Episode 44 : Hospital Ayah!

1.3K 124 26
                                    

SLAP!

"Auw!"

"Apa yang kamu fikir kamu buat hah?"

"Ayah ni kenapa!Bukan salah saya Aaliyah cedera."

"Bukan salah kamu?Bukan salah kamu kata?Habis tu sepupu kamu luka macam ni kamu kata bukan salah kamu?"jelas kedengaran nada tidak percaya ayahnya ketika berkata.

Tertunduk kepala Ian dekat situ sambil gosok bekas tamparan pada belakang kepalanya sebentar tadi. Niat dia nak senangkan urusan  dengan menghantar Aaliyah ke hospital dimana papanya bekerja. Sekali tu bukan pujian yang dia dapat malahan masalah pula yang menimpa dia!

Ugh!

What a pain!

"Kamu tahu apa yang akan berlaku kalau Maklong kamu tahu tentang hal ni?"bisik Encik Hudson dengan keras pada anak lelakinya itu. Geram dan berang!

"Mana la orang tak tahu kan....semuanya berlaku tiba-tiba je kut. Bukannya Ian bodyguard Aaliyah untuk ada dekat sisi dia 24/7!"sungut Ian lagi dengan kening berkerut tak puas hati. Papa dia ni kan asyik...asyik Aaliyah... Aaliyah... Aaliyah!

"Senang la kamu menjawab.Apa papa nak jawab pada maklong kamu nanti kalau dia tahu kejadian yang menimpa anak bongsu perempuan dia?Mujur la Aaliyah hanya patah tulang rusuknya dan calar balar. Kalau ada internal injury ke apa ke...tak ke naya kita sekeluarga nanti?"bisik Encik Hudson lagi. Ikutkan hati mahu saja dia tempik dan meninggikan suara pada anak lelakinya yang tak guna ni. Namun disebabkan di sini ialah kawasan hospital. Mahu tak mahu dia kena control emosinya.

Ian melepaskan dengusan kasar letihnya. Hampir hendak menjuling  mata kejengkelan.

"Hish...ayah ni. Siapa anak ayah sebenarnya ni? Ian ke Aaliyah. Why you always put her first in everything! It's annoying you know that?"

"Of course Ayah lebihkan Aaliyah dari kamu!You know  why?Sebab Maklong kamu, ibu Aaliyah tu yang bagi makan dekat kita selama ni...kamu nak ke merempat dekat tepi jalan tu kalau apa-apa berlaku pada Aaliyah. Sedar la sikit. Memang la papa lebihkan Aaliyah." beritahu Encik Hudson dengan kening mencerlungnya.

Berasa tak puas hati dengan apa yang didengar, Ian silangkan tangan ke dada lalu sandar ke dinding di belakangnya. Dia pandang papanya sambil berkerut kening. "Kalau macam tu jangan la beritahu dia. Kalau papa beritahu , memang la Maklong tahu."

"Kalau papa tak beritahu, dia sendiri akan tahu la. Cepat atau lambat. Macam la kamu tak kenal maklong kamu tu. Aaliyah  tu anak kesayangan Maklong kamu. Kalau Maklong kamu tahu apa yang berlaku pada Aaliyah disebabkan kecuaian kamu sendiri tak ke ayah yang dapat masalahnya?"

Grr!Benci betul la. Ian bercemberut tidak suka.

"Dengar ya tak kira apa sekalipun perkara tu...kamu kena jaga Aaliyah elok-elok atau kita hidup merempat!"

Ian mencebik menyampah. Dia jeling tak suka ke kirinya. Aaliyah...Aaliyah. Ingat dia ni kuli perempuan tu ke!Dasar perempuan lembik. Semuanya kena di atur dan di uruskan. Jacob pun satu. Tak reti ke buat kerja betul-betul. Kalau nak langar, langgar sampai habis! Ini tak...calar je!Sia-sia je dia berikan dua rating dekat lelaki tu!

"Kamu menungkan apa lagi....dengar tidak apa ayah katakan tadi?" Encik Hudson menunjal lengan tu dengan jengkel bila Ian buat tak tahu dengan kata-katanya.

"Tsk!Apa lagi?"renggus Ian dengan tidak puas hati.

"Ni ayah nak tanya kamu...adakah semua ni angkara kamu?Kejadian yang menimpa Aaliyah ni?"

Mencerun tajam kening Ian. Dia menjeling geram. Ha'ah!Memang semua ni angkara dia. Dari awal lagi semuanya adalah rancangan dia.

Rancangan untuk susahkan Aaliyah dan turunkan rating Aaliyah.

Kenapa??

Well obviously sebab dia bencikan Aaliyah la. Sejak kecil sehingga la sekarang. Dia selalu nampak Aaliyah sentiasa bertuah. Sejak kecil lagi memiliki segalanya. Keluarga, harta, rupa, adik beradik dan populariti. Segalanya mudah untuk Aaliyah.

Sementara dia?Apa aje yang dia ada?Selain susah dan dipandang rendah? Sampaikan Ian perlu merangkak dan mengesot untuk sampai ke tahap ni!

Ian bencikan Aaliyah sebab sepupunya  ini adalah anak kaya yang berpura-pura miskin. Konon nak jadi low profile  la. Sikap rendah diri Aaliyah ni yang buat dia muak dan loya. Semua orang dalam akademi fikir Aaliyah miskin. Padahal, Aaliyah adalah anak orang berada. Malah lebih kaya dari dia atau sesiapa dekat dalam akademi mereka.

Acah-acah miskin konon!Puih!

"Kamu jangan macam-macam ya ayah kata. Ingat. Semua ni takkan ada kalau maklong kamu tak sponsor kamu, tak laburkan wang untuk bina hospital ni, tak bantu mama kamu bina firma guamab dia. Dan bila-bila masa aje dia boleh tarik semua ni dari kita. Jadi, jangan kamu rosakkan semua ni kerana perasaan iri kamu tu..."pesan Encik Hudson lagi kerana beliau memang faham sikap dan karakter Ian yang sebenar.
.
Tanpa berkata apa-apa lagi, Ian hanya berlalu pergi dari depan wad yang menempatkan Aaliyah itu. Encik Hudson yang tak habis bercakap lagi ikut mengekori langkah anaknya dan kembali membebel setelah berada di sisi Ian.

23. The Hierarchy Where stories live. Discover now