Episode 34 : Algebra dan Graph!

1.3K 124 0
                                    

Selama enam tahun pengalaman mengajar di dalam akademi ini, tidak pernah gagal sekalipun penuntut perempuan di dalam akademi ini cuba untuk mendekatinya. Selama Tristan berada di situ, selama itu la penuntut perempuan cuba mendapatkan perhatian dia. Samaada mahukan Tristan menjadi kekasih mereka atau hanya sekadar mahu mengambil kesempatan di atas pengaruh yang dia miliki di dalam akademi ini.

Sampaikan ada yang sanggup memberi rasuah, menawarkannya dengan jawatan dan kuasa mahupun hadiah. Semuanya hanya bertujuan supaya Tristan tunduk akan pada permintaan mereka itu.

Sampai la satu masa.

Entah dari mana asalnya.

Entah bila munculnya.

Dan entah macam mana boleh dia rasa.

Datangnya seorang pelajar perempuan bermata bulat dan pelik ke akademi ini.

Budak perempuan yang pada awalnya Tristan anggap cuba cari perhatian dia dengan bertanya dia akan arah hendak ke kelas pada hari pertama pelajar itu belajar.

But end up yang anggapan Tristan itu meleset sepenuhnya. Pelajar perempuan bernama Aaliyah  Ingrid itu rupanya simpan perasaan tak suka kepadanya sampai sanggup melutut merayu semata untuk tukar kelas dia ke kelas lain. Awalnya dapat pindah kelas. Tapi masuk tahun kedua, Budak perempuan ni berakhir di kelasnya semula. Sekali lagi, Budak perempuan ni cuba tukar, tapi Tristan tidak benarkan. Maka duduk la pelajar perempuan ini hingga ke semester akhir.

Mulanya dia sangka pelajar perempuan ni akan bersikap seperti mana pelajar perempuan berkelakuan bila dia ada berdekatan. Tapi sebaliknya. Aaliyah ni sebolehnya nak buatkan dia benci dan buang Aaliyah keluar dari kelasnya. Dia cuba faham kenapa Aaliyah tak boleh sukakan dia seperti mana pelajar perempuan buat.

Sampai la sekarang!

"Aaliyah Ingrid!"panggil Tristan dengan tangan bercekak pinggang marah.

Tersentak Aaliyah dari lamunan dia mendengar namanya di panggil. Dia kedipkan mata lalu duduk tegak memandang ke depan kelas.

Tengok tu!Termenung lagi!Pelajar lain kalau boleh tak mahu berkedip mata dari memandang dia, yang seorang ni pula boleh termenung macam dia tak wujud dekat sini. "Kamu menungkan apa?Kamu dengar tidak apa yang saya jelaskan di depan papan hitam ni tadi?"

Aaliyah menggeleng kepala laju. Dia tak dengar sebab kepala dia tengah fikirkan apa yang tengah berlaku dekat sekeliling dia saat ini. Sungguh! Dia cuba fahamkannya. Tapi dia masih tak boleh nak brain semua maklumat yang dia dapat!

Tristan dan Lucas adalah adik beradik.

Dekan perdayakan dia untuk jadi tutor Lucas.

Lucas bukan seorang pelajar bermasalah tapi sebaliknya adalah seorang pelajar pandai.

Sam dan Natasha kena drop rating kerana dia tapi tak tahu siapa yang bertanggungjawab untuk hal tu.

Ken, Hector dan Isaac mengajak dia untuk bergabung bagi mendapatkan kedudukan paling top dalam Hierarchy di akademi ni.

Sekali lagi Tristan dapati Aaliyah termenung. Berang dengan tingkah gadis itu, dia terus menempik.

"Aaliyah Ingrid.Berdiri sekarang."arah Tristan.

Aaliyah kemudiannya berdiri. Dia letakkan tangan ke belakang badan lalu pandang ke Tristan. Dia dah tak makan saman dengan bentakan Tristan sebenarnya. Tapi itu la. Kadang tu dia takut, kadang tu dia berani. Bergantung la macam mana Tristan marah dia. Sebab Tristan ni ada tahap tertentu kalau marah.

