Beberapa hari kemudian....
Ekoran kejadian di balai polis tempoh hari, Aaliyah begitu marah kerana hukuman yang diberikan kepadanya oleh Tristan. Maka sepanjang minggu itu Aaliyah langsung tiada contact dengan mana-mana mereka dalam team ragbi sepupunya Ian.
Terhendap-hendap dua orang lelaki pada tepi dinding sebuah selekoh di koridor tengah hari itu. Tingkah aneh mereka telah membuatkan pelajar yang jalan melewati mereka ikut turut memandang pelik dan tertanya-tanya ke arah dua orang tersebut.
Yalah, mana tak peliknya, dah mereka terhendap-hendap dekat depan koridor dimana bilik persalinan pelajar perempuan berada, mesti la ramai yang pandang.
"Kau ada nampak dia?"
"Kau sendiri tengok kan..."
"Mana dia ni...aku dah malu lama-lama dekat sini hah!"
"Salah siapa kita dekat sini?"
"Hei!bukan salah aku seorang je tau kalau dia merajuk tak nak bercakap dengan kita."
"Habis tu kau nak salahkan aku la ni yang Aaliyah tak nak duduk lepak dengan kita lepas apa yang berlaku malam tu?"
"Ugh!Ini semua Ian punya pasal jugak."
Bergaduh dua orang tu sesama mereka hingga tidak sedar, orang yang mereka tunggukan sejak tadi sudah pun berdiri di situ mendengar dan memerhati mereka berdua.
Bersama muka bengangnya Aaliyah berdiri dekat situ dengan tangan bersilang di dada. Kening mencerun. Wajah pun nampak sangat beritahu yang Aaliyah sedang tidak puas hati. Dia pandang mereka dengan jelingan tajamnya.
Ya, dia masih marah sebab kejadian hari tu. Masakan tidan, mereka semya boleh terlepas begitu aje sementara dia di hukum dengan Tristan, pensyarah menyakitkan hati tu gara-gara pertelingkahan mereka. Sejak hari tu dia merajuk. Tak bercakap dengan mereka apa lagi hiraukan mereka sekiranya mereka muncul di depannya.
Sekali bila Jayden palingkan kepalanya ke depan, melompat terkejut dia bila mukanya bertentang mata dengan Aaliyah di situ...
Oh sheet!"MAk!"latah dia dengan mata terbutang luas.
Tyler yang ada di sebelah ikut melompat terkejut kerana reaksi Jayden. Ingat nak marah, tapi tak jadi selepas dia nampak kenapa Jayden menjerit macam tu sekali. Rupa-rupanya madam besar mereka sudahpun ada di situ.
"Hai Aaliyah."lambai Tyler setelah itu.
Jayden tarik sengih kambing dia melihat mimik muka serius yang diberikan Aaliyah. "Hai."
Tanpa berkata apa-apa, Aaliyah hanya memberi jelingan marah dia lalu gerak melepasi mereka mahu pergi dari situ.
Hmp!Menyampah!
"Eh-eh...tunggu kejap!"panggil Jayden sambil depakan tangan menghadang laluan Aaliyah.
Tyler ikut mengangguk kepala sambil buat muka merayu kucingnya.
Aaliyah tidak menghiraukan mereka, malah dia cuba gerak mahu melepasi mereka. Dia cuba tunduk ke bawah tangan Jayden dan Tyler di situ.
"Kau ambik beg dia, aku dukung dia."arah Jayden tiba-tiba pada masa melihat Aaliyah cuba larikan diri dari mereka.
Tyler dengan patuh terus bergerak ke Aaliyah.
Terkejut dengan arahan itu, Aaliyah cuba undur ke belakang mahu jauhkan diri. tetapi usahanya sia-sia kerana Jayden yang bertubuh sasa dan lampai itu dengan mudah mencempung badannya lalu gantungkan dia atas bahu tu dalam sekelip mata.
What the-
"Hei!Apa ni!"teriak Aaliyah setelah itu.
Mereka berdua pergi dari koridor tu kemudiannya bersama Aaliyah dekat atas bahu Jayden.
