Episode 37 : Jangan Happy Sangat Nanti Nangis

1.3K 129 2
                                    

Tidak jauh di tempat dimana para pelajar selalu luangkan masa semasa tunggu waktu kelas bermula, kelihatan geng tujuh orang sedang duduk bertengek di atas tembok batu anak tangga menghala pintu masuk sambil berborak dan ketawa sesama mereka.

Empat dari mereka berdiri di bawah tembok dua daripada mereka pula bercakung di atas anak tangga manakala seorang lagi duduk bersilang kaki seperti puan besar di situ,
Aaliyah Ingrid berborak dengan mereka yang ada di depannya bersama senyuman lebar di bibir.

Sebahagian pelajar akademi ada yang tidak tinggal di asrama iaitu pelajar yang duduk berdekatan akademi didapati sedang keluar masuk laman akademi menghadirkan diri lalu lalang di depan mereka ketika itu dan sekadar di lirik sepintas lalu.

Pada masa itu juga la sebuah kereta hitam mewah berhenti tepat di laluan masuk beranak tangga menghadap bangunan Utama. Kereta itu berhenti sebelum seorang pemandu keluar dari tempat pemandu.

Pemandu itu kemudiannya bergegas ke sisi tempat duduk belakang dan buka pintu setelah  itu.

"Datang dah tu.."lutut Aaliyah di siku Ian sebaik saja dia nampak akan orang yang keluar dari kereta tersebut.

Aaliyah yang merehatkan siku atas bahu Leon pun pandang ke arah kereta tadi. Kelibat lelaki segak dan lampai berdiri hadapan kereta mewah hitam.

Selepas Aaliyah nampak Lucas keluar dari kereta tu, bibirnya terus tersenyum lebar. Nampaknya target pertama dia sudahpun tiba.

"Kau rasa katak tu dah beranak ke dalam lokar dia?"seloroh Jayden sewaktu perhatikan lelaki lampai dengan rupa paras menawan yang berjalan ala-ala model mendekati arah mereka.

"Saya harap macam tu la..biar meriah sikit lokar dia tu."sengih Aaliyah sewaktu perhatikan langkah Lucas. Dari atas ke bawah. Kaki panjang dan kurus, derap langkah yang yakin, susuk badan kurus tapi sasa, lengan padat, jari jemari runcing dan rupa tu. Memang pakej habis sebagai hot boy!Tapi itu la, dia dah terbencikan lelaki ni sebab permainkan dia!Jadi full pakej atau half price, ianya takkan dapat mengubah pendirian dia.

Ketika Lucas melewati tempat dimana Aaliyah dan geng Ian lepak, lelaki itu berhenti seketika lalu mengeerling setiap seorang di situ sebelum berhenti ke wajah Aaliyah. Renungan tetap dingin dan tidak beriak tetapi dalam.

Aaliyah pun apa lagi, dia menjungkit kening pada Lucas sebelum tarik sengih ala samseng dia. Yang mana tak jadi pun. Malah buatkan dia seperti orang diserang strok pun ada.

"Ingat lawa ke?"tegur Lucas lepas tu. Bersama sengih mengejeknya dia kembali meneruskan langkah pergi dari situ.

Jatuh terus muka overconfident Aaliyah lepas dengar. Dia angkat kepalan penumbuknya acah-acah nak menumbuk. "Aurgh!Menyakitkan hati betul." gerutu dia sambil pandang belakang badan Lucas.

"Dia dah masuk...jom kita tengok.."Ian pandang ke Aaliyah dan bantu sepupunya itu turun dari tembok batu tu.

"Sediakan kamera awal-awal.."pesan Aaliyah pada Ian semasa dirinya di dukung turun dari situ tanpa disuruh.

"Don't worry."sengih Ian dengan jahat.

Mereka pun sama-sama berjalan masuk ke dalam bangunan dan ekori Lucas sehingga la mereka semua tiba di koridor dimana lokar para pelajar berada. Setibanya mereka di situ, Aaliyah, Ian dan yang lain berdiri beberapa lokar jauh dari Lucas berdiri. Mereka semua hendak saksikan insiden yang bakal berlangsung sebentar lagi.

Tanpa berasa curiga mahupun syak apa-apa, Lucas punch in passcode untuk pad keselamatan lokarnya.

Beep!

Beep!

Aaliyah dekat situ tunggu dengan tidak sabar sehingga tidak sedar yang dia menggigit kuku jarinya sendiri.

"Sekejap...itu lokar dia?"satu suara menyampuk di belakang.

Dengan laju Aaliyah terus palingkan kepala ke tiga orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan lokar Lucas lewat malam tadj. Kening dia berkerut semasa berkata. "Apa maksud awak...kan saya dah beritahu?" bisiknya.

"Tak...kita orang ingatkan lokar yang di sebelah dia.."

"What?"Ian pandang ke rakannya dengan tak percaya.

Kalau macam tu, maknanya lokar Lucas-

Aaliyah kembali memandang ke arah Lucas dengan mata terbutang luas. Takkanla-

Lucas pun pegang tombol kecil pada lokarnya lalu tarik pintu itu keluar dengan bersahaja.

Ian dan Aaliyah ingatkan lelaki tu akan terkejut ke melatah ke kan. Rupanya tidak. Malah Lucas dengan bersahaja tunduk meletakkan beg dan mengeluarkan buku dari situ seakan tiada apa-apapun yang terjadi dalam lokar lelaki tu.

Mulut mereka berdua jatuh menganga luas.

"Habis tu...Lokar sebelah Lucas tu lokar siapa pulak?"tanya Leo dengan blank.

"Lokar aku "jawab suara lagi satu dekat belakang mereka.

Dengan serentak keenam-enam kepala di situ pandang akan Jayden yang berdiri memandang bosan ke mereka. "Hah!"seru mereka dengan tergamam yang amat.

Ahhh!Fork!Aaliyah tepuk dahinya dengan mata terpejam. Apa dia nak buat dengan tiga orang ni!Sikit pun tak  boleh harap la!

Bersama renungan tajam, Aaliyah pandang ke tiga orang tadi lalu memukul belakang badan setiap mereka dengan berang. "Habis rosak semuanya!Apa yang ada dalam kepala kau orang hah!?"marah dia.

Ian dan Leo cuba halang Aaliyah dari sakiti rakan mereka. "Sudah la tu."

"Sini biar aku kerjakan kau orang!"kakinya di angkat mahu menyepak mereka tapi tubuhnya sudah di peluk Ian untuk jauhkan dia dari mereka.

"Sorry Aaliyah."ucap mereka sambil buat muka seposen  mereka pada dia.

"Sorry-sorry...naik lorry sana la!Sini!Biar saya tarik rambut tu tanggal dari kepala tu biar jelas sikit otak tu nak fikir!"gelut dia yang tidak sabar mahu dapatkan mereka. Geramnya dia!Habis rosak pelan dia nak kenakan si Lucas tu!"Sini!"

Pelajar lain dekat sekitar lokar itu pandang pelik akan situasi itu bila Nampak Aaliyah mahu mengerjakan pemain ragbi dari pasukan rasmi ragbi akademi.

Lucas yang baru selesai ambil buku dan barang dari lokarnya tutup pintu lokarnya sambil berpaling.Pada masa itu dia nampak akan Aaliyah yang cuba mencakar muka seorang dari mereka di situ. Dia tak rasa apa-apa sebab dia tahu apa hubungan Budak rating bawah tu dengan Aaliyah. Tanpa berlengah dia gerak pergi dari situ dengan jelingan menyampahnya.

23. The Hierarchy Where stories live. Discover now