"Pandang soalan dekat depan ni dan selesaikannya sekarang."minta Tristan sambil ketuk permukaan papan hitam di belakang.

Aaliyah pandang papan hitam dengan otak blank dia sebelum termenung semula. Lucas dan Tristan adik beradik. Itu bermakna Tristan tahu Lucas pandai dan dia jadi tutor Lucas. Kenapa Tristan  tak cakap apa-apa?Dekan pun tahu tapi still buatkan dia jadi tutor Lucas?Jadi Dekan buat semua ni kerana permintaan Lucas. Itu maksudnya Lucas ni anak spoiled dekan la. Dan alasannya ialah sebab Lucas sukakan dia?Masuk akal ke semua ni?

PUK!

Sebatang marker pen melayah lalu mengenai tepat ke dahi Aaliyah tidak lama kemudian.

"Auw!"tunduk Aaliyah memegang dahinya serta merta. Shoot!Dah kenapa!?Dengan marah dia angkat kepala lalu pandang ke depan dimana Tristan sedang berdiri. "Kenapa!"marahnya dia tak semena. Tengok la!Mana dia tak angin satu badan dengan pensyarah dia yang seorang ni! Suka sangat tau menjengkelkan dia.

"Kamu termenung lagi!Memangnya kerja kamu datang ke akademi ni hanya untuk termenung dan bermain saja agaknya?"bebel Tristan dengan muka kesalnya.

"Mana ada saya termenung...saya tengah fikir jawapan la tadi."tipu Aaliyah yang hampir nak ketawa dengan jawapannya sendiri. Sejak bila dia pandai menipu ni!?

"Iya la tu...kalau begitu beritahu saya berapa jawapannya?"

Pelajar-pelajar dalam kelas tu pandang ke Tristan dan Aaliyah silih ganti. Mereka hairan melihat pensyarah mereka yang mereka kenal selama ini biasanya kurang bercakap. Kalau bercakap pun mesti tentang pelajaran. Selain tu, pensyarah mereka lebih suka diamkan diri dan buat tak tahu dan suka beri layanan dingin terhadap mereka. Tapi kan, hairannya kalau senior mereka ini hadirkan diri ke kelas, pasti pensyarah mereka akan banyak bercakap?

Aaliyah kemudian mengetap bibirnya nak elak diri dari ketawa. Memang tak la dia ada jawapannya. Otak dia sekarang  ni tak boleh digunakan sebab hati dia sama sekali tiada niat nak belajar subjek algebra apa kejadah ni!

"Tengok tu...saya dah agak! Sekarang kamu berdiri dekat sebelah pintu tu dan angkat tangan kamu ke atas. Berdiri di situ sehingga habis kelas. Tak padan dengan hidung dah berlebam bagai masih lagi berani tunjuk perangai keras kepala tu!"

Suka hati je!

Aaliyah pandang geram ke Tristan masa lelaki tu membebel kepadanya. Benci betul dia!Patut la kenapa dia anti dengan Lucas sejak awal. Dah sebab lelaki tu sama je dengan Tristan.Dua-dua tu suka sakitkan hati dia. Dan sekarang dua beradik ni dah kenakan dia!Seorang beri surat amaran pada ibunya, seorang lagi perdayakan dia dengan kenyataan ketinggalan pelajaran!

Tunggu jer la nanti. Tahu la apa yang dia akan lakukan!

"Tunggu apa lagi!Berdiri di sana sekarang!"arah Tristan sambil tunjuk jari ke dinding sebelah pintu.

"Ya!Nak pergi la ni!Itu pun nak terpekik. Saya bukannya pekak."balas Aaliyah sambil jalan mengheret mendekati dinding sebelah pintu tu.

"Itu je la tahunya. Menjawab!Kalau di suruh selesaikan soalan tak reti pulak."bebel Tristan lagi.

Aaliyah sandar pada dinding tu lalu angkat tangannya ke atas lalu buat muka tak puas hati ke Tristan! Ugh!

23. The Hierarchy Where stories live. Discover now