Episode 42 : Bola Terbabas!

1.3K 124 1
                                    

Keluhan lepas darinya buat kesekian kalinya sebelum Aaliyah kerling jam di pergelangan tangan. Dah masuk jam 3, sudah sejam berlalu. Sejam yang sepatutnya dia duduk dalam bilik umum dekan mengajar Lucas untuk subjek Sejarah. Tapi dia taknak pergi. Yalah, siapa nak ajar budak yang dah sedia pandai tu. Macam memperbodohkan diri sendiri je la namanya.

"Wei...kau tak ada kelas tutor dengan Lucas hari ni ke?"tanya Farina yang berada di depan Aaliyah membuat split, panaskan badan sebelum menjalankan aktiviti latihan cheerleading.

"Malas."balas Aaliyah dengan muka tak ada mood sewaktu bersila di atas rumput dan memetik-memetik daun rumput tersebut tanpa sebab. Kalau dia pergi pun apa gunanya. Lucas memang dah tahu semua perkara tu. Dan buat dia makin sakit hati lagi adalah Lucas masih buat-buat tak tahu. Menyakitkan hati!

Farina sondongkan badan ke kanan sambil tangan dia pegang hujung kasut. "Kau nak tahu something tak?"senyum dia setelah itu.

Aaliyah gerakkan mata dia ke Farina sebelum duduk tegak. "Apa bendanya?"

Farina luruskan badannya semula lalu buat perkara yang sama pada sebelah kiri pula. "Kau kenal Trio popular dari kelas 1 tahun tiga semester akhir, Hector, Ken dan Isaac?"tanya dia masa pandang ke Aaliyah sambil pegang hujung kasut satu lagi.

Kenapa dengan tiga orang tu? Kening Aaliyah terjungkit sebelah.

"Kenapa dengan dia orang?"Aaliyah sedaya upaya mengawal muka dia supaya tidak kelihatan obvious sangat yang dia kenal mereka bertiga. Sebabnya, dia tak pernah pun beritahu Farina yang dia pernah bercinta dengan Isaac, atau dia kenal Hector dan Ken selama perkenalan mereka. Sebab masa dia couple dengan Isaac, mereka bertiga pesan, Aaliyah tak boleh beritahu sesiapa mengenai mereka pada orang lain. Itu yang sampai sekarang dia tak pernah ungkit tentang mereka pada Farina.

Selesai panaskan badan, Farina pun berdiri. Dia mencekak pinggang memandang Aaliyah Bersama senyuman bangga di bibir dia beritahu. "Dia orang ajak berkawan dengan aku...can you believe it?"

Semakin mencerlung kening Aaliyah. Dia bingung.

Mereka ajak Farina berkawan?Mereka bertiga tu? Dah kenapa?Setahu dia la mereka bertiga tu sangat la cerewet bila bab berkawan dan bergaul. Terutama sekali melibatkan pelajar perempuan. "Iya?Bila dia orang berborak dengan kau?"Aaliyah tarik sengih terpaksa dia. Rasa tidak sedap hati mula menjalar. Apa yang dia orang bertiga cuba rancangkan ni?Kenapa dekati Farina tiba-tiba?

"Tengah hari tadi..dia orang datang ke meja aku dan makan tengah hari bersama aku."dengan reaksi bangga mengediknya, Farina selak rambut panjang yang sudah diluruskan itu ke belakang bahu. "Jadi kalau tak sempat jumpa kau ke apa...kau faham-faham la sendiri."Bangga saat ini.

Aaliyah tak tahu nak cakap apa. Otak dia tiba-tiba jadi kosong. Kenyataan Farina macam gurauan, tapi tak mungkin Farina menipu pulakkan?"Bagus la kalau macam tu. Tak ada la kau duduk sensorang dekat cafeteria tu nanti..."balasnya acuh tak acuh.

"Kan....kau ingat kau seorang je boleh ada geng. Aku pun boleh la."beritahu Farina. "Okay. Aku kena practice dulu. Tak payah tunggu aku okay. Sebab lepas ni aku nak jumpa dia orang. Bye!"dengan langkah girangnya dia berpaling dari situ untuk menyertai ahli pasukan cheerleading di hujung tepi padang tidak jauh dari situ.

Aaliyah yang di tinggalkan itu termenung sekejap memandang rumput di bawahnya. Apa yang Isaac cuba lakukan ni?Lelaki tu betul-betul nak berkawan dengan Farina ke?Takkan la Isaac-"Tak boleh jadi ni!Aku kena jumpa dia orang!"kata dia sebelum bangun dari situ.

