Episode 47 : Let's Official

1.5K 134 7
                                    

Lucas menyisip sedikit minuman untuk ditelan sama dengan makanan yang dimakannya tadi.

"Bukan baru nak bertanya. Saya memang nak tanya. Cuma tunggu awak sendiri yang beritahu saya. Tapi dah memandangkan awak diam selamba macam tak kisah saya pun buat tak kisah la."

"Kau nak tahu kenapa aku dekati kau?"

Kening Aaliyah mencerun. "Yalah...apa sebenarnya awak nak dari saya?Kenapa saya jugak yang awak dekati sampai sanggup menipu dan perdayakan saya dengan menggunakan dekan bagai?"jangan beritahu dia lelaki ni tahu siapa dia dan cuba dekati dia semata mahu naikkan rating semata!

Lucas topang pipi dengan kepalan penumbuk tangan kanan setelah meletakkan tangan di atas meja makan. Dia pandang muka Aaliyah yang masih mempunyai bekas calar tetapi telah kering itu. "Obviously sebab aku suka dekat kau la apa lagi. And believe or not this is my first."

Elok Aaliyah tengah mengunyah, dia terus berhenti sewaktu bertentangan mata dengan Lucas. Apa mamat ni kata?Suka?First love?Seriously?Ingat ini zaman tok kaduk apa nak guna ayat punch line macam tu. "Memang saya tak percaya pun. Mana mungkin la ini first love awak. Dekat tempat lama awak, takkan la tak pernah jumpa mana-mana gadis. Membohong je kan.."cebiknya dengan menyampah.

Lucas menjungkit bahu. "Terpulang la kalau tak nak percaya. Aku just beritahu kau, matter of fact, sejak aku 12 tahun sehingga la sekarang, tempat aku belajar majoritinya lelaki."beritahu dia sambil mencapai garpu yang sama Aaliyah gunakan tadi untuk mencucuk buah epal di pinggan depannya. Setelah itu dia pandang ke Aaliyah sambil gigit buah epal tu dengan satu suap.

Berasa curiga dengan jawapan itu, Aaliyah kecilkan mata dia sewaktu membaca mimik muka Lucas. Cuba mencari garis tipu di renungan mata tu. "Iya la tu..."

"Terpulang la kau nak percaya ataupun tidak."balas Lucas. "Serious talk, Kalau bergaul dengan perempuan pun hanya dengan mama dan pensyarah sahaja. Selain tu tiada. Masa aku datang sini, dan aku nampak kau. Tak tahu macam mana dan kenapa, masa tu la aku rasa aku dah jumpa first love aku lepas terpandang kau. Cliché...but that the truth. Sebab tu jugak aku mintak papa untuk aturkan tutor bersama kau."jelasnya.

"Kalau macam tu awak tahu siapa saya sebenarnya?"kalau Lucas tak tahu siapa dia, mungkin dia akan pertimbangkan untuk percayakan lelaki ni. "Jujur. Kalau tipu, jangan mimpi untuk dekati saya lagi."tegas Aaliyah sambil gerakkan mata atas bawah memberi amaran.

Lucas tersenyum dengan bangga. DIa sondongkan badannya sedikit untuk dekat pada Aaliyah. "Kalau aku beritahu yang aku tahu kau siapa, apa kau nak buat?"

"Well...kalau awak dah tahu tentang saya... there's nothing I can do then."balas Aaliyah sambil menjungkit bahu tak kisah.

"Aaliyah Ingrid, 18 tahun, lahir bulan April, anak nombor tiga antara 4 beradik. Pelajar ranking 4 keseluruhan akademi. Anak perempuan bongsu kepada Mariah Monday, Direktor Utama Akademi Galatic Vista. Suka buku, tak suka manusia, bekas pelajar sekolah rendah budak bermasalah. Pernah belasah tiga budak hingga masuk wad gara-gara mereka kutuk kau budak cengeng."cerita Lucas seperti menghafal karangan.

Aaliyah yang dengar mengetap gigi sambil menelan air liur. Pergh!Sampai dalam macam tu sekali Lucas siasat?"So awak dah tahu siapa saya sebenarnya. Sebab itu ke awak dekati saya?Sebab saya anak kepada seorang dari pelabur akademi ayah awak?"

