Episode 26 : Perang Rating!

1.3K 131 0
                                    

DING!

DING!

DING!

Loceng tamat kelas bergema!

"Baiklah..sampai di sini sahaja kelas kita. Kamu semua boleh bersurai." beritahu Miss Lucy kepada para pelajarnya sebagai penamat kelasnya.

"Terima kasih miss!"ucap mereka setelah itu sebelum mula bergerak keluar dari situ seorang demi seorang bersama Miss Lucy.

Ketika mereka di situ mula beransur kurang dari makmal,Aaliyah tunggu dekat situ sebab nak tulis sesuatu di atas skrin ipadnya. Dia langsung tak perasan apa yang berlaku dekat sekelilingnya waktu itu. Semasa dia selesai, baru la Aaliyah gerak hendak turun dari bangku dia dan pandang ke depan.

Pada masa itu dua orang pelajar berjalan masuk ke dalam kelas itu, melewati pelajar lain yang ketika itu mahu keluar dari makmal. Mereka masuk macam tu je seperti tempat tu mereka yang punya.

Aaliyah tersentak. Mata dia terbutang lepas nampak Hector dan Ken berdiri dekat situ dengan lagak masing-masing. Sebelum menahan nafas terkejut lepas perasan yang Isaac masih berada di sebelahnya.

Apa yang-

"Asal kau panggil kita orang?"tanya Ken yang jalan dekati meja tu. Dia lirik sinis ke Aaliyah sebelum pandang ke Isaac lantas silang tangan ke dada.

"Nak tengok something yang menyeronokkan tak?"tanya Isaac sewaktu pandang ke Natasha yang sedang duduk dekat tempat tingkap tak bergerak sejak dia beri renungan penuh amaran pada pelajar perempuan tu tadi.

Hector pandang ke arah yang sama lalu seluk tangan ke dalam poket seluar dia. "Kenapa?Kau dah tangkap lagi seorang ke?"tanya dia.

Aaliyah berkedip mata kebingungan. Apa yang tiga orang ni sedang borakkan ni?

Ken berdengus mengejek. "Nampaknya makin susah la kerja kita lepas ni."keluhnya dengan sengih meleret penuh maksud.

Isaac pula tarik senyuman manis dia sewaktu pandang pelajar perempuan tadi. Menggunakan jari telunjuk sebagai isyarat, dia gerakkan ia memanggil Natasha supaya mendekat.

Natasha yang sudah pucat lesi mukanya itu pandang takut ke Isaac lalu takut-takut turun dari bangku dan jalan mendekati meja dimana mereka berempat sedang berkumpul. Berdiri saja dia di situ, kepalanya di tundukkan ke bawah dan tangannya di pegang takut. Macam mana la dia boleh tertangkap!?

"Ada something yang kau nak beritahu ke?"tanya Isaac dengan lemah lembut.

Aaliyah yang tidak faham apa yang berlaku pandang ke Ken, lalu ke Hector sebelum ke Isaac. Kenapa mereka bertiga di sini, dan kenapa Natasha takut macam ni?Apa mereka nak buat kepada Natasha?"Hei..apa yang awak semua cuba lakukan ni?"tanya dia.

Isaac pandang ke Aaliyah. "Kau nak tahu apa yang berlaku?"tanya dia.

Aaliyah buat muka 'duhh' pada Isaac mendengar soalan tu. Tak dengar apa dia tanyakan tadi ke?

"Ke tepi...kau berdiri dekat situ."arah Isaac yang tarik Aaliyah supaya turun dari bangku.

Nak tahu punya pasal Aaliyah pun turutkan saja. Setelah dia berdiri dekat sebelah Hector, Isaac pegang lengan Natasha lalu di bawa ke tempat duduk dimana Aaliyah duduk tadi dengan paksa dan kasar.

"Bukak laci tu sekarang.."arah Isaac setelah itu.

Pelajar perempuan tu terus membutang mata takut. Dia pandang terkejut ke Isaac mendengar arahan tu. Takut-takut dia buka mulut nak bersuara. Tapi Ken menyampuk.

"Jangan buang masa aku boleh tak. Dah di suruh tu buat je la."tegas Ken.

