Episode 21 : Si Jengkel Kepala Angin!

1.4K 130 0
                                    

Tidak berkedip dari melihat apa yang dipaparkan pada skrin telefonnya, jari jemari Lucas dengan erat menggengam telefon. Video dimana Aaliyah di tolak dan dimarah ketika berada di dalam bengkel seni beberapa jam yang lepas baru saja ditonton.

Keningnya mencerlung tidak puas hati.

Dia berasa sakit hati dengan apa yang baru sahaja dilihat. Dia ingatkan sekolah lama tempat dia pernah belajar saja yang buat masalah, rupanya dekat tempat ayahnya ini juga tiada bezanya.

Semua sama aje.

Masing-masing nak tunjuk diri tu hebat.

Nampaknya tiba giliran dia pula yang tunjuk belang dekat sini!

Ayah dia dekan bukan?

So....timbulkan masalah bukan suatu masalah besar untuk dia uruskan dekat sini!

Telefon bimbitnya di seluk dalam poket blazer akademinya sebelum dia atur langkahnya ke arah pintu cafeteria mewah yang berjiran dengan cafeteria biasa. Memandangkan waktu makan tengah hari baru sahaja bermula, pasti sasarannya ada di dalam tempat ni.

Masuk saja dia ke dalam ruangan itu, dia di sapa dengan pemandangan dimana dapat dilihat dekat dalam restoran mewah di hotel atau tempat mahal. Dari lampu, meja, suasana sehinggala decoration tempat itu sangat la elegan dan branded.

Namun semua itu tidak buatkan dia terlupa akan tujuan asalnya ke situ. Jadi Lucas berjalan merentasi lorong yang ada di situ dengan tangan dalam poket seluar dan gaya samsengnya. Sambil berjalan sambil itu matanya melirik setiap muka yang ada di situ.

Sedang dia jalan, pada masa itu dia la ternampak orang yang bertanggungjawab dalam kes Aaliyah pagi tadi. Dan pelajar itu sedang ketawa ketika berborak dengan rakan yang ada di sekeliling.

Hah!

Jumpa pun!

Tersengih jahat di bibir, dia masuk dalam lorong itu lalu mendekati meja tersebut. Sampai saja di situ, dua orang pelajar lain yang ada atas bangku itu ditolak ketepi supaya beri Lucas ruang untuk duduk secara paksa. Bila dua pelajar lelaki di situ anjak ke tepi barulah dia duduk, terus senyap meja tu dibuat kehadirannya.

Seorang pandang situ seorang pandang sini. Tapi end up memandang Lucas yang berhadapan dengan mereka.

"Whassup."sapa Lucas dengan senyuman mesra yang dibuat-buat.

Ternganga mulut masing-masing taktala setiap seorang daripada mereka di situ mangu sendiri memerhatikan penampilan Lucas yang beranting-anting tiga pada cuping telinga kiri. Dengan kening terbelahnya lagi. Nampak sangat la penampilan Lucas itu seperti seorang pelajar bermasalah.

"Lucas..."sebut Sam, pelajar lelaki bercermin mata yang sama telah mengasari Aaliyah di kelas seni mereka.

Terangkat tinggi kening Lucas. Bukan sebab terkejut tapi kerana berasa skeptikal.

"Ohh...kau tahu nama aku?"balas Lucas sambil saja-saja buat muka terkejut. "Ahahah... aku ingatkan masih ada yang belum kenal aku lagi."selorohnya dengan bersahaja.

Mereka dekat situ beri isyarat ke antara satu sama lain. Cuba bertanya pada Sam apa yang berlaku, kenapa Lucas ada dekat sini, kenapa Lucas ada bersama dengan mereka, anak dekan ni nak apa?Pelbagai persoalan jelas terpancar di wajah empat orang di situ.

"Mesti la semua orang kenal siapa kau...kau kan anak dekan. Siapa aje yang tak tahu.."balas Sam dengan senyuman kekok dia.

Terus Lucas menarik sengih mengejek. Untung betul jadi anak dekan ni kan. Semua orang kenal walaupun  mereka tidak pernah bertemu apalagi menegur antara satu sama lain. "Oh ya ke...so apa yang seronok sangat kau ketawakan tadi?"tanya dia sewaktu capai garfu yang ada di pinggan berdekatan dengan dia. Lalu di pusing-pusing diantara celah jarinya.

