Romance | On going Inspired by Secretly, Secretly But Unable To Hide It _________ Erika Dayana merupakan seorang gadis yang sering menyelesaikan masalah dengan kekerasan. Malah namanya juga sudah tidak asing lagi di bilik disiplin. Kerana sudah beberapa kali abangnya dan ibu saudaranya dipanggil untuk hadir ke sekolah kerana ulahnya, akhirnya dia berencana untuk menyelesaikan sendiri. Pertemuannya dengan Thaqif Aqeel, teman rapat abangnya menyebabkannya memanfaatkan lelaki itu untuk terjebak di dalam drama yang diciptakannya. Peran sebagai seorang abang diberikan kepada jejaka itu. "Tolong jadi abang Eri." - Erika Dayana "Ha? Dah tak cukup ke Erfan jadi abang Eri? Nak Qif jadi abang juga?" - Thaqif Aqeel Kerana drama yang diciptakannya telah membawa mereka kepada pertemanan sehingga menjebaknya ke dalam cinta dalam diam. Rasa suka itu disimpannya sendirian sehingga perpisahan terjadi akibat keadaan yang memaksa. "Aku suka Qif." - Erika Dayana "Kau merepek apa ni?" - Erfan Danial Setelah tujuh tahun kisah di antara mereka terkubur, Thaqif Aqeel kembali memunculkan diri. Kehadiran jejaka itu kembali menggoyahkan benteng yang sudah dibina tinggi oleh Erika Dayana. "Sekarang Qif sedar sesuatu. Kebahagiaan Qif yang sebenar, ada di depan Qif sekarang. Dan impian Qif yang sekarang, Eri akan buka hati untuk Qif." - Thaqif Aqeel