Keadaan ruang makan VIP di Restoran Hotel O'Cian pada malam itu tenang namun tegang sewaktu adik beradik di sekeliling meja duduk saling bertentang mata antara satu sama lain. Masing-masing dengan aura tersendiri.
"Aku tak faham apa yang sebenarnya kau cuba buat Aaliyah."
"Couple dengan Lucas...tunjuk perangai sebenar kau...cuba langgar peraturan...kau cuba rosakkan imej yang kita orang cuba jaga untuk kau selama ni ke apa sebenarnya?"
"Macam sia-sia je rasanya."
"Kau tahu kenapa ibu tiba-tiba ajak kita makan bersama tiba-tiba macam ni?Sebab masalah dah makin serius dan kita orang tak boleh nak handle lagi kalau kau dah mula buat perangai lama kau ni semula!"
Hector dan Ken membebel secara bergiliran kepada Aaliyah.
See...dia pernah tertanya-tanya, kenapa ya lelaki yang dia kenal dalam hidupnya selama ni semuanya talkative dan controlling.
Memangnya dia ni budak kecik lagi ke?Tahu la dia nak uruskan masalah dia sendiri. Lagipun masalah takkan timbul kalau tak ada yang mulakan.Menjengkelkan betul.
"Kalau macam tu sibukkan je la urusan awak semua. Saya tak suruh pun untuk jaga dan lindungi saya macam saya tak boleh uruskan masalah saya sendiri."
Hector berdengus tak percaya lepas dengar. Dia yang duduk dekat sebelah kanan Ken di meja makan tu pandang tak percaya ke Aaliyah yang duduk di antara dua kerusi kosong yang sepatutnya di isi oleh adik lelaki bongsu mereka dan juga parents mereka nanti.
"Kita orang takkan sibuk kalau bukan ibu yang mintak...Aaliyah."tegas Hector.
"Itu la...kalau di cakap salah di tegur salah...tak boleh ke kalau dengar cakap untuk sekali tu je?"tegur Ken pula.
Aaliyah lepaskan keluhan panjang semasa palingkan kepala dengan malas ke abang kembarnya. Dia buat muka bosannya. Mana la parents dia ni?Dah panas telinga dia duduk lama-lama dekat restoran ni. Mereka pun satu, suruh mereka datang awal, tapi mereka sendiri lambat. Dan sekarang dia tak pasal-pasal kena tadah telinga bebelan abang-abangnya ini.
"Jangan nak buat muka dekat kita orang...behave masa ibu dengan ayah dah sampai sini. Atau kau dapat masalah lagi."pesan Ken sambil tunding jari ke Aaliyah memberi amaran.
Hector yang sedang jengkel itu buat muka kesalnya semasa duduk tegak dan rehatkan tangan atas meja memandang Aaliyah. "Kita orang cuba tolong kau dekat sini. Jadi appreciate sikit tak boleh ke?"pesannya pula.
Aaliyah bercemberut geram. Masalah apa yang dia buat? Hanya gara-gara dia bercinta dengan Lucas dan tunjuk penampilan asal dia? What's wrong with that?
Lagipun dalam hal ni sepatutnya dia yang marah bukan mereka sebab Hector dan Ken telah merahsiakan dia mengenai Tristan. Tapi itulah bila difikirkan balik alasan mereka buat semua tu sebab nak tolong cover dia. terus tak jadi. Aaliyah tidak dapat hendak membalas selain mengalah.
"Fine."balas Aaliyah acuh tak acuh.
Hector menjeling menyampah ke Aaliyah sebelum gerak hendak sandar ke kerusi. Namun begitu pada masa itu jugak la pintu ruang makan itu terbuka dan pasangan suami isteri berjalan masuk sambil di ekori seorang anak lelaki muda di belakang.
"Ohh..kamu semua dah sampai dulu ke?"sapa Ibu Aaliyah dengan girang taktala melihat putera-puterinya di situ. "Maaf kerana lewat. Ayah kamu pergi jumpa dengan seseorang semasa perjalanan ke sini.."beritahu Puan Mariah sambil mendekati Hector terlebih dahulu lalu tunduk mengucup tepi pipi tu lalu diikuti Ken sebelum tiba giliran Aaliyah.
Ken dan Hector sambut ayah mereka dan memeluk kejap tubuh tu walaupun baru dua minggu tak berjumpa. Lalu adik bongsu lelaki mereka yang mereka tumbuk manja dengan senyuman di bibir.
"Kenapa tarik muka macam tu?"tegur Ayah Aaliyah sewaktu anak perempuannya itu di kucup dengan si ibu sebelum duduk di sebelah.
Aaliyah kerling ke ayahnya sebelum ke adik lelaki bongsu dia yang dapat layanan mesra dari abang mereka. Dengan dia bukan main tegas lagi, kalau datang si bongsu senyum sampai ke telinga! Menyampah. "Ayah lambat. Kata jam 6 sekarang dah masuk 7 malam."sungut Aaliyah.
"Sorry my dear. Ayah ada urusan dengan kenalan ayah. Lain kali ayah takkan ulanginya."
"Whassup big sis."sapa si bongsu semasa ambil tempat di sebelahnya.
"Okay."balas Aaliyah sambil lirik ke adik bongsu besar dua tahun dengan dia. Macam tak percaya je budak ni 16 tahun. Nampak macam dia yang adik dekat sini dengan penampilan segak si bongsu ni. "Hei...kamu ni tak boleh ke berpakaian yang selayaknya untuk budak 16 tahun?"komen Aaliyah semasa lirik dari atas ke bawah akan penampilan bersut dan berkemeja adiknya.
"Kenapa?Handsome ke?"ujar si bongsu dengan sengih meleret.
Aaliyah yang dengar mencebik menyampah. Tak kuasa! "Please. Jangan nak perasan okay."
Ken yang dengar akan perbualan itu pandang mengejek ke Aaliyah. "Kenapa kau rasa insecure ke kalau Allan lebih bergaya dari kau?"
Mendengar komen tu membuatkan Aaliyah palingkan kepala lalu kecilkan mata memberi amaran pada abangnya untuk cakap lagi supaya dia boleh maki dekat sini jugak! Berlagak gila!Tahu la dia orang ni handsome dan pandai bergaya. Tapi tak payah la tunjuk bagus depan dia!
"Sudah kamu bertiga. Jangan nak mulakan. Kita berkumpul di sini untuk luangkan masa dengan baik bukan bergaduh."tegur Hector apabila perasan yang adik-adiknya mula hendak buat scene di situ.
"Senang ibu lihat kamu berempat di sini. Kalau macam tu mari kita mulakan sesi makan kita. Sambil tu boleh la ibu bebelkan kamu Aaliyah.."sindir Ibu Aaliyah dengan senyuman mesra di bibir,
"Ahaha...apa lagi la yang Aaliyah buat kali ni?"ketawa si bongsu.
Aaliyah menjuling mata menyampah lalu sandar tiada mood di kerusi tu.
Sementara ayah mereka dan si kembar seronok berborak mengenai sesuatu.
Here's go nothing untuk family dinner!
YOU ARE READING
23. The Hierarchy
Fiksi RemajaHierachy. Suatu konsep untuk kelaskan atau kategorikan seseorang berdasarkan darjat dan pangkat. Itu la yang digunakan dalam Akademi Galatik Vista kepada para pelajarnya. Kalau sesiapa nak dapat hidup senang dan kemudahan mewah dalam akademi ni, pe...