Beberapa bulan kemudian...
Disebabkan pelan Hector dan Ken yang menjadi, isu serta rumor telah tersebar ke seluruh akademi. Para pelajar termasuk la pensyarah sendiri terkejut mendengar akan berita itu. Mereka semua salahkan Farina sebab pergunakan Aaliyah. Ramai yang beri komen dan kecam tindakan Farina yang menjadikan Aaliyah sebagai batu loncatan untuk berjaya. Disebabkan hal itu, ramai yang tidak menyukai Farina lagi.
Scandal ini telah menyebabkan kehidupan Farina di akademi Galatic Vista tungang langang. Farina kini turun dari rating 7 kepada rating 4 dalam masa yang singkat dalam sekelip mata begitu saja. Bukan setakat itu je, kedudukan sebagai ketua cheerleader turut di lucutkan dari dia. Farina yang biasanya di kelilingi dengan rakan-rakan dan pelajar popular lain, kini duduk bersendirian di cafeteria rating bawah. Pelajar rating bawah sendiri jugak enggan berkawan dengan dia.
Bahkan Ian sendiri enggan dekati Farina selepas terkesan dengan kata-kata Farina tempoh hari terhadapnya. Ian jalani harinya seperti biasa tanpa melakukan apa-apa kecuali sibuk dengan latihan ragbi dan kelasnya. Dia jugak jarakkan dirinya dari Aaliyah kerana kenyataan yang dia memang tak pernah sukakan sepupunya itu dari awal.
Aaliyah dengan Lucas seperti biasa. Mereka sibukkan diri dengan pembelajaran mereka. Hubungan mereka berkembang dengan baik tanpa masalah kerana banyaknya Lucas yang mengalah dalam apa-apa hal sekiranya ada isu timbul di antara mereka berdua.
Kembar dan Isaac pula sibuk dengan persediaan mereka untuk peperiksaan bulanan sebelum peperiksaan semester terakhir diadakan beberapa bulan dari sekarang. Termasuk la persediaan mereka untuk masuk ke univerisiti.
Sementara Tristan sibuk dengan kerjanya sebagai pensyarah di akademi. Lagi-lagi dengan peperiksaan yang semakin hampir. Dia terpaksa menyediakan kertas peperiksaan pada masa yang sama menyemak semua tugasan para pelajarnya. Dan termasuk la pengurusan pelajar sebagai ketua kaunselor pelajar di situ, lagi-lagi untuk pelajar tahun akhir yang perlukan surat rekomendasi buat melanjutkan pelajaran ke univerisiti.
Suara jurulatih terpekik terlolong memberi arahan kedengaran dari jauh sewaktu dia memarahi pemain ragbi yang berada di atas padang itu.
"Gerak cepat sikit Ian!Apa masalah kamu tu!"
Pada masa namanya di sebut, ketika itu la rakan kumpulan Ian yang patut di elak oleh Ian merempuh badannya lalu Ian pun tercampak ke tepi sebelum terbaring atas rumput itu dalam keadaan terbatuk-batuk.
Tumbang saja Ian di situ, dia terbaring tidak bergerak dekat situ memandang langit di atasnya. Tak sakit mana, cuma dia rasa badan dia tak semangat macam dulu. Otak dia tak jelas macam biasa. Sejak kes Farina dan Aaliyah, dia dapat rasakan hidup dia tidak lagi menarik. Semuanya dia rasa kosong dan tak bermakna!
"Kau okay?"
"Sorry...aku ingat kau nak elak..."ucap Jayden di atas semasa tunduk membongkok memandang Ian.
Mata Ian berkedip beberapa kali sebelum dia gerak untuk tanggalkan helmet dari kepalanya lalu bangunkan dirinya dari situ. Kepalanya tertunduk ke bawah tiada semangat.
"Kamu tak apa-apa Ian?"tanya jurulatih pula sebaik dia tiba di kerumunan pelajar di situ.
Tak dia tak okay. Semuanya rasa tak okay!"Saya okay."angguk Ian semasa bersuara.
"Ya sudah. Kalau begitu kamu boleh berehat. Lagipun beberapa hari ni kamu dah berlatih banyak. Balik la ke dorm kamu sana."arah jurulatih setelah melihat wajah tiada mood Ian.
Tanpa berkata apa-apa. Ian beri tunduk patuh lalu bergerak keluar dari kerumunan rakan-rakan sekumpulannya di situ dengan langkah yang berat.
Leon, Jayden, Kai dan geng Ian yang lain pandang prihatin akan rakan baik mereka itu. Mereka tak tahu apa yang berlaku. Apa mereka tahu, ian begitu sejak Aaliyah dan Farina tak lagi bergaul dengan Ian. Sejak itu Ian tak macam Ian yang mereka kenal.
YOU ARE READING
23. The Hierarchy
Teen FictionHierachy. Suatu konsep untuk kelaskan atau kategorikan seseorang berdasarkan darjat dan pangkat. Itu la yang digunakan dalam Akademi Galatik Vista kepada para pelajarnya. Kalau sesiapa nak dapat hidup senang dan kemudahan mewah dalam akademi ni, pe...