Rambut yang diikat satu itu mula dirapikan di hadapan cermin. Erika menarik nafas panjang. Memikirkan bahawa dia bakal berhadapan dengan Thaqif itu membuatnya mengeluh.
"Aku boleh. Aku yakin. Lagipun Qif bukannya tahu aku suka dia. Tak apa. Aku kuat." Dada ditepuk perlahan. Memberikan semangat kepada dirinya sendiri.
Beg silang dan juga kamera dicapai. Dia sudah berjanji dengan Erfan untuk menjadi jurugambar lelaki itu. Mahu atau tidak, dia tetap jua perlu menghadirkan diri ke majlis graduasi tersebut. Lagi pula Erfan hanya mempunyainya dan Gina sebagai ahli keluarga lelaki itu. Tak mungkin dia tidak menghadirkan diri.
"Jom, Gina." ajaknya apabila melihat ibu saudaranya itu turut sudah bersiap dan berpakaian cantik.
Erika menunduk memandang ke arah warna bajunya. Kemudian, dia memang ke arah wanita itu. Wajah masam ditayang.
"Kau tiru aku, ya?" tuduhnya apabila mereka berdua berpakaian sedondon berwarna coklat cair.
"Tak ada masa. Cepatlah." nafi Gina laju. Kunci kereta miliknya dicapai.
Kedua-duanya mula melangkah keluar dari rumah. Gina melangkah ke arah bahagian pemandu manakala Erika ke arah penumpang di sebelah pemandu.
"Berapa lama kau tak bawa kereta ini?" komen Erika sebaik sahaja dia memakai tali pinggang keledar. Rasanya sudah cukup lama mereka tidak menaiki kereta tersebut.
"Aku pun tak ingat. Lima bulan?" balas Gina lalu memulakan pemanduan.
"Kau patut selalu bawa kereta ini. Kalau tak nanti tak boleh hidup terus agaknya."
"Kau nak mengajar aku?"
"Aku cakap pun salah. Kau sajalah yang betul." protes Erika geram.
Gina menarik senyuman senget apabila melihat wajah masam anak saudaranya itu. Dia akui sememangnya dia cukup jarang membawa kereta. Lagi pula tempat kerjanya tidak jauh dari kedudukan rumahnya. Jadi dia hanya sering berjalan kaki saja.
Telefon miliknya mula berdering nyaring. Gina sempat melihat nama si pemanggil di skrin telefon. Namun, dia memilih untuk tidak menjawabnya. Telefon diterbalikkan agar fokus pemanduannya tidak terganggu.
Erika mula menjeling ke arah telefon Gina yang kembali berbunyi. Nampak gaya seperti wanita itu tidak ada tanda-tanda ingin menjawabnya. Membuatkan dia semakin penasaran.
Pantas tangan Erika ditepuk apabila Gina perasan bahawa gadis itu ingin mencapai telefonnya. Dia menatap tajam wajah gadis itu. Telefonnya segera dinyahaktifkan agar tidak ada sesiapa menganggu.
"Sibuk saja." tutur Gina.
Terjongket hujung bibir Erika dengan kata-kata wanita itu. Dia menjeling ibu saudaranya itu lalu membuang pandangan ke luar tingkap.
Beberapa minit berlalu, akhirnya mereka tiba di institusi pengajian Erfan. Kedua-duanya mula berjalan seiring ke arah dewan untuk menyaksikan majlis graduasi tersebut.
Erika tersenyum apabila melihat abangnya yang cukup segak memakai jubah dan mortar board. Kamera segera diangkat dan di zoom sedikit lalu dia menangkap gambar. Beberapa keping gambar ditangkapnya.
Hasil gambar mula dilihatnya. Dia tersenyum sendiri apabila melihat wajah beku abangnya itu kian mengukir senyuman. Jarang sekali untuk melihat detik tersebut.
Perlahan-lahan senyumannya memudar apabila salah satu kepingan gambar terdapat wajah Thaqif di dalamnya. Keluhannya dilepaskan. Segera dia mematikan kamera.
Gina yang perasan dengan perubahan tingkah gadis itu mula mengangkat wajahnya dari terus menatap layar skrin telefon. Hairan dengan tingkah gadis itu.
"Kenapa?" soalnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Forelsket
RomanceRomance | On going Inspired by Secretly, Secretly But Unable To Hide It _________ Erika Dayana merupakan seorang gadis yang sering menyelesaikan masalah dengan kekerasan. Malah namanya juga sudah tidak asing lagi di bilik disiplin. Kerana sudah bebe...