"Hahaha...apa kau merepek. Aku tak peduli kau siapa okay. Apa aku tahu aku dah tersuka dekat kau first time masa aku masuk belajar ke kelas kita, dan kalau boleh aku tak nak sesiapa dekati kau. That's it."kata Lucas dengan ketawa mengejeknya. "Aku tahu pasal kau pun sebab Tristan. Dia beritahu aku mengenai identiti kau dan beri pesan pada aku untuk tak macam-macam dengan kau."

Hah!Apa?Tristan yang beritahu. Wow! "Sejak bila?"Aaliyah pandang Lucas dengan kening berkerut.

"Hari masa kau, Isaac dengan Tristan termasuk aku di koridor hari tu. Berebutkan kau. Malam tu jugak Tristan beritahu aku."Lucas capai gelas berisi air kosong lalu di teguk sedikit untuk basahkan tekak.

Aaliyah yang dengar mencebik bibir. Nampaknya dekat sini cuma dia je yang bodoh-bodoh. Semua orang dah tahu. Macam tak guna je.

"So sudi tak kau jadi girlfriend aku?"pelawa Lucas dengan bersahaja sambil hulur tangan untuk di sambut Aaliyah.

Berdengus tak percaya Aaliyah. Dia pandang tapak tangan Lucas lalu ke muka tu. Lelaki ni memang tak malu ke?Confindent betul."Awak memang jenis orangnya cakap direct macam ni eh?"tanya dia.

"Buat apa nak cover-cover. Cakap terus terang kan lagi baik. So?Yes or yes?"ajunya lagi sambil gerakkan tangan yang di tadahnya itu di depan muka Aaliyah. Menggesa gadis itu mencapai tangan dia. "Lagipun ianya tak rugi mana-mana pihak. Papa sendiri setuju dan izinkan aku untuk dekati kau. Rasanya ibu kau pun takkan bantah. Situasi win-win dekat sini."

What the hell! Mamat ni memang dah lama rancang hal ni rupanya. Siap fikir pasal kesan dan akibat lagi tu. "Awak tahu...saya bukan gadis biasa yang awak expect. So..awak sure nak jadikan saya girlfriend awak?"soal Aaliyah.

"Sure why not. Aku suka cabaran."aju Lucas lagi.

Tanpa berkata apa-apa, Aaliyah hanya diam memandang mata Lucas sebelum ke tapak tangan lelaki tu. Dia tak ada mood untuk Bersama dengan sesiapa sekarang ni. Tapi kalau ini dapat kuatkan pengaruh dia dalam akademi tu dan jelaskan pada semua orang dia bukan sebarangan orang yang mereka patut macam-macam dengan. Why not!

Tanpa berfikir panjang. Pantas dia mengangguk."Fine. Saya sudi."Aaliyah kemudianya meletakkan tangan dia ke atas tapak tangan kiri Lucas.

Gembira mendengarnya, Lucas genggam tangan kecil Aaliyah dengan erat. "Nice to meet you my dear girlfriend."ucap dia setelah itu. Satu kucupan hinggap atas tangan itu.

Aaliyah menjuling menyampah sebelum menarik tangan dari genggaman Lucas. "Dah la cepat habiskan makan tu. Saya kena balik ke akademi. Ada sesuatu yang saya kena uruskan."

"Urusan apa?"tanya Lucas. "Boleh aku join sekali?"

"Tak perlu. Jaga aje urusan awak."getus Aaliyah.

Lucas ketawa. "Make sure ianya best. Kalau boring aku akan masuk campur."beritahu Lucas semasa cucuk buah epal satu lagi sebelum di sua ke mulut lalu di gigit dengan berselera.

Aaliyah hanya diam memandang minuman di depannya. Dia nak uruskan mereka yang cuba naikkan rating dengan cara yang salah tu. Dia nak beritahu mereka, kalau nak sesuatu usahakannya dengan cara yang betul. Bukan salah.

23. The Hierarchy Where stories live. Discover now