Haish!
Itu la!
Tak kira sekuat mana dan sehebat mana seseorang tu, kalau isu usia sudah di bangkitkan, maka tak ada siapa boleh menang menentang fakta ni.
Disebabkan Tristan lebih tua dan lebih berkuasa, maka dua orang Budak lelaki ni undurkan diri dan mengalah. Hanya kerana mendengar perkataan ni
'Fine...kalau ada siapa yang sudi gantikan tempat Aaliyah untuk di hukum, di persilakan.'
Dan dua lelaki tak guna ni cepat-cepat undurkan diri dan mengalah.
What the fish!
Tak gentleman betul!
Harap je ada rupa!
Tapi tak boleh diharapkan langsung.
Hmph!
"Menungkan apa lagi. Kemas!"marah Tristan dengan bengang di situ sambal mencekak pinggang.
Aaliyah yang masih berdiri tegak di tengah pejabat Tristan menikus sikit sebab terkejut dengan bentakan itu. Dia pandang ke Tristan lalu ke sekeliling pejabat yang mana sudahpun di litupi dengan kertas not pad pelbagai warna. Tiada satupun yang tak tertampal. Termasuk lantai dekat bawah kakinya sekarang ni.
"Kenapa saya pulak yang kena kemas?"cebik Aaliyah yang masih tidak mahu mengalah.
"Apa kamu kata?"Tristan berdiri dekat sebelah Aaliyah dengan gaya seperti mak-mak marah. Tangan bercekak sebelah pinggang, kening berkerut marah, nada tu sekali. "Kenapa kamu yang kena kemas?"
Aaliyah jauhkan sikit badan dia sambil bermain dengan bibirnya. Kejap-kejap dia kerling ke Tristan mahu ketawa. Lucu melihat lelaki itu marah. "Yalah..pejabat sir. Sir la yang kena kemas. Kenapa saya kena kemas."cebiknya lagi dengan suara kecil.
Berdengus tak percaya Tristan lepas tu. Dia cekau belakang leher Aaliyah lalu ditegakkan kepala tu untuk pandang seluruh biliknya. Hari tu kereta dia. Sekarang pejabat dia!Ingat dia tak tahu ke semua ni kerja siapa!Not pad ni...ada trademark Aaliyah. mesti la dia tahu kerja siapa! "Tengok betul-betul ni...kamu rasa kertas-kertas ni boleh tertampal sendiri ke kalau tak ada yang menampalnya?"
Aaliyah kegelian bila tengkuknya di pegang begitu. Sudah la tangan Tristan sejuk. "Bukan saya yang tampal.."nafinya dengan suara hendak ketawa.
"Kamu nak nafikannya lagi?Huh?Saya tahu ini kerja kamu. Tak ada siapa dalam akademi ni yang bencikan saya seperti kamu bencikan saya Aaliyah. Sekarang kamu kemas atau selamanya kamu duduk bertapak dalam pejabat saya ni!"Tristan kuatkan sedikit cengkamannya pada belakang tengkuk tu.
Tak tahan dengan rasa geli tu, Aaliyah pegang tangan Tristan lalu cuba di alihkan dari situ. "Saya tak tahu apa yang sir katakan ni. Bila saya cakap saya bencikan sir. Saya sayang sir sebab tu saya kena repeat subjek sir...tak begitu."sindir Aaliyah yang maksudkan yang sebaliknya.
Dengan jengkel. Tristan lepaskan leher tu lalu gerak ke mejanya yang ditampal dengan kertas not pad warna pink lalu duduk di depan meja tu menghadap Aaliyah sambil menyilang tangan ke dada. "Fine. Tak payah kemas kalau macam tu. Kamu berdiri situ sepanjang hari sampai saya habiskan kerja hari ni."
Aaliyah menjegil matanya serta merta. Gila!Mana mungkin la dia nak duduk dalam pejabat ni seharian. Dia ada kelas nak hadir. Ada kuiz nak jawab. Ada kelas tarian yang perlu dia pergi! "Mana boleh macam tu."bidasnya.
"Kemas kalau macam tu...kamu jangan nak mengelat ya. Saya tahu ini semua kerja kamu."arah Tristan lagi sambil menggerakkan mata dia sekeliling pejabatnya yang awal bersih kini penuh dengan kertas warna warni ni!
Protes enggan buat, Aaliyah silangkan tangan ke dada lalu bersila dekat lantai tu serta merta. Dia tak nak buat!Tristan layak terima semua ni!Siapa suruh hantar surat amaran pada ibu dia. Habis dia kena marah gara-gara surat tu. Kan dia dah beritahu kejadian di balai polis hari tu bukan salah dia. Still...Tristan si Annoying ni masih jugak lakukannya!
"No!"lawan Aaliyah setelah dia duduk bersila di situ.
Tristan mengetap gigi sebelum pejam mata menahan sabar. Degilnya pelajarnya yang seorang ni! Selepas dia hitung 10 saat dalam kepala, baru la dia buka mata dan gerak untuk bercakung depan Aaliyah. Apa Budak depannya ni mahukan dari dia?
"Beritahu saya...apa alasan kamu lakukan vandalisme dalam pejabat saya ni?"tanya Tristan semasa bercakung depan Aaliyah ketika itu.
