Episode 28 : TMI!

1.4K 120 0
                                    

Perang Rating.

Ianya adalah perkara yang pelajar akademi yang mempunyai rating tinggi sahaja yang tahu mengenainya. Terutama sekali pelajar rating 10 dan rating 9. Biasanya mereka hadapi masalah ini sekiranya ada yang berasa insecure dengan kedudukan mereka dan cuba hendak merampas rating ini dari mereka.

Samaada perang dingin iaitu senyap-senyap atau secara terang-terang. Strategi mereka tak dapat di lihat apa lagi di agak apa yang bakal di lakukan. Kebanyakkannya mereka membuatkan suatu kejadian itu seperti kemalangan biasa, menyebarkan fitnah, menyebarkan khabar angin tidak elok, lakukan hal yang boleh turunkan rating target mereka dan hingga ke tahap brutal iaitu menyakiti pelajar rating tinggi itu sendiri.

Itu la Perang Rating di akademi ini.

Macam mana nak tentukan siapa pemenang siapa loser?

Simple je.

Siapa yang pandai, kuat, cekap dan tahu nak engage strategi pada lawan pasti akan menang dalam peperangan ni. Tapi kalau orang tu adalah orang seperti dia. Rasanya yang melungkup dulu  sudah terang lagikan bersuluh dia sendiri la. Siapa lagi kan!?

"Hello!Aaliyah to earth!"lambai Farina depan muka Aaliyah mendapatkan perhatian dari rakannya itu. Sejak tadi Farina perhati asyik termenung aje Aaliyah ni. "Wei!Kau dengar tak apa aku cakap tadi?"

Lamun Aaliyah tersentak dek sergahan Farina. Membuatkan Aaliyah pantas memalingkan muka ke rakan baiknya itu. "Ada apa?"soalnya dengan kening terangkat kabur. Dia tak fokus dengan apa yang dicakapkan oleh Farina.

Mereka ketika ini berada dalam dewan makan pelajar. Sedang menikmati makan malam untuk  akhir hari mereka. Sepanjang masa itu Aaliyah duduk saling menghadap Farina di meja makan.

"Kau dengar ke tidak apa aku cakap tadi?"tanya Farina lagi sambil menguis makan malam yang ada dalam pinggan.

Memang dia dengar la gayanya kalau dah tanya macam tu. Aaliyah tarik sengih kambing serba salahnya. "Hehehe... sorry. Aku tak dengar. Memangnya kau cakap apa tadi?"

Farina mengetap bibir menahan sabar. "Geram betul la dengan kau ni."cebiknya. "Aku cakap. aku nak ajak kau keluar shopping dengan aku...."ulang dia. "Aku nak beli beg tangan edisi terhad yang baru keluar tu... kau ni kenapa?Ada problem ke?Asal termenung je memanjang?"

"Mana ada."nafi Aaliyah yang kemudiannya tunduk menyuap makanan ke dalam mulut lalu di kunyah dengan tiada selera. Dia tak nak susahkan Farina dengan masalah dia. Biarlah Farina dengan dunia teletubies Farina. Jangan dicampur dengan urusan dunia perang dia ni. Bukannya Farina ni salah apa-apa. Kawannya ini hanya seorang anak yang terlebih manja dan sukakan barang mewah je. Kalau dia share masalahnya ini bukannya boleh settle pun.

"Kau sure?Kau tahu kalau kau ada problem kau boleh share dekat aku. Jangan simpan sendiri. Mana yang aku boleh tolong, aku tolong, mana yang tak boleh aku boleh tolong dengar kan aje boleh la."seloroh Farina sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya lalu di kunyah hingga kembung pipi dia.

Aaliyah tersenyum kerana berasa lucu melihat lagat Farina. Lalu dia angkat tangan untuk bantu kesat kesan makanan yang terpalit di tepi pipi tu. "Makan la perlahan-lahan." pesannya sambil tu.

Farina buat tak kisah. Dia hanya fokus dengan suapannya ketika itu.

Sedang Aaliyah gerak hendak capai gelasnya, dia perasan seperti ada yang perhatikan dia. Jadi dia kaku dari pegang gelas di depannya untuk pandang ke sekelilingnya. Sekali tu dia ternampak ada yang pandang dia dari jauh. Dia ikut terpandang sama. Lucas dengan renungan mencerun sedang pandang dia. Makanan dekat pinggan tak terusik.

