Sebaik dua beranak itu menjauh dari kawasan koridor, kelibat orang yang berdiri menyembunyikan diri di balik dinding pun memunculkan diri. Dia pandang akan kelibat dua beranak yang semakin menjauh ke hujung koridor tu bersama renungan gelap.
Ya. Dari awal sejak perbualan Encik Hudson dan Ian bermula sehingga akhir telah didengarinya tanpa sengaja sewaktu hendak ke bilik wad yang menempatkan Aaliyah Ingrid. Bukan niat nak mengendap. Just a coincidence.
Brit!
Brit!
Namun tak lama, telefon dalam poket kot tiba-tiba bergetar. Sambil pandang ke depan tidak bergerak, tangan gerak naik menyeluk ke dalam poket lalu mengeluarkan telefon dari situ. Setelah di pegang baru la dia tunduk memandang ke skrin telefon dan jawab panggilan yang masuk.
"Hello, Tristan bercakap."sambutnya menyambung langkah yang terbantut tadi sambil jalan mendekati pintu wad.
"Kamu hubungi saya tadi ke Tristan?"tanya pemanggil. "Maaf saya sedang meeting jadi tak dapat nak angkat call serta merta."suara lembut kedengaran dalam corong telefon.
Memahami situasi yang biasa dihadapi, Tristan sekadar mengangguk kecil. Dia sedia maklum akan kesibukkan wanita dalam panggilan ini. Jadi dia tidak kisah mengenainya.
"Tak mengapa puan. Saya faham. Maafkan saya sekiranya menganggu meeting puan."
"It's okay. Saya sedia maklum sekiranya kamu hubungi saya, ianya mesti hal penting. Lagi-lagi sekiranya hal penting itu melibatkan Aaliyah sendiri."
"Bukan niat saya hendak mengganggu. Saya cuma hendak beritahu bahawasanya Aaliyah,dia cedera dan sekarang sedang di rawat di hospital Encik Hudson."beritahu Tristan setelah tiba depan pintu wad yang tertera jelas nama Aaliyah Ingrid di papan maklumat pintu tersebut.
"Apa kamu kata?Anak saya cedera?"
"Ya puan."katanya sewaktu tolak pintu itu ke dalam dengan perlahan lalu berjalan masuk ke dalam ruangan itu. Suasana senyap sunyi dan sejuk menyapa Tristan serta merta setelah dia masuk.
"Macam mana Aaliyah boleh cedera?Kenapa tak ada siapa maklumkan pada saya dengan lebih awal?Dimana Aaliyah cedera?Teruk ke keadaan anak saya tu?"
"Sejam lepas. Aaliyah dirempuh dengan pemain ragbi qsewaktu berada di tepi padang latihan. Disebabkan rempuhan itu, doktor sahkan Aaliyah patah tulang rusuk dan luka di beberapa tempat. Selebihnya dalam keadaan baik."Tristan jalan mendekati katil.
"Ya tuhan. Sampai patah tulang rusuk?Kuat sangat ke dirempuh?"
"Sepertinya begitu la. Tapi puan jangan risau. Aaliyah tak apa-apa. Selebihnya saya akan uruskan. Jadi puan jangan khuatir."
"Betul ni Tristan?Saya risau pula mendengarnya."beritahu suara tu yang kendengaran benar-benar cemas.
Sesenyap yang boleh Tristan mendekati katil sehingga tiba di sisi dimana Aaliyah sedang terlantar tidak sedarkan diri. "Ya...Aaliyah tak apa-apa. Puan tak perlu ke sini. Serahkan semuanya kepada saya."katanya dengan nada serendah yang boleh tapi cukup jelas untuk di dengar.
"Baik la kalau begitu. Saya serahkan kepada kamu Tristan. Tolong tengok-tengokkan anak saya di situ."
"Saya faham puan."tunduk Tristan menyambut arahan itu.
Sesaat kemudian panggilan diputuskan oleh pemanggil dan Tristan duduk diatas katil menghadap Aaliyah. Buat beberapa ketika dia hanya diam memandang wajah itu tanpa memikirkan apa-apa. Menilik betapa tenangnya wajah Aaliyah ketika terlena.
Kebiruan tepi pipi itu mungkin kerana berlangar dengan tubuh gagah Jacob tadi.
Lantas mata Tristan berhenti di tangan Aaliyah. Kesan calar dan plaster luka kelihatan disekitar lengan kiri itu. Dah jelas sangat la rempuhan Jacob itu sangat kuat.Tidak lama kemudian, keheningan bilik rawatan itu dipecahkan dengan bunyi pintu.
KLIK!
Bunyi pintu terbuka dan ditutup semula kedengaran sebelum tiga kelibat muncul dan berdiri di situ dengan tangan berada di belakang badan. Mereka berdiri menghadap katil di situ.