Tidak jauh dari kelihatan ahli pasukan ragbi yang lain sedang berlatih di situ. Mereka sedang buat aktiviti memanaskan badan. berlari dari kon ke kon, stretching dan beberapa lagi aktiviti yang lain. Antara ramai-ramai di situ termasuk geng Ian sendiri, seorang dari lelaki di situ ternampak Aaliyah sedang berjoging melintasi petak latihan mereka di situ.

Tanpa berlengah,  lelaki yang kebetulan sedang memegang bola ragbi hendak di pass kepada kawan selatihannya, Nampak peluang untuk lakukannya. Sambil mengerling ke arah kanan dan kiri penuh awas, dia mula berlari untuk dapatkan jarak yang sesuai. Setelah itu dia baling bola ragbi itu ke arah yang salah kepada rakannya.

Pada masa kawannya sambut bola itu dengan cekap dan membalingkannya semula ke arah dia, Aaliyah kebetulan berada berhampiran dengan jaraknya.  Dan Apa lagi, lelaki itu pun lari ke arah Aaliyah acah-acah hendak sambut balingan bola tadi.

Menggunakan tubuh dan pakaian ragbinya itu la, dia lari menuju ke Aaliyah lalu merempuh sekuat hatinya ke tubuh kecil tu hingga suara teriakan kedengaran dan membuatkan Aaliyah tercampak ke tepi sebelum berguling beberapa kali di atas trek larian itu.

Setelah itu, pemain ragbi lelaki itu hanya berdiri di situ bersama nafas naik turun memerhati Aaliyah melingkar memeluk badan menahan sakit.

"AALIYAH!"teriak satu lantang kedengaran tidak lama kemudian. Leon yang kebetulan berada di tempat itu ternampak akan kejadian tu telah menempik. "Jacob!Apa kau buat ni!"tanya dia sambil bergegas hendak dapatkan Aaliyah.

Tempikan lantang tersebut telah buatkan Ian yang sedang bergelak ketawa dengan Jayden pantas palingkan kepala dengan terkejut. Tanpa berlengah lagi, Ian dan Jayden berlari ke arah yang sama dimana Leon sedang melutut memeluk satu tubuh.

"Aku tak sengaja."nafi Jacob.

Aaliyah sudah merintih sakit memegang sekeliling badannya yang sengal-sengal dan kesakitan itu. Darah mengalir dari tepi mulut.

"Ada apa ni?"tanya Ian sebaik tiba di belakang Leon. Sekali lepas dia nampak orang yang terbaring dekat situ adalah Aaliyah, dicampak terus helmet ragbinya ke tepi sebelum ikut melutut di situ memangku kepala Aaliyah. "Apa yang dah berlaku?"tanya dia bila melihat tepi pipi Aaliyah sudah calar dah dahi itu berdarah.

"Jacob rempuh Aaliyah masa dia nak ambik bola tadi."beritahu Leon dengan cemas.

Tak sempat Ian nak angkat kepala dan pandang Jacob, terlebih dahulu Jayden dan dua lagi geng Ian rempuh lelaki tu dan cekau kolar lelaki tu. "Apa kau dah buat ni Jacob!"marah mereka.

Ian yang tak fikir apa-apa lagi dalam kepala kecuali Aaliyah tidak cemas di situ. Dia sedaya upaya kawal dirinya untuk tidak hilang kawalan dan tidak pedulikan apa yang berlaku di sekelilingnya waktu itu. "Boleh bangun tak?"tanya dia pada Aaliyah.

Oleh kerana terlalu sakit, Aaliyah hanya mampu menggeleng kepala sewaktu menangis kesakitan di situ.

"Aku dukung kau...jangan menangis. Aku tahu sakit...tapi jangan menangis. Kau menangis buat aku takut."pujuk Ian dengan perlahan sewaktu tergesa-gesa tanggalkan vest keselamatan ragbi dari badan. Meninggalkan badannya bersinglet sahaja.

"Sakit.."rintih Aaliyah sewaktu pejam mata seeratnya.

Ian berkerut kening susah hati mendengar rintihan itu. Mati dia kalau mama dia dan Ibu Aaliyah tahu! "It's okay...aku ada.."beritahu dia semasa peluk badan Aaliyah gaya pengantin dari situ.

Menjauh saja Ian bersama Aaliyah dari situ, Farina yang memerhatikan dari jauh sekadar pandang dengan renungan dingin tiada perasaan.

23. The Hierarchy Where stories live. Discover now