Tiga jam kemudian.
Akhirnya selepas meluangkan masa di dalam kelas masing-masing dan memerah otak, para pelajar akhirnya dapat hadirkan diri ke cafeteria untuk makan tengah hari. Yang mana buatkan suasana tempat itu sibuk dan padat seperti keadaan lembu keluar dari kandang.
Berpusu-pusu dan berasak-asak mereka di situ
Mujurla di sini kafeterianya besar dan terdapat dua bahagian. Iaitu satu bahagian untuk budak rating bawah 5, dan satu lagi bahagian untuk rating atas lebih dari 5.
Ya. Bukan setakat kelas saja yang di sorting malah termasuk dengan kafeteria.
Dan ramai yang berebut meng qqqinginkan tempat rating 6 ke atas kerana makanan di situ semuanya mewah-mewah belaka. Tapi makanan di kafeteria rating bawah 5 pun okay jugak bukan tak sedap cuma tidak semewah kafeteria rating atas 5 je.
Namun begitu cuba pilih, makanan yang mahal atau suasana yang selesa?Yang mana orang akan pilih?
For sure la suasana yang selesa. Ya tak!
Dari jauh lagi kelibat gadis bersanggul di depan skrin papan kenyataan yang berada di dinding Utama lobi bangunan akademi dapat di lihat. Ketika dia sedang tekun melihat apa disiarkan pada laman buletin akademi, waktu itu la seseorang jalan terhendap-hendap di belakang seperti mahu menyergahnya.
Sambil tersenyum nakal, lelaki berambut serabai dan beruniform tidak lengkap itu jalan menjengket lalu angkat kedua-dua tangan dengan tinggi sebelum membuka mulut hendak mengaum.
Namun begitu, sebelum sempat pelajar lelaki itu hendak menyergah, pada masa itu la gadis tersebut berpaling menghadapnya.
Seperti patung beku, lelaki tu kejung dalam keadaan tersebut sambil pandang muka cantik yang dimiliki oleh gadis di depannya.
Blink!
Blink!
Buat beberapa saat mereka saling bertentang mata sebelum gadis depannya bersuara terlebih dahulu.
"Kau buat apa?"tanya Aaliyah dengan bosan sambil peluk buku rapat ke dada. Matanya naik turun melirik sepupunya itu. Ada aje la perangai bukan-bukan yang nak dibuatnya.
Berasa kesal kerana taktiknya tidak berjaya lagi, Ian pun menurunkan tangannya ke bawah dengan muka kesal."Haih...kau ni boring tahu tak..."keluh Ian sambil pukul tepi peha.
"Kau tu yang boring...tak ada taktik lain apa nak guna untuk kenakan aku?"tanya Aaliyah sebelum memulakan langkahnya untuk pergi dari situ. Lenguh kaki dia berdiri dekat situ gara-gara tunggu sepupunya ini.
Ian Hudson, pelajar tahun terakhir semester kedua.Anak kepada adik ibu Aaliyah. Seorang budak lelaki yang suka timbulkan masalah dan tak suka belajar. Anak orang kaya. Bapa seorang doktor, ibu seorang peguam. Ada seorang kakak yang bekerja sebagai supermodel. Ada rupa paras, tapi pemalas nak mampus! Rating 4.8. Pemain pasukan ragbi bahagian defences. Kenapa rating Ian rendah?Tanya la mamat tu sendiri.
Dengan bersahaja Ian rangkul bahu Aaliyah dan berjalan seiring merentasi koridor. "Aku dengar ada budak baru yang masuk kelas kau betul ke?"tanya Ian sambil tu.
Aaliyah buat muka menyampah dia lepas dengar. Teringatkan muka berlagak mintak makan tapak kasut itu membuatkan dia jengkel tiba-tiba. Entah kenapa perasaan yang dia rasa ni familiar sangat macam dia bencikan si Tristan. Serius perasaan ni tak jauh sangat!"Yup...and he's just a pain in the ass!"
"Ahhaha...serius la. Aku dengar dia anak dekan. Katanya dia pindah sini sebab buat masalah dekat sekolah lama."beritahu Ian lagi.
Aaliyah pun palingkan kepalanya lalu pandang wajah sepupunya dengan kening berkerut. Hah? "Dari mana kau dengar semua tu?"
Ian ikut palingkan mukanya ke Aaliyah lalu tarik sengih meleret bangganya. Kening dijungkit main-main. "Kau tahu...even aku ni student rating rendah, aku paling pakar dalam soal gosip tentang isi ahli akademi ni tau...so jangan pandang sebelah mata okay."
My gosh!Menyampah betul!Habis muka tu Aaliyah tolak jauh darinya. "Kalau macam tu, apa kata kau gunakan masa lapang kau tu untuk buat something yang berfaedah?Macam naikkan rating kau ke perbaiki penampilan kau ke!?"
