Episode 25 : Kelas Kimia

1.4K 137 0
                                    

"Baik la...Sila duduk secara berpasangan di meja sebab sebentar lagi saya akan edarkan kertas tugasan kepada kamu.."maklum Miss Lucy di hadapan kelas.

Semua pelajar di dalam kelas itupun mula bergerak untuk mebdudukkan diri mereka secara berpasangan di meja. Pada masa itu la kelihatan seorang pelajar perempuan yang duduk berdekatan dengan jendela jeling ke orang yang bersanggul tinggi di meja sebelah kanannya, Aaliyah Ingrid. Jadi dia pun gerak ke situ untuk dapatkan orang tersebut. Sekali tu belum sempat hendak mendekat seseorang terlebih dahulu mencaras peluangnya.

"Dah ada pasangan?"tegur Isaac.

Melihat akan lelaki lampai di hadapannya, Plpelajar perempuan tadipun nak tak nak terpaksa undurkan diri membatalkan niatnya dan kembali gerak ke meja lain untuk mendapatkan pasangan kerja yang baru.

Aaliyah tersentak, pantas dia palingkan kepala ke sisinya dengan kening berkerut. "Cari orang lain."tolak dia yang menjarakkan diri dari Isaac. Dia tak tahu kenapa lelaki ni boleh ambil balik subjek kimia sedangkan dah cukup kredit. Nak tunjuk berlagak ke apa! Menyemak betul.

"Why so snappy...relax princess."

Relax ..relax...relax kepala kau!Menjuling mata Aaliyah dek menyampah dengan teguran Isaac itu. Dia enggan membalas apa-apa lagi.

Lucu melihat wajah jengkel Aaliyah , Isaac malahan mengambil tempat di kerusi bersebelahan dengan Aaliyah tanpa dipelawa.

"Kau tahu, banyak kau berkerut cepat kulit kau berkedut."

"Dan kau tahu, banyak kau bercakap makin banyak ilmu kau yang keluar?"

"Hahaha..."

Aaliyah melepaskan dengusan rimas. Dia pandang ke Isaac tanpa berkata apa-apa. Apa isu lelaki ni sebenarnya?Kenapa nak tunjuk muka tu depan dia? Please eh....dia tak kuasa nak menghadap.

Isaac menarik sengih meleret pada Aaliyah sebelum capai kertas yang ada dekat bawah tangan Aaliyah dengan paksa lantas menulis nama penuh dan ID pelajarnya di atas kertas tersebut. Menjadikan dirinya sebagai lab partner Aaliyah.

Langsung tiada niat hendak menghalang sebab tak kira apa sekalipun yang dilakukan, Isaac akan tetap end up jadi pasangannya nanti. Aaliyah menjeling menyampah melihat tindakan Isaac yang suka hati buat keputusan sendiri tanpa kebenarannya. Dia palingkan kepala ke arah lain lalu menopang bawah rahang dengan tangan kiri yang di sikukan atas meja makmal tu tidak berminat.

"Baik la...kamu semua dah ada pasangan masing-masing?"

"Dah!"sahut mereka malas-malas.

"Tulis nama kamu dalam borang kerja yang saya edarkan awal tadi. Kemudian serahkan semula kepada saya sementara itu saya akan serahkan tugasan kamu pada masa yang sama."beritahu Miss Lucy dengan jelas dan terang.

"Baik miss!"sambut mereka dengan patuh dan tanpa membuang masa semua di situ mula tulis dan bergerak menghantar kertas nama masing-masing ke Miss Lucy. Aaliyah yang memang tak rela terima Isaac sebagai teammate dia, hanya duduk di situ tidak bangun. Sebaliknya Isaac yang bangun dan serahkan kertas tu kepada Miss Lucy.