"Kita orang cuba cakap cara lembut dengan kau, tapi kau yang degil. So ini la jawabnya." beritahu Jayden semasa mereka menuruni tangga.
Aaliyah buat muka menyampah dia. Cara baik kepala otak mereka!Ini menambahkan rasa marah dia lagi ada la!
Tidak lama selepas itu mereka berhenti di laman berumput dimana rakan-rakan mereka termasuk Ian berkumpul. Nampak saja ketibaan Jayden dan Tyler di situ, mereka semua bangun dari bersila di atas rumput tu untuk dapatkan Aaliyah.
Seusai Aaliyah di turunkan dengan Jayden, mereka semua terus berdiri melangit dekat depan gadis tu seperti tiang. Buatkan Aaliyah yang baru nak sedarkan diri dari pening gara-gara tertonggeng lama kerana didukung tadi pandang kanan dan kiri dengan bingung.
Apa yang berlaku-
"Puan....maafkan kami!"ucap mereka sebelum melutut sebelah kaki depan Aaliyah seperti kesatria memberi hormat pada raja mereka.
Pelajar-pelajar yang sedang beriadah di sekitar laman berumput tu menyaksikan apa yang berlaku. Ada yang rakam, ada yang berborak akan sesuatu, ada jugak yang berdiri di situ memerhati sahaja.
Ian angkat kepala dia sambil berikan satu jambangan coklat kepada Aaliyah. Lalu buat muka sepuluh sen pada sepupunya itu. "Maafkan kita orang...please. Jangan pulaukan kita orang macam ni...kita orang janji takkan buat lagi."beritahu dia.
Aaliyah pandang jambangan coklat ferero rochier yang ada di depannya lalu ke muka Ian silih ganti. Pftt!Pandai la nak ambil hati! Hatinya sedang berbuku geram mahu meledak ketawa. Apa yang mereka cuba buat ni?Takkan semata nak pujuk dia, mereka sanggup melutut begini depannya.
"Please...maafkan kami.Tanpa awak kami tak ada semangat nak jalani hari kami."kata rakan Ian yang lain.
Aaliyah pandang lelaki yang berada di sebelah kiri depannya. Iya-iya la tu!
"Aku mintak maaf sebab kita orang la kau yang kena tanggung semuanya."ucap Jayden pula.
Buat beberapa ketika, Aaliyah pandang setiap muka mereka di situ buat seketika sebelum melepaskan keluhan mengalah dia. Fine. Dia maafkan. Tapi kalau hal ni berulang, memang dia takkan pandang, apa lagi hiraukan mereka sampai bila-bila. Terus jambang coklat yang ada di tangan Ian di capai dia. "Okay. Maaf kau orang diterima."
Seperti baru peroleh kemenangan besar, mereka semua dengan serentak berdiri tegak lalu mengelilingi Aaliyah dan bersorak senang semasa membuat peluk besar-besaran. Buatkan Aaliyah tersepit di tengah-tengah mereka di situ.
"Hoooray!Madam besar tak marah!"sorak mereka.
Aaliyah dekat tengah-tengah sudah ketawa kerana rasa tersepit dan kelakar pada masa yang sama. Dia orang ni kan!
Dari tingkat atas, di sebuah jendela, berdirinya Lucas di situ. Dia yang tak sengaja berdiri di situ ternampak kejadian tersebut. Tidak tahu apa yang berlaku dan kenapa Aaliyah bersama dengan mereka semua itu, Lucas dapat merasakan sedikit perasaan iri dek kemesraan mereka bersama Aaliyah itu. Tidak lama kemudian baru la dia mengatur langkahpergi dari situ dengan jelingan menyampahnya.
YOU ARE READING
23. The Hierarchy
Ficção AdolescenteHierachy. Suatu konsep untuk kelaskan atau kategorikan seseorang berdasarkan darjat dan pangkat. Itu la yang digunakan dalam Akademi Galatik Vista kepada para pelajarnya. Kalau sesiapa nak dapat hidup senang dan kemudahan mewah dalam akademi ni, pe...