Hairan dan ingin tahu Aaliyah jungkit kening dia seakan tanya 'apa pandang-pandang?' pada Lucas.

Lucas menjungkit bahu.

Aaliyah gerakkan mata dia sebagai isyarat kepada Lucas untuk tidak memandang dirinya.

Namun Lucas membalasnya dengan menjelir lidah kepada Aaliyah.

Aaliyah buat muka tak percaya. Dia capai gelas berisi air kosong lalu diteguk sedikit isinya tanpa alihkan matanya dari Lucas. Ingat dia nak kalah ke!

Lucas pun sama. Dia ikut pandang Aaliyah tanpa berkelip.

Sedang Aaliyah pandang, kepala dia terlentok sewaktu pandang Lucas. Ada sesuatu pada Lucas buatkan dia tergamit sekejap. Serius talk, bila pandang Lucas ni buatkan dia terfikir  akan sesuatu tau.

Tapi apa dia ek?

Perlahan-lahan Aaliyah meletakkan gelas ke bawah masih lagi melihat Lucas yang masih memandang dirinya dari dua meja jauh dari tempat dia itu.

Kawasan meja dimana pelajar lelaki berada.

Lucas Oliver...

Tristan Oliver..

Eh?

Tak mungkin la.

Ramai aje orang yang mempunyai nama yang sama. Itu tak bermakna orang itu saling berhubung kait.

Aaliyah mengeecilkan mata dia ke Lucas kerana rasa curiga. Apa yang dia rasakan ni?Dia kemudiannya pandang ke Farina pula. Waktu ini kawannya itu sedang melahap salad seperti arnab yang lapar. Bukan main gelojoh lagi.

"Farina..."panggil Aaliyah masih memandang ke  arah Lucas.

Farina tersentak dari fokusnya. Dia pandang Aaliyah dengan kening terangkat tinggi. "Kenapa?"

"Dekan...dia ada berapa orang anak ya?"baru la Aaliyah memaling muka ke Farina semula.

Farina kunyap laju-laju makanan dalam mulutnya sebelum di telan sedikit dan sambung kunyah mana yang belum habis dalam mulutnya sebelum bercakap. "Mm...tak silap aku dekan ada dua orang anak."

"Hah?"nganga Aaliyah agak terkejut mendengarnya. "Dua orang!?"Ish...takkan la!

"Hm... siapa lagi Lucas...dengan ketua Kaunselor akademi kita, Sir Tristan. Kau tak tahu ke?"tanya Farina dengan muka blank dia. Rasanya facts  ni semua orang dalam akademi ni tahu. Takkan la vest student akademi  macam Aaliyah ni tak tahu. "Kalau tak mana la Sir Tristan boleh jadi ketua kaunselor pada usia muda macam ni..."dia kembali tunduk menyuap daging yang di potongnya tadi ke dalam mulut. Sedap makan malam hari ni!

Terjatuh garfu yang di pegang Aaliyah dekat tangannya. Dia pandang tak percaya ke Farina. Apa?

Sir Tristan?

Lelaki tu pun anak dekan?

Seriously?

Asal dia tak tahu tentang hal ni?Selama tiga tahun dia belajar di akademi ni, baru sekarang dia sedar akan hal ni?Wahh....betul-betul tak kisahnya dia tentang Tristan tu kan!

Dengan muka terkejutnya, Aaliyah pandang semula ke arah dimana Lucas berada. Lelaki itu masih memandang dia dari jauh.

Dah apahal Lucas tu?Kenapa pandang  diamacam tu?Terus keningnya berkerut selepas teringat akan Sir Tristan. Jadi dua orang manusia penyusah hidupnya ini adalah adik beradik?

No wonder la!

Tapi kenapa?Kenapa dia boleh tersekat antara dua orang ni?Seorang perangai prick menyakitkan hati. Seorang perangai bratty terkurang perhatian!

Uggh!Berasa kesal, Aaliyah cengkam rambut di kepalanya lalu menyiku tangannya ke atas meja sambil pejam mata. Masalah betul!Hal Tristan menghantar surat amaran kepada ibunya masih dia belum terima. Inikan lagi kenyataan yang Tristan dan Lucas adalah adik beradik!Parah betul!

Too Much Information!

Too much!

23. The Hierarchy Where stories live. Discover now