Semasa Isaac hendak kembali ke mejanya, mata dia ternampak akan pelajar perempuan yang sama yang cuba nak dekati Aaliyah tadi. Dan Isaac perasaan pelajar  perempuan itu sedang pandang ke arah Aaliyah dengan mimik muka yang tak dapat ditafsirkan. Dia pandang silih ganti ke pelajar perempuan tu lalu ke Aaliyah sebelum duduk dekat bangku bersebelahan dengan Aaliyah setelah itu. Dah kenapa pulak tu?

Sambil buat muka tak puas hatinya, Aaliyah rampas kertas yang dipegang Isaac dengan kasar lalu tunduk meneliti apa yang di minta dalam kertas tugasan tersebut. Ianya adalah proses untuk menyejat bahan cecair sodium kepada serbuk.

Memikirkan hal itu tidak terlalu sukar untuk pelajar sepertinya, Aaliyah mula bergerak hendak mengeluarkan bahan dan peralatan dari laci di bawah meja tu. Sedang dia cuba hendak berbuat begitu, Isaac tiba-tiba menghulur tangan kemudian menghalang dia dari membuka laci tersebut.

"Tunggu."beritahu Isaac mendatar.

Aaliyah pun palingkan kepalanya ke Isaac dengan kening berkerut. "Ada apa?"

"Biar aku yang bukak."beritahu Isaac sambil tolak Aaliyah jauh ke belakang tanpa sebab. 1

Dah kenapa pulak ni?Aaliyah buat muka tak sukanya lalu menyilang tangan ke dada semasa berdiri di situ. Serabut la Isaac ni!Acah nak jadi gentle dah kenapa?Menyampah pulak dia!

Isaac tarik perlahan laci tu sebelum dia tutup semula. Tak jadi nak bukak sebab dia dapat rasakan ada sesuatu yang bakal meletup keluar dari dalam laci tu. Lalu dia kembali memandang Aaliyah sambil tersengih. "Laci ni stuck. Kau kena ambil barang yang ada dekat belakang nampaknya."tipu dia dengan riak bersahaja.

"Hah?Stuck?"soal Aaliyah dumbfounded. Semalam elok je. Takkan stuck pula. Iya-iya la tu. Entah-entah saja nak suruh dia ulang alik ke belakang semata nak ambil semua barang dekat almari di situ.

"Ha'ah.."beritahu Isaac lagi.

Tindakan Isaac menghalang Aaliyah telah disedari oleh pelajar perempuan tadi. Dia yang memerhatikan situasi itu pun ketap gigi sambil cengkam jari jemarinya erat hingga kuku dia membenam permukaan kulit tangan dia gara-gara geram dan kesal. Kenapa di halang!?Buat rosak pelan aje la.

"Biar saya cuba.."Aaliyah gerak mahu menghampiri laci tersebut, tetapi di halang Isaac sekali lagi. Lelaki itu duduk membelakangkan laci dengan lekas. Menghadang Aaliyah."Awak dah kenapa. Ke tepi la."arah dia dengan kening berkerut.

"Ia stuck Aaliyah. Just trust me. Okay."beritahu Isaac dengan bersahaja tapi penuh dengan aura amaran.

Air muka Aaliyah berubah dari marah kepada cuak sebaik melihat air muka Isaac. Dia yang faham apa maksud renungan di mata tu, terus mengalah. Isaac tahu sesuatu. Sesuatu yang dia tak tahu. Matanya gerak memandang laci meja kerjanya. Takkan ada sesuatu dekat dalam laci tu?

"Pergi belakang sana. Kau ambil barang, biar aku yang set up."minta Isaac sambil juih dagu ke almari belakang makmal.

Dengan patuh Aaliyah pun gerak ke arah belakang dan ambil barang apa yang dia perlukan.

Sementara itu Isaac palingkan kepala dia ke arah pelajar perempuan tadi dengan renungan dalam.

Pelajar perempuan tu cepat-cepat palingkan kepala ke arah lain dan tunduk olok-olok melihat isi kertas tugasannya.

23. The Hierarchy Where stories live. Discover now