Episode 46 : Lucas dan Aaliyah.

1.4K 140 4
                                    

"Ian yang bertanggungjawab untuk semua kejadian yang berlaku...kau rasa apa kita nak buat dengan dia?"tanya Ken.

"Jangan buat apa-apa dulu. Aku tak nak Aaliyah sedih kalau apa-apa berlaku dekat Ian. Kau sendiri tahu dia rapat dengan Ian sejak kecik lagi."beritahu Hector.

Berdengus mengejek Ken dibuat kata-kata Hector itu. Dia langsung tak kesian pada Ian malah rasa lucu pun ada.

"Kalau macam tu, apa kita nak buat dengan Farina pulak?Dia bersengkongkol dengan Ian untuk lakukan kerja jahat dan cubaan untuk sabotaj nama baik Aaliyah selama ni...itu pun kau nak biarkan jugak ke?"soal Isaac pula.

"Aku tak tahu. Farina kawan baik Aaliyah. Aku dapat rasakan dia sanggup putuskan hubungan adik beradik dia dari kehilangan dua orang manusia tak sedar di untung ni..".beritahu Hector selamba.

"Sir Tristan cakap kalau dua orang tu tak nak mengalah, atau undurkan diri dulu, dia sendiri akan buang dia orang serta merta macam dia turunkan rating Natasha dengan Sam hari tu."beritahu Isaac.

"Hahh...serabut la semua ni. Kalau ibu tak rahsiakan identiti Aaliyah dan kita dari pengetahuan orang akademi, mesti dia orang takkan berani nak macam-macam dengan kita."getus Ken dengan jengkel.

"Apa-apahal... Kita tengok keadaan dulu. Kalau teruk kita akan jelaskan semua pada Aaliyah sama ada dia nak atau tak nak."tegas Hector.

Sepasang mata milik Aaliyah berkedip satu kali taktala diam termenung.

Perbualan yang dia dengar pada masa dia terlantar beberapa hari yang lepas terus menerus bermain di dalam kepalanya berulang-ulang kali seperti kaset dalam radio. Sampai ke hari ini dia masih tak dapat nak proses apa yang telah berlaku di belakangnya selama ini.

Dia tak sangka sebenarnya selama ni Sir Tristan yang melindungi diri dia. Dan siapa boleh sangkakan tiga orang manusia yang tidak disukainya selama ini turut bersubahat dengan Sir Tristan untuk menjaga dia walaupun dia beritahu dia tak perlu di jaga dari awal lagi.

Dan paling teruk, Ian, sepupu yang dia sayang bencikan dia dan sanggup sakiti diri dia hanya kerana perasaan cemburu. Farina pun sama. Sebab ini la dia nak rahsiakan identitinya dan stay low. Sebab dia tak nak tarik perhatian orang lain yang akan bencikan identity dia.

Tapi itu la, nak buat macam mana lagi kan, dah dia duduk diam salah, jadi baik salah. Buat baik pun salah.

Kalau macam ni la gayanya, terpaksa la dia tonjolkan diri dia yang sebenar. Perangai sebenar yang dia sembunyikan selama ni untuk jaga imej baik keluarga dan adik beradik yang lain.

Sebolehnya dia nak habiskan belajar dia di akademi ini dengan label sebagai 'Budak baik' dan best  student saja. Dah memandangkan ada yang provok dan mereka dah trigger dia sampai macam ni sekali, takkan la dia nak mendiamkan diri pulak, jadi terpaksa la kan!

"Kau menungkan apa?"tegur Lucas dekat depan Aaliyah sewaktu menyuakan buah epal yang telah siap di potong dan di kupas untuk Aaliyah.

Lelaki ni datang melawat Aaliyah ke hospital dari akademi  tadi waktu makan tengah hari dan discharge Aaliyah sekali.

Dalam perjalanan untuk pulang ke akademi, Lucas bawa dia singgah ke sebuah restoran untuk makan tengah hari bersama.

Sumpah dia tak tahu kenapa Lucas beria-ria nak dekati dia?Apa mahu lelaki ni sebenarnya?Dan isu marah dia tempoh hari dengan Licas masih belum surut lagi ni. Tak henti-henti nak menyemak depan dia!

Hector dan Ken tak nak beritahu dia apa-apa mengenai Lucas walaupun dia tanya. Jadi nampaknya dia la yang kena cari tahu sendiri. "Nothing...just thinking."beritahu Aaliyah sambil menilik wajah Lucas sewaktu lelaki tu tunduk memandang skrin telefon. Dia agak berminat sekejap melihat penampilan casual Lucas. Ianya buatkan lelaki depannya tidak kelihatan seperti pelajar berumur 18 tahun tetapi lebih tua darinya.

1Lucas angkat kepalanya lepas dengar jawapan dari Aaliyah. Keningnya di kerutkan sedikit. "Fikir pasal apa?"

"Awak."jawab Aaliyah yang masih menatap wajah bercermin mata hitam Lucas dengan dalam. Kalau Tristan ditugaskan untuk menjaga dia oleh ibu dia. Lucas ni apa pulak?

"Aku?Kenapa dengan aku sampai kau fikirkan pasal aku?"soal Lucas sebelum tarik sengih meleret bangganya. Cermin mata hitamnya di tanggalkan dari muka untuk dapat penglihatan yang lebih jelas. "Kau dah jatuh cinta pada aku?"soalnya setelah itu.

Aaliyah berdengus kecil. Dia pandang buah dalam pinggan tu lalu mencapai garfu disitu sebelum menikam satu dari buah epal tersebut lalu di bawa ke mulut. "Saya cuma tertanya-tanya kenapa awak dekati saya dan layan saya macam ni."kata dia sewaktu menggigit buah epal tu kepada separuh potongan lalu mengunyah dengan perlahan.

Mendengar soalan itu buatkan Lucas menjungkit kening terkejut. "Baru sekarang kau nak tanya?"

"Dah lama nak tanya cuma tergerak hati nak beritahu."kata Aaliyah dalam hati sewaktu buat muka menyampah.

23. The Hierarchy Where stories live. Discover now