Bab 19 : Masalah Baru!

1.4K 123 0
                                    

Bengkel seni...

Selepas kelas teras di sesi pertama sebelum waktu makan tengah hari. Kini tiba masanya untuk kelas aliran elektif pula. Para pelajar boleh memilih tiga kelas tambahan untuk menambahkan kredit dalam rekod mereka. Sama ada kelas seni muzik, photography,seni persembahan menari, teater, lakonan atau pengacara radio, kelas seni bina, seni rekaan, woodcraft,seni pottery mahupun sculpture .

Selesai aje waktu makan tengah hari, kelas seni sculpture berlangsung dengan senyap ketika para pelajarnya tekun membentuk tanah liat masing-masing kepada corak kepala manusia yang diarahkan oleh pensyarah sejam yang lepas.

Ramai-ramai pelajar di situ, kelihatan seorang pelajar lelaki sedang duduk memegang telefonnya menaip sesuatu dengan renungan dingin di matanya. Setelah dia selesai, dia letakkan telefonnya di tepi atas meja kerjanya lalu memalingkan kepala ke kiri pula. Renungan penuh muslihat terarah ke situ.

Di sebelahnya terdapat sebuah sculpture yang telah siap dan lengkap berbentuk rupa manusia di atas meja tu.

Senyap-senyap pelajar lelaki itupun mengerling ke sekeliling kelas pula. Dia hendak memastikan situasi clear untuknya. Setelah yakin yang tiada siapa-siapa yang nampak gerak gerinya, pelajar lelaki tersebut kemudiannya mendekati meja tu lalu menendang meja kerja sasarannya hingga menyebabkan sculpture di atas meja itu jatuh ke lantai dan penyek!

Sekelip mata dia tendang, sekelip mata itu juga la dia duduk ke kerusi semula seakan tiada apa-apa yang telah berlaku.

Bunyi jatuh yang dihasilkan oleh sculpture itu telah membuatkan orang yang duduk di meja depan tu tersentak lantas menoleh ke belakang ingin melihat. Sekali bila dipandang, Aaliyah nampak akan hasil kerja rakan meja belakangnya sudahpun berada di lantai.

"Apa ni?Macam mana boleh terjatuh?"tanya Aaliyah dengan muka dumbfoundednya. Dia pandang kanan dan kirinya nak tengok ada yang perasan atau tidak, tapi tak. Semua dekat dalam kelas tu sibukkan diri dengan kerja masing-masing.

Berniat hendak angkat semula objek itu dari lantai, Aaliyah tanpa rasa ragu-ragu atau berfikir panjang pun turun dari bangkunya. Berdiri saja dia di tepi sculpture itu, dia tunduk membongkok ke bawah. Baru saja hujung jarinya mahu menyentuh permukaan sculpture itu, kolar bajunya tiba-tiba di pegang sebelum dengan kasar dirinya di tegakkan semula sebelum tubuhnya ditolak ke belakang hingga terjatuh.

KEDEBUK!

"Apa kau buat hah!"jerkah selantangnya tuan punya sculpture, seorang pelajar lelaki bercermin mata

Terkejut dengan tindakan itu, Aaliyah dongak memandang tidak berkedip akan pelajar lelaki tu. Serius..apa yang baru je berlaku? Dia buat apa?

"Kau rosakkan hasil kerja aku?"tanya pelajar lelaki tu semasa tunduk mengutip hasil kerjanya yang sudah penyek seperti tanah liat cair.

Pensyarah termasuklah pelajar dalam kelas tu tersentak pandang ke arah Aaliyah dan pelajar lelaki tersebut. Mereka semua berhenti dari meneruskan kerja mereka untuk cari tahu apa yang telah terjadi. Masing-masing kebingungan kerana tidak tahu apa yang telah berlaku.

"Mana ada.Saya tak buat apa-apa pun. Benda tu yang jatuh sendiri. Saya cuma nak kutipkan je." beritahu Aaliyah dengan bersungguh.

"Apa?Jatuh sendiri?Kau ingat dia ada kaki ada tangan ke boleh gerak sendiri sampai terjatuh macam ni!"bentak pelajar lelaki tu sambil menghampiri Aaliyah. "Kau tahu tak susah aku buat kerja ni!Dua jam tau! Dan kau dengan sewenang-wenang ya rosakkan macam tu je!Perempuan tak guna!"dia kemudiannya cekau kolar baju Aaliyah dan di angkat sedikit.

"Seamus!Cukup!"halang Sir Leon yang mendapatkan pelajarnya dengan lekas lalu pegang lengan Seamus

Seamus tidak peduli. Dia malah mengeratkan cekauan pada kolar Aaliyah lalu menggoncang baju kemeja Aaliyah dengan kasar. "Kau ingat disebabkan kau dapat favour dari dekan, kau boleh tunjuk kepala besar kau dekat sini?Tunjuk kau lagi berkuasa?Hah! Rating 8 kau tu tak seberapa la!Aku boleh buat kau drop rating serta merta!"

Aaliyah pegang tangan yang berada di kolar bajunya dengan kening berkerut. "Apa ni!Cakap tu cakap je la!Tak payah pegang aku!"arah dia yang cuba lepaskan diri.

"Seamus. Cukup. Lepaskan Aaliyah sekarang. Belum tentu lagi dia yang buat."minta Sir Leon lagi yang cuba leraikan lelaki tu dari terus berkasar.

Berasa sakit hati mengenangkan apa yang berlaku pada hasil kerjanya, Seamus dah tak peduli samaada Aaliyah bersalah atau tidak. Apa dia tahu dia sedang marah!Maka tanpa berlengah, Seamus dengan kasar, mencampak Aaliyah ke meja tepi hingga buatkan gadis itu melanggar meja kerja milik Aaliyah sendiri lalu tumbang bersama hasil kerja ke lantai dengan kuat.

SPRANG!

Melompat terkejut pelajar berdekatan. Mereka cepat-cepat jauhkan diri dari tempat kejadian.

Sementara Aaliyah sudah pun baring mengiring di situ dengan meja terbalik di tepinya dengan baldi tanah liat dan hasil kerjanya bergolek di lantai itu.

"Ya tuhan...Aaliyah!"Sir Leon terus dapatkan Aaliyah. Dia cuba hulur tangan hendak membantu, tapi Aaliyah cepat-cepat angkat tangan memberi tanda 'stop' pada lelaki tu.

"Saya tak apa-apa."beritahu Aaliyah sambil pejam mata menahan sakit pada pergelangan tangan kirinya yang terkena tindihan dengan meja tadi.

Si pelaku sebenarnya yang saksikan semua itu sempat merakam semua kejadian tersebut dari awal hanya buat muka poker face dekat situ tanpa beri sebarang reaksi. Langsung tiada rasa serba salah sama sekali.

Setelah selesai merakam, dia hantar video tu pada orang yang sama beri dia pesan sebentar tadi.

Mission Accomplished.

23. The Hierarchy Where stories live. Discover now