Ian ketawa lalu gerak masuk ke pintu cafeteria pelajar rating rendah bersama-sama Aaliyah. Tempat selalu Aaliyah habiskan masa bersama. Disebabkan Aaliyah ni anak orang miskin, tekak dia lebih familiar dengan makanan murah. Sebab itu dia suka duduk dekat cafeteria ni dari di cafeteria mahal!Makanan orang kaya selalu buat dia tak kenyang!Yalah mana nak kenyang kalau saiz hidangan tu cukup untuk satu dua suap aje. Like fine dining concept. Cukup la sekali dia makan seminggu dekat situ selepas rating dia naik ke 5.4 masa tahun kedua. Lepas tu dia dah serik! Tak dan nak makan dekat situ sejak tu lagi.
"Ian sini!"panggil geng lelaki tu dari sebuah meja panjang di situ.
"What's up!"sahut Ian yang mengangkat tangan membalas lambaian tu.
Lalu mereka berdua ambil tempat di meja tersebut. Sebelum berborak sekejap dengan mereka dan ambil makanan dia meja buffet. Selesai ambil makanan Ian dan Aaliyah kembali ke meja itu dan nikmati makanan mereka.
Aaliyah seperti biasa dia akan makan sambil membaca buku dan menyiapkan kerjanya. Sementara Ian yang makan sambil berborak sakan mengenai rancangan dan game ragbi mereka.
Nerd bukan?What ever. Asal boleh jadi pandai!Apa salahnya!
"So jadi tak keluar Jumaat malam ni?Aku dah beli tiket untuk perlawanan tu??"ajak rakan Ian dekat seberang meja dengan suara berbisik penuh muslihat.
"Of course jadi. Gila tak. Game tu game final kan. Rugi la kalau tak tengok."setuju Ian sambil suap makanan dalam mulut dengan banyak sampai kembung pipi tu.
"Kau Aaliyah....join sekali tak?"tanya rakan Ian yang duduk dekat sebelah Aaliyah.
Ian pandang ke sepupunya dengan muka menyampah. Ian boleh agak jawapan apa yang akan keluar dari tokoh pelajar akademi ni nanti."Kau jangan cakap dengan ulat buku ni...dia tak dengar. On je. Kau beli tiket cukup kan untuk dia sekali?"sampuk dia kemudian.
"Beli...itu yang aku tanya."
"Okay. Kalau macam tu. Jumaat malam. Kumpul dekat tempat biasa. Kita gerak sama."arah rakan Ian yang sama tadi.
Aaliyah yang dengar angkat kepala. Dia pandang mereka semua sibuk bercakap sewaktu kunyah makanan dalam mulut. Nak tahu apa yang buatkan dia masih bertahan dalam akademi ni?Well...mereka yang ada di depannya ini la. Geng Ian. Pelajar paling sporting dan tak pandang orang melalui rating. Dan alasan utama kenapa rating dia naik adalah kerana mereka jugak la. Mereka berikan rating kepada dia supaya dia dapat hidup selesa dekat sini memandangkan mereka semua tahu dia ni asal dari keluarga mana. Serious talk, enam orang lelaki yang ada di meja ini semuanya dari keluarga kaya raya. Namun begitu mereka tetap down to earth. Tak pernah bongkak atau cari perhatian untuk dapatkan rating tinggi.
Sebab apa, semakin tinggi rating tu semakin stress hidup seseorang tu! Macam dia la! Stress sebab hari-hari kena fikir belajar....belajar...belajar dan belajar. Kalau tidak, nanti dia kena bayar balik semua ni. Nak cari mana semua duit tu. Dia orang miskin. Mak ayah dia kerja pun kais pagi makan pagi kain petang makan petang! Tak sampai hati dia nak susahkan mereka. Sebab itu dia nak sangat ada dekat rating bawah. Tapi ada yang tak benarkan dia untuk buat begitu.
"Makan banyak sikit Aaliyah...kurus badan kau tu...mesti penat kan belajar?"seloroh Ian sambil culik makanan Aaliyah dari pinggannya.
"Hei!"marah Aaliyah yang memukul tangan tu dengan belakang sudu. Sibuk suruh dia makan, tapi makanan dia yang diambil!
"Ahaha...alah mintak sikit je. Itu pun tak boleh.."ketawa Ian sambil kunyah.
YOU ARE READING
23. The Hierarchy
Teen FictionHierachy. Suatu konsep untuk kelaskan atau kategorikan seseorang berdasarkan darjat dan pangkat. Itu la yang digunakan dalam Akademi Galatik Vista kepada para pelajarnya. Kalau sesiapa nak dapat hidup senang dan kemudahan mewah dalam akademi ni, pe...