Mata Sam dan semua di situ kerling ke jari yang bermain dengan garfu sebelum naik memandang muka empunyanya. Berderau semacam. Entah kenapa tingkah Lucas memegang garpu itu buatkan Sam berasa awas. "Tak ada apa-apa.."geleng Sam dengan terpaksa.

"Oh really?Tak ada apa-apa. Alah...jangan la malu. Share je dekat aku. Aku pun nak tahu jugak apa aje yang buat kau seronok sangat?"arah Lucas lagi sebelum hentak garfu tu dengan kuat dekat permukaan meja sampai buatkan semua di situ melompat sedikit dari duduk mereka.

Blink!Blink! Terkebil-kebil mata Sam dibuatnya. Sumpah!Dia terkejut sangat. Dia ingatkan Lucas nak tikam dia ke apa. Rupanya bukan.

Sam menelan air liur takutnya sewaktu mata dia menjegil bulat memandang Lucas. Dah kenapa pulak anak dekan ni?Nak cari pasal ke?

Tanpa amaran Lucas bangun dari situ dan panjat atas meja tu lalu bercakung. Dalam sekelip mata, tangannya capai kepala Sam sebelum dihantukkan kepala tu ke dalam pinggan makanan yang berada betul-betul di depan Sam. Tiga rakan Sam di situ dengan serentak berdiri dari situ menjauhkan diri dengan muka terkejut masing-masing.

Sementara Sam cuba mencapai tangan Lucas supaya jauh dari kepala dia. Namun walaupun dia dapat pegang tangan Lucas, ianya tidak dapat menghentikan Lucas dari menekan muka dia pada makanan dalam pinggan.

Dengan muka tanpa ekpresinya, Lucas cengkam erat rambut Sam dan menonyoh-nonyoh muka Sam pada pinggan sehingga penyek makanan tu dibuatnya. Setelah puas, dia angkat kepala Sam dengan paksa hingga buatkan Sam berdiri dari situ.

"Kau tahu...aku tak suka kalau ada orang cuba tunjuk superior dari aku dekat sini..."beritahu Lucas sewaktu pandang muka comot Sam dengan kepala terlentok sedikit ke tepi. "Untuk tu aku beritahu jelas-jelas dekat semua orang...selain aku, tak ada siapa boleh tunjuk belang dia orang. Kau faham tu?"

Sam mengangguk kepala dengan patuh sebaik mendengarnya.Dia tak berani nak melawan sebab tak nak di buang dari akademi ni. Kalau mak ayah dia masak dia nanti! "Faham."

Tersengih bangga dengan hasil yang dia dapat, Lucas lempar kepala Sam ke tepi dengan kasar lalu lompat turun dari meja tu. Nak tunjuk samseng kena gertak sikit dah menikus!

Baru je dia nak gerak semula ke arah pintu, Lucas ampak dua orang pelajar perempuan saling bertolak Tarik hendak masuk ke dalam.

"Aku tak nak la."

"Alah...hari ni je la."

"Lepas la. Aku pergi cafeteria sana je. Ian tunggu aku."

"Tak apa. Ian ada geng dia. Aku tak ada kawan. Kau asyik lepak dengan dia. Lepak la pulak dengan aku."

Sedang dua orang tu bergelut. Lucas yang berdiri dekat depan laluan mereka hanya berdiri di situ, perhatikan seorang dari mereka heret tangan seorang lagi supaya ikut masuk Bersama. DIsebabkan dia tak elak atau ke tepi, lalu berlakunya pertembungan antara mereka berdua di situ.

Orang di Tarik tercampak ke depan sebab tak sempat nak berhenti, lalu masuk ke dalam pelukan Lucas tepat di situ sebelum dia tersembam.

"Oh my god!"lafaz Farina dengan tergamam yang amat lepas terlepas tangan Aaliyah dari cengkaman dia. Dia ingat nak sambut Aaliyah tapi tak jadi lepas Nampak yang Aaliyah terlanggar orang di depan dia.

Terpisat-pisat nak seimbangkan diri, Aaliyah dongakkan kepala dia ke atas sebelum terpandang Lucas dengan muka ketat dan aura samsengnya sedang tunduk melihat dirinya. Masa ini terus berbahang merah muka dia sebab malu!

23. The Hierarchy Where stories live. Discover now