Tristan yang memang menunggu kehadiran tiga orang tersebut langsung tidak terkutik mahupun hendak gerak memandang mereka. Dia sekadar diam memerhatikan wajah lena Aaliyah dengan renungan dingin.
"Sir."sapa tiga suara dengan serentak serta merta.
Hujung bibir Tristan terjungkit sinis. "Siapa sangka kan,yang bahawasanya rakan paling dekat dan paling rapat Aaliyah selama ini adalah duri dalam daging dia sendiri."katanya sambil tu.
Mereka bertiga diam tidak membalas.
"Macam mana?Adakah kamu bertiga telah uruskan hal itu?"
"Kami dah uruskan Jacob. Tapi dia tak nak beritahu siapa dalang utama yang berikan dia rating tu."
"Nak kami dapatkan dalang sebenar tu terus ke?"
Tristan membetulkan selimut di badan Aaliyah. "Tak perlu. Saya dah tahu siapa dalang yang sebenarnya." beritahu dia sebelum angkat kepala memandang ke depan dimana tiga orang lelaki sedang berdiri. Tiga wajah muda namun sangat bermuslihat.
Di situ berdirinya Hector, Ken dan Isaac. Mereka memandang Tristan dengan wajah serius dan renungan dingin tanpa ekspresi.
Perkenalkan, tiga orang kuat akademi Galactic Vista. Ares Hector dan Aries McKen. Pasangan kembar tidak seiras. Abang kandung sulung Aaliyah beza setahun. Isaac Jacobson orang kanan kepada Tristan yang dipertanggungjawabkan menjadi rakan sebaya untuk menjaga Aaliyah sewaktu berada di akademi.
Dan alasan sebenar kenapa mereka bertiga begitu nekad hendak menjaga Aaliyah.
Hendak dikisahkan, semuanya bermula dari ibu Aaliyah sendiri yang merupakan director dan pemegang saham Utama Akademi Galatic Vista. Hanya dekan dan Tristan sahaja yang mengetahui mengenai identiti sebenar Aaliyah.
Sementara Lucas dan semua orang dalam akademi ini termasuk Farina sendiri tidak tahu menahu mengenai identiti sebenar Aaliyah.
Alasan kenapa Aaliyah merahsiakan identitinya. Demi menjaga keselamatan dan jugak untuk mengelakkan bias, Aaliyah merahsiakan identitinya dari pengetahuan umum termasuk dari Farina sendiri. Maka tiada siapa la yang tahu bahawa Ken dan Hector adalah abang kepada Aaliyah atau mereka ini anak kepada director akademi.
Segalanya di rancang oleh Ibu Aaliyah dari awal lagi.
Aaliyah tahu mengenai Hector, Ken dan Isaac. Tapi dia tak tahu yang Tristan sebenarnya sudahpun berkerjasama dengan ibunya lama dulu, untuk menjaga dirinya di akademi ini. Apa yang Aaliyah tahu Tristan hanya pensyarah yang menjengkelkan untuk dia.
Infact Tristan adalah orang sama yang bertanggungjawab dalam hal untuk menyelesaikan isu permasalahan yang berkaitan dengan Aaliyah termasuklah orang yang bertanggungjawab menurunkan rating pembuli atau penggugat keselamatan Aaliyah di akademi selama tiga tahun Aaliyah di situ.
"Sir dah beritahu ibu kami ke?"tanya Ken sewaktu lirik ke Aaliyah yang sudah bertampal di pipi dan dahi itu.
"Sudah."jawab Tristan sebelum bangun dari situ dan berdiri dengan tangan memegang telefon dengan erat sambil memandang Aaliyah.
Mereka bertiga di situ lirik ke Tristan sewaktu lelaki itu mula jalan keliling katil untuk mendekati mereka pula.
Isaac yang sejak tadi mendiamkan diri tertanya-tanya. Yalah..bagaimana sir mereka ini masih kekal tenang selepas apa yang menimpa Aaliyah. Kalau dia ditempat Tristan sekarang, memang dia dah cari pelaku sebenar dan ambil tindakan serta merta.
Berdiri saja Tristan di situ, dia berkata pada mereka bertiga dengan nada autoritif sebagai seorang ketua. "Saya mahukan kamu bertiga uruskan hal ini tanpa disedari Aaliyah. Jangan sampai ketahuan oleh sesiapa. Kamu boleh gunakan apa sekalipun cara. Selebihnya akan saya uruskan. Paling penting jangan sampai jejaskan fokus kamu bertiga dalam pelajaran."
"Baik sir. "sambut mereka bertiga dengan patuh serta merta.
YOU ARE READING
23. The Hierarchy
Ficção AdolescenteHierachy. Suatu konsep untuk kelaskan atau kategorikan seseorang berdasarkan darjat dan pangkat. Itu la yang digunakan dalam Akademi Galatik Vista kepada para pelajarnya. Kalau sesiapa nak dapat hidup senang dan kemudahan mewah dalam akademi ni, pe...