Aaliyah pandang Tristan dengan kening berkerut tak puas hatinya. "Minta maaf pada saya. Sir dah fitnah saya pada ibu saya sampai dia naik angin gara-gara kes di balai polis tempoh hari. Saya tak salah. Tapi sir tetap hantar surat pada ibu saya. Mana adil macam tu. Lagi satu, sir tak beritahu saya yang Lucas tu adik sir...Budak pandai. Bukannya Budak bermasalah yang perlukan bimbingan. Sebagai seorang pensyarah patutnya sir treat student sir dengan baik...bukan biarkan dia tertindas. Macam saya ni hah.."bebelnya di situ.
Tristan tersengih. Dia lentokkan sikit kepala masa tengok Aaliyah bercakap. "Salah saya?"tanya dia dengan nada tak percaya.
"Yalah...salah sir."angguk Aaliyah.
"Saya dah beritahu pada kamu hari tu di bilik rawatan. Kamu yang mintak. Lagi satu kamu tak tanya saya anak siapa, lucas tu siapa. buat apa saya nak beritahu."katanya dengan nada kesal.
Aaliyah terkedu. Ya tak ya. Logik jugak. Dia tak tanya, buat apa Tristan beritahu dia.
"Siapa kata saya tak treat kamu dengan baik. Saya cuba okay. Tapi kamu dengan perangai keras kepala kamu tu yang tak nampak apa saya cuba buat untuk kamu...kamu suka tunjuk perangai memberontak kamu pada saya, lawan kata saya masa saya cakap elok-elok dengan kamu, tak pernah beri perhatian setiap kali saya cuba beri perhatian kepada kamu. Ambil berat tentang kamu masa kamu susah atau sakit. Ada kamu perasan tu?Tak..kamu dengan perangai degil kamu yang beria hendak bencikan saya.Sekarang ni yang salahnya adalah kamu bukan saya."luah Tristan akhirnya.
Aaliyah terdiam sekejap. Dia pandang tak berkedip ke Tristan. Hah?Apa yang dia baru dengar tadi?
Menyedari dirinya sudah terlepas cakap, Tristan pejam matanya sekejap lalu tundukkan kepala ke bawah mengalah. Macam mana la dia boleh cakap semua ni!Kacau semuanya!Aduhai.
Mana la dia tahu!Dah Tristan yang sengaja gagalkan dia untuk subjek ni sedangkan dia dah berusaha selesaikan tugasan dan setiap kerja yang diberikan oleh Tristan kepadanya siapa suruh! Siap buat dia repeat kelas bagai! "Still sir yang salah sebab buat saya bencikan sir."katanya selepas tu sambil palingkan kepala ke arah lain.
Tristan angkat kepalanya lalu menggeleng kepala perlahan ketika pandang tepi muka tu. Apa la dia nak buat dengan Aaliyah ni! "Ya sudah. Kalau macam tu saya minta maaf. Setulus hati saya, Saya minta maaf. Puas hati sekarang?"
Terkejut dengan ucapan itu Aaliyah gerakkan kepalanya memandang ke depannya semula lalu turunkan tangan dia yang bersilang dekat dada tu ke bawah dengan perlahan-lahan. Agak taken back sekjap. Tristan mintak maaf pada dia?Macam tu je?
"Saya dah minta maaf pada kamu. jadi berhenti marahkan saya dan susahkan saya macam ni lagi. Faham?"Tristan jentik dahi Aaliyah dengan perlahan sambil tu.
Baru berkedip mata Aaliyah lepas tu. Dia pandang mata Tristan silih ganti. Cuba cari sesuatu dari renungan mata depannya ini. Apa semua ni?Pelik betul apa yang dia rasakan sekarang? "Sir pun sama. Berhenti buat saya jengkel kalau macam tu."beritahu dia.
Senang mendengarnya, Tristan capai tangan Aaliyah lalu gunakan tangan satu lagi untuk buat janji jari kelingking. "Janji."kata dia selepas lilit jari kelingkingnya pada jari kelingking Aaliyah.
Aaliyah pandang jarinya sebelum memandang Tristan. Comel je. Ini pun sir dia tahu. Ingatkan orang tua ni suka hadap buku teks dan calculator je. "Okay. Kita berdamai."cebiknya dengan menyampah.
"Good. Sekarang kemas."beritahu Tristan selepas itu yang berdiri dari situ untuk ke kelasnya.
"What?"tercengang dia dibuatnya. "Saya ingatkan sir dah lepaskan saya?"Aaliyah ikut bangun dari situ dan perhatikan Tristan gerak ke sana sini mencari dan mencapai sesuatu.
"Still...kamu yang buat sepah. Kemas. Kalau saya balik sini pejabat saya tak bersih, saya akan naikkan rating kamu lagi."beritahu Tristan sebelum gerak ke pintu pejabatnya sambil memandang Aaliyah.
Seperti mahu memaki hamun, Aaliyah pandang Tristan sambil mengepal penumbuknya. Macam tak guna betul!
YOU ARE READING
23. The Hierarchy
Novela JuvenilHierachy. Suatu konsep untuk kelaskan atau kategorikan seseorang berdasarkan darjat dan pangkat. Itu la yang digunakan dalam Akademi Galatik Vista kepada para pelajarnya. Kalau sesiapa nak dapat hidup senang dan kemudahan mewah dalam akademi ni, pe...