Bab 31 : Kena Turun Rating!

1.3K 122 0
                                    

"Macam mana kau tahu aku ada dekat klinik?"tanya Aaliyah semasa Ian dan dia berdua jalan merentasi koridor mahu keluar dari Bangunan A untuk ke Bangunan D, dimana kelas dan bilik persalinan Aaliyah berada.

"Budak kelas kau mesej aku...dia orang beritahu yang kau cedera dan di bawa ke bilik rawatan."beritahu Ian yang berjalan seiring dengan Aaliyah di sisi semasa mula menuruni tangga.

Aaliyah pandang ke lantai lalu kerling ke Ian di sebelahnya. "Siapa yang beritahu?"

"Ketua kelas kau la..siapa lagi. Dia je yang satu pasukan ragbi aku.."Ian pandang ke Aaliyah. "Asal?"

Aaliyah menggeleng kepala tanda tiada apa-apa. Walaupun dalam hati dah merungut tak puas hati. Masakan tidak, kenapa banyak perkara tentang dirinya diketahui ramai prang sedangkan dia sendiri tak tahu tentang sesiapa dalam akademi ni!

"Ni aku nak tanya kau...apa yang berlaku sebenarnya?Ianya kemalangan atau disengajakan?"tanya Ian sambil pegang lengan Aaliyah sewaktu mereka berdua nak naik ke anak tangga seterusnya. Setelah itu dia lepaskan lengan Aaliyah sebaik tiba di lantai.

Entah la. Aaliyah pun tak tahu sebenarnya. Kemalangan atau disengajakan. Still tak jelas. Apa dia tahu, bola yang kena muka dia tadi, serious talk memang padu gila!Sakitnya hanya Tuhan je la yang tahu masa dia kena tadi! Hidung yang sakit ni pun masih berdenyut sebu!"Kemalangan. Biasa la. Nama pun main kan. Kalau tak cedera bukan main namanya."jawab Aaliyah sambil pandang ke depan. Tangan kanan memegang erat sweater Lucas tadi. Terbayang balik dia akan situasinya bersama Lucas dalam bilik rawatan tadi. Kenapa mamat tu tiba-tiba buat perangai macam kisah pasal dia?Pelik betul.

"Kau nak tahu...aku ada dengar beritahu soal Sam, budak yang kenakan kau tu, dia dah diturunkan rating. Semalam baru pindah kelas aku. Tak lama lepas tu ada budak perempuan namanya Natasha yang asalnya dari rating 7 turun ke rating 4, kelas aku jugak. Pasal dia aku tak tahu la apa puncanya. Tapi dasyat jugak kan drop rating mendadak macam tu."Ian berkerut kening semasa pandang lantai berjubin di bawah kakinya.

Dengan pantas, Aaliyah palingkan kepala ke Ian, matanya terbutang luas. Kena diturunkan rating? Sam dan Natasha?!Kenapa?Takkan la hanya kejadian yang menimpa dirinya hari tu dua orang tersebut kena akibatnya?Dan kerja siapa pulak yang turunkan rating mereka?Takkan la kerja Isaac!?Bekas teman lelakinya itu tidak mungkin akan lakukan hal sehingga ke tahap ni!?

"Serius la?"

Ian pandang ke Aaliyah lalu mengangguk kepala. Kasihan dia rasa bila tengok muka comel Aaliyah bertampal macam ni. "Ha'ah...dan aku ada jugak dengar yang pelajar rating 10 berperang lagi."

Aaliyah telan air liur cuak dia semasa gerak memalingkan kepala ke depan semula. Nafas dia mula naik turun tak menentu sebab takut.

Jadi Isaac punya kerja la ni. Hanya pelajar Rating 10 aje ada kuasa buat macam tu.

"Maybe sebab tu kut Sam dengan Natasha kena turun rating...tahun lepas aku rasa ada jugak berlaku. Tiga orang pelajar senior kena turun rating dari rating 9 kepada rating 2 dalam masa sebulan tu jugak lepas dikatakan tumpas melawan pelajar misteri dari rating 10."cerita Ian lagi dengan nada perlahan dan bersahaja semasa mereka sudahpun keluar dari bangunan dan membelok ke kanan. Melalui laluan pejalan kaki dimana deretan pokok berada di sepanjang laluan tersebut.

Aaliyah yang dengar tak tahu nak cakap apa. Yalah takut kalau dia bukak mulut dia terlepas beritahu pulak siapa pelajar rating 10 tu. Isaac, Hector dan Ken. Tiga orang manusia tu. Dia orang nampak je biasa-biasa dekat luar, tapi sebenarnya boleh tahan jugak liciknya. Entah helah apa aje yang tersembunyi dibalik lipatan lengan baju mereka tu tiada siapa boleh agak!

Pada masa itu la Ian merangkul bahu Aaliyah dan sandarkan sepupunya rapat ke tepi badannya sebelum berbisik di tepi kepala tu sambil berjalan.

Tersentak Aaliyah dari lamunan dibuatnya. Dia diam membisu di situ dengan mata kejung memandang ke depan.

"Kau...jaga diri elok-elok. Masa genting macam ni, ramai orang nak rating dan makin ramai akan turun rating. Lagi-lagi pelajar senior macam kau tu...lagi la jadi target mereka yang nak kejatuhan kau... Jadi study elok-elok. Atau hutang kos pembelajaran dekat sini kau kena tanggung dua kali ganda mahalnya.."pesan Ian ketika itu.

Diam-diam Aaliyah kepal penumbuk. "Aku tahu la."balasnya tidak lama setelah itu.

"Aku pesan je. Aku dengar rating kau naik lagi.Berapa?7-8? Jadi sebelum apa-apa berlaku, baik kau prepare. Aku bukan sepanjang masa ada dengan kau.."beritahu Ian lagi.

Aaliyah tidak membalas. Dia hanya diam memikirkan apalah nasib dia nanti. Dengan kelas repeat dia dengan Tristan, Tutor dengan Lucas, Isaac yang tiba-tiba datang menyemak dalam hidup dia! Study lagi!Perang Rating ni pulak. Hurgh!Pening kepala la.

23. The Hierarchy Where stories live. Discover now