"Belikan aku santan." arah Gina kepada Erika.
Erika yang sedang mengulum lollipop sambil menonton televisyen itu mula memanggung wajahnya. Tangan dihulur ke arah ibu saudaranya itu.
"Duit." pintanya.
"Pakai duit sekolah kau. Mesti ada baki lagi, kan? Mak kau kan bagi duit banyak setiap bulan." ujar Gina selamba.
"Kau ini dah lah menyusahkan aku nak suruh beli itu ini. Selepas itu, suruh pakai duit aku. Tak malu eh minta duit dekat budak sekolah?" sindir Erika pedas.
"Kau ini dengan mak cik sendiri takkan berkira? Dari kecil aku yang jaga kau tahu. Mak kau itu dah kahwin lain pun tinggalkan kau. Kalau bukan sebab aku, entah-entah kau dengan abang kau merempat tepi jalan sana." marah Gina.
"Blah, blah , blah. Pembetulan. Arwah nenek yang jaga aku dari kecil. Rumah ini rumah arwah nenek. Jaga aku dari kecil konon. Tak malu eh perasan sendiri?" Bebola matanya digulingkan ke atas tanda menyampah.
Gina mengetap bibirnya geram. Anak saudaranya ini memang suka menjawab. Dia jadi geram dengan gadis itu. Mahu saja dicili-cili mulutnya.
"Banyak bunyilah kau! Pergi belikan aku santan sana!" arah Gina lagi.
"Duit." Erika masih tidak mengalah. Tak ingin dia keluarkan duit semata-mata untuk wanita itu.
"Hish!" Dengus Gina geram. Akhirnya duitnya dikeluarkan. Not sepuluh itu dihulurkan.
Erika merampas kasar. Dia mula bangkit berdiri dari duduknya lalu berjalan ke arah muka pintu rumah.
"Lain kali kalau nak santan, beli sendiri. Dari hari itu lagi kerjanya asyik nak buat belebat keladi itu tapi tak jadi-jadi pun. Keras macam batu. Selepas itu, nak menyusahkan aku ulang-alik ke kedai." bebelnya sendirian. Selipar disarungkan ke kaki.
"Kalau kuih aku dah menjadi, kau jangan makan ya!" jerit Gina di muka pintu.
"Aku pun tak ingin! Entah-entah sedap dekat tekak kau saja! Dekat tekak orang lain rasa macam kayu!" pekik Erika kembali.
Penumbuk dikepal kuat. Gina membuat gaya bagaikan ingin menumbuk anak saudaranya yang kuat menjawab itu. Sungguh menyakitkan hatinya.
Usai membeli santan seperti yang diminta Gina, Erika kembali menapak menuju ke rumahnya. Langkahnya cukup santai.
Dari jauh, dia dapat menangkap tubuh abangnya yang baru saja turun dari motor milik lelaki itu. Namun, apa yang menarik perhatiannya lagi ialah jejaka yang berada di sisi Erfan.
Langkahnya dilajukan menuju ke arah rumah teres dua tingkat itu. Senyumannya melebar. Ada sesuatu yang terlintas di fikirannya.
Dengan selamba dia berdiri di sisi rakan Erfan itu. Erfan yang baru sahaja menanggalkan helmet, memandang hairan ke arah adiknya itu.
Erika tidak peduli. Dia memandang ke arah jejaka di sisinya itu bersama senyuman. Sebelah tangannya diangkat lalu digoyangkan sedikit sebagai tanda menyapa.
"Hai. Erika. Panggil Eri. Adik Erfan." sapanya ramah.
"Gila." kutuk Erfan perlahan apabila melihat tingkah gadis itu.
Erika langsung tidak ambil peduli apabila abangnya itu mengutuknya. Pandangannya masih tidak lepas pada rakan Erfan itu.
"Thaqif. Panggil Qif saja." Senyuman kecil ditarik buat gadis itu.
"Fan." Erika beralih berdiri di sisi Erfan lalu menyiku lengan abangnya itu. Pandangan matanya tetap jua melekat pada wajah jejaka bernama Thaqif itu.
"Hm." gumam Erfan. Dia begitu sibuk mengunci motornya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Forelsket
RomanceRomance | On going Inspired by Secretly, Secretly But Unable To Hide It _________ Erika Dayana merupakan seorang gadis yang sering menyelesaikan masalah dengan kekerasan. Malah namanya juga sudah tidak asing lagi di bilik disiplin. Kerana sudah bebe...