Aaliyah yang tak faham apa dah berlaku pandang kasihan ke pelajar perempuan tersebut. Kenapa mereka ni?Nak apa dari Natasha sampai macam ni sekali layanan mereka. "Sudah la tu. Awak semua ni kenapa?"marah dia."Isaac hentikan semua ni."arah dia setelah itu.

"BUKAK!"bentak Isaac tak semena sambil memukul permukaan meja tu dengan kuat sampai buatkan pelajar perempuan tu melompat terkejut. Keningnya mencerun tajam sebab keberangan.

Aaliyah pun ikut tersentak sampai buatkan mata dia berkedip takut. Tapi tak lama lepas tu dia sober semula. Bengang dengan tindakan itu, Aaliyah gerak hendak dapatkan pelajar perempuan malang tu. "Lepaskan dia sekarang"arah dia sambil tu.

Hector yang kebetulan berdiri dekat sebelah Aaliyah terus lingkarkan tangan ke sekeliling bahu Aaliyah dan halang Aaliyah dari mendekat. Dia buat muka dingin tak ada perasaannya sambil pandang pelajar perempuan tu. "Biarkan dia..."arahnya.

Aaliyah pegang tangan Hector, cuba hendak tolak tangan tu dari sekeliling bahunya, namun sia-sia. Tiada gunanya. Tangan lelaki kuat memegang bahu dia. "Apa ni?Hector..lepaskan saya!"

Ketika Aaliyah sedang bergelut, ketika itu la Natasha tunduk lantas pegang pemegang laci di situ. Dia gigit bawah bibirnya lalu memejam mata sebelum Tarik ia keluar dari situ.

BOOM!

"Arghhh!"teriak Natasha serta merta.

Melompat terkejut Aaliyah apabila melihat sesuatu berwarna merah menyala meledak keluar dari dalam laci tu lalu mengenai muka Natasha.

Sementara Ken, Isaac mahupun Hector sikit pun tak tersentak. Malah mereka bertiga pasang poker face di wajah masing-masing seakan tidak terkesan dengan bunyi letusan itu.

"Huhuu"nangis Natasha yang cuba buang cecair merah dari muka tu sambil mengaduh sakit seperti dalam kepedihan.

"Oh my god."lafaz Aaliyah dengan tergamam yang amat sangat. Dia berdiri kejung dekat situ kerana dumbfounded. Apa yang baru saja berlaku dekat depan dia ni?Laci dia ada benda tu selama ni?Sebab itu ke Isaac tak izinkan dia buka?

"Well...cik Aaliyah sayang. Nampaknya awak sekarang jadi sasaran mereka."kata Isaac sambil turun dari bangku tu dan membetulkan kot di badan dia.

Hector turunkan tangan dia dari bahu tu lalu seluk tangan ke dalam seluar.

Aaliyah pandang ke Isaac masa dengar lelaki tu bercakap dengan dia. Sasaran?Siapa mereka?Huh?Apa yang dia dah buat?Natasha dekat situ sudah pun berlari keluar dari situ dalam keadaan kesian dan menangis. Meninggalkan Aaliyah Bersama tiga orang tu.

"Serius?Cecair serbuk gatal?Dah tak ada idea lain apa nak pakai?"soal Ken dengan nada mengejek dia lalu menggeleng kepala kesal dengan cubaan mereka mahu sakiti Aaliyah.

"Apa yang dah berlaku?Apa maksud awak saya jadi sasaran mereka?"tanya Aaliyah yang dalam keadaan tercengang yang amat. Dia pandang silih ganti ke Isaac dan Ken. Lalu ke Hector.

Isaac tersengih, dia dekatkan muka dia ke depan muka "Peperangan rampas rating...macam apa yang berlaku tahun lepas. Cuma kau tak terlibat. Hanya aku dengan dia orang berdua je. Yang mana jadi penyebab dan punca kenapa aku putuskan kau..."beritahu dia sebelum jarakkan diri dari Aaliyah dan keluar dari situ.

"Good luck."Hector tepuk belakang badan Aaliyah sebelum keluar dari situ.

Ken pandang ke Aaliyah. "Itu la...kejar kan sangat rating tu...sekarang...kau hadap la sendiri."beritahu dia semasa berjalan keluar ikut jejak Hector.

Apa?Perang?Aaliyah pandang ke arah pintu makmal dengan mulut ternanga tak percaya dia. What the heck!

23. The Hierarchy Where stories live. Discover now