Episode 27 : Mak Singa!

1.4K 126 0
                                    

Kalau berlari dia ni boleh dapat duit, boleh kaya dibuatnya.

Huh!

"Ke tepi!tepi!"Ian melaung.

Terkejut mereka yang ada berdekatan laluan Ian. Tidak berlengah maka cepat-cepat mereka mengelakkan diri dari berlanggar dengan Ian.

Seperti pelari Usain Bolt, Ian berlari sepantas kilat mencelah sesiapa yang berada di laluannya. Sambil memegang telefon di dalam tangan.

Dia urgent. Dan perlu lekas. Sebab itu Ian pecut selaju yang boleh dari tangga sehingga tiba ke koridor lalu berhenti di hadapan pintu masuk perpustakaan rating atas.

Disebabkan rating dia bawah dari 5, dia tak boleh masuk ke dalam sebab alarm amaran akan berbunyi bila scan dia nanti. Jadi nak tak nak terpaksa la Ian berlari setempat dekat situ tidak senang duduk sewaktu menunggu.

"Aaliyah!"panggil Ian dekat luar tu dengan lantang. "Aaliyah!"teriak dia lagi dengan cemas. Kalau lambat ni, habis la!

Disebabkan hari ini hari Selasa, hari Aaliyah bertugas, maka di sini la tempat dia temui sepupunya. Sumpah dia kena cepat ni!

Telefon berdering minta diangkat segera.

"Aa-"baru saja Ian mahu memekik nama t
Aaliyah semula, akhirnya empunya nama memunculkan diri di hadapan pintu sambil membuat muka tak puas hati.

"Kau gila ke?"tanya Aaliyah dengan muka bengang. Ada ke patut menjerit-jerit dekat kawasan library macam ni!Buat malu betul.

Tidak menghiraukan remark Aaliyah itu, Ian lekas bersuara."Lekas jawab!Ibu kau!"Ian menalakan skrin telefon ke depan muka Aaliyah . Panggilan yang sejak tadi sudah masuk 15 kali berdering minta di angkat tapi dia tak dapat nak jawab sebab Aaliyah tak ada bersama dengan dia. Sebab itu dia kalut bagai nak apa ni.

"Hah?"menjegil bulat mata Aaliyah masa pandang skrin telefon tu. Gulp!Lour ditelan gugup. Haish!Kenapa ibunya hubungi dia ni?Disebabkan dia miskin dan tak nak bebankan keluarganya, dia tidak memiliki telefon bimbit seperti pelajar lain. Ipad dan komputer yang ada pun hak milik akademi. Dia nak call sesiapa pun pinjam Ian. "Kenapa dia call?"soalnya sambil pandang muka cuak Ian.

"Aku rasa kes kita kena tahan dekat balai hari tu sampai dekat telinga dia agaknya. Sebabnya surat amaran aku pun dah sampai dekat mama dengan papa aku."beritahu Ian yang sudah berpeluh sakan disekitar dahi dan lehernya.

WHAT!

Surat amaran!?

Bagai mahu luruh jantungnya, Aaliyah dengan ngeri pandang skrin telefon Ian semula. Nama ibu dia tertera di skrin itu hanya di pandang takut. Habis la!

"Jawab la cepat!"gesa Ian sambil meletakkan telefon ke tangan Aaliyah dengan paksa.

"Hah..kenapa aku...kau la."Aaliyah tolak telefon tu ke dada Ian.

"Itu mak kau...kenapa aku pulak.."Ian tolak ke Aaliyah semula.

"Masalahnya itu telefon kau punya bukan aku.."Aaliyah tolak ke muka Ian.

"Dia nak cakap dengan kau bukannya aku!"tolak Ian yang kemudiannya larikan diri dari situ. Dia tak nak terlibat atau berada di situ sama Peduli la apa nak jadi dengan telefonnya itu. Dia boleh beli yang baru!

Aaliyah pandang ke arah Ian melarikan diri sebelum tunduk memandang telefon dekat tangannya pula. Kening dia berkerut takut. Apa pulak bala kali ni?Hal petang tadi pun belum dia dapat lupakan. Inikan lagi ibu dia.

Tidak mahu membuang masa lagi, Aaliyah pun berserah lalu menjawab panggilan tersebut. Takut-takut dia bawa telefon tu ke telinganya. "Hello?Hai ibu.." sapa dia dengan mata terpejam, berserah apa nak jadi, jadi la.

"Aaliyah Ingrid Sebastian!"lenting suara tu dengan lantang dalam panggilan. "Dasar anak bertuah!Apa kamu buat di sana selain belajar hah!Kenapa surat amaran sudah tiba di rumah!?Apa nak jadi dengan kamu ni!"

Aaliyah tunduk memicit dahinya dengan kening berkerut. Tak pasal-pasal kepala dia menjadi pening. Migrain dia datang semula!

"Memangnya kami suruh kamu ke sana untuk jadi samseng dan gangster ke? Balai polis? Bertumbuk? Apa!!!!Kamu memang nak kena sangat agaknya!"

Telefon itu terus dijauhkan dengan Aaliyah setelah dia mendengar cukup akan suara bentakan ibunya.

Oh tuhan...tolong la dia!

"Susah payah kami cari duit di sini hendak lihat kamu berjaya...kamu apa?Bergaduh?Bertumbuk?Tak cukup dengan tu kamu apa?Keluar tanpa kebenaran dan tanpa pas keluar?Apa kamu fikir?Memangnya kami suruh kamu pandai untuk jadi samseng ke?"

"Mana ada...Aaliyah tak buat semua tu. Semuanya salah faham Ibu." beritahu Aaliyah tergagap-gagap sebab bingung tak tahu nak cakap macam mana.

"Salah faham kamu kata?Sampaikan masuk balai polis segala bagai dan berlebam begini itu maksud kamu?!Memang kena kamu kalau ibu ada di sana. Kamu dah janji dengan ibu Aaliyah!Kenapa lain pula ceritanya. Kalau ibu tahu hal akan jadi begini, ibu takkan benarkan kamu belajar di situ!"

"Ibu..dengar. Bukan macam tu. Aaliyah boleh terangkan..jangan la marah dulu."ujar Aaliyah yang cuba bersuara dari balik pekikan dan bebelan ibunya dalam panggilan itu.

Kenapa la Tristan hantar surat amaran tu ke rumah dia sekali?Lelaki tu memang suka cari pasal dengan dia ke apa!?Haih....

Tristan Oliver!You are death meat from now on!

23. The Hierarchy Where stories live. Discover now