terkejut ke Tristan. "Sir tak cakap pun saya kena jawab dua soalan. Cukup la satu."bidas dia yang berada seperti di perkenakan.
PUK!
Sekali lagi kepala Aaliyah di ketuk marker pen oleh Tristan.
"Auwww."Aaliyah mengaduh.
"Menjawab...melawan, itu saja la modal kamu kan. Macam mana nak jadi budak pandai kalau begini perangai kamu. Ubah la sikit perangai tu! Tunjuk contoh yang baik pada adik-adik kamu ni, bukan melawan kata. Sekarang jawab soalan ni atau kamu berdiri dekat dinding sana.."bebel Tristan setelah itu.
YARGH!!!!!!!Sambil mengetap gigi dan mengepal penumbuk menahan sabar, Aaliyah pandang bengang ke Tristan. Macam nak gigit je lelaki depan dia sekarang ni!Benci sungguh la dia!
"Tak nak?"tanya Tristan lagi masa tengok Aaliyah tenung dia seperti mahu telan dia hidup-hidup.
"Saya jawab."balas Aaliyah dengan lantang lalu menolak Tristan dengan bahu dia supaya ke tepi dengan kasar.
Tristan tersenyum lalu menggeleng kepala. Susah sungguh nak bentuk Aaliyah ni!
Pelajar dalam kelas tu dah pandang iri hati. Mereka pun nak ada interaksi seperti Aaliyah dengan Tristan. Tapi itu la, pensyarah mereka ni nampaknya lebih favour pada senior mereka dari mereka sendiri.
Semasa dia sampai ke jalan kira-kira yang terakhir, Aaliyah kerling ke Tristan sekejap. Heh! Dia tunduk menulis emoji khinzir lalu nama lelaki tu di bawah emoji tersebut. Padan muka!
"Dah."beritahu Aaliyah yang meletakkan marker ke tangan Tristan dan pecut lari ke meja sepantas kilat. Tak nak kena pukul punya pasal.
Tristan pun pandang ke papan hitam untuk check jawapan Aaliyah, sekali lepas dia tilik setiap jalan kira-kira disitu dia ternampak akan coretan tersebut tak lama kemudian. Ianya tertulis di bawah gambar kartun khinzir dengan caption, 'Tristan si Pensyarah Menjengkelkan'.
Budak bertuah ni kan!
"Aaliyah Ingrid!Berdiri kamu di dinding sekarang!"arah Tristan dengan tegas sambil tunding jari ke dinding tempat Aaliyah selalu berdiri kalau di denda.
Habis meledak ketawa seisi kelas tu lepas mereka menyedari apa yang berlaku di papan hitam itu. Ada yang siap rakam akan situasi itu.
YOU ARE READING
23. The Hierarchy
Teen FictionHierachy. Suatu konsep untuk kelaskan atau kategorikan seseorang berdasarkan darjat dan pangkat. Itu la yang digunakan dalam Akademi Galatik Vista kepada para pelajarnya. Kalau sesiapa nak dapat hidup senang dan kemudahan mewah dalam akademi ni, pe...