17

65 7 2
                                    

Kerepek dikunyah perlahan. Tawa Erika terlepas apabila ada adegan lawak yang ditayang di dalam drama pada skrin televisyen yang bercahaya itu. Tawanya bergema di segenap ruang itu.

Pap!

"Sakitlah!" marah Erika sambil mengusap belakang kepala yang dijadikan mangsa tamparan Gina.

Wanita itu dijeling tajam. Tak pernah nak tengok dia senang sikit. Ada saja nak mengacau.

"Bila kau nak belanja barang dapur rumah ini? Bulan ini giliran kau dengan Erfan ya." ujar Gina sambil bercekak pinggang. Di dalam rumah itu, mereka sudah sedia maklum tentang tugas yang dibahagikan setiap di antara mereka. Semuanya dibuat kerana Erika yang sering mengelak untuk membuat kerja rumah.

"Nantilah." balas Erika malas. Anak mata kembali bergerak menatap skrin televisyen.

"Nanti. Nanti. Nanti. Itu sajalah kau. Pergi sekarang!" Lengan Erika ditarik. Memaksa gadis itu untuk bangkit berdiri. Kalau tidak dipaksa begini, memang tidaklah gadis itu ingin berganjak dari tempat duduknya.

"Hish! Kau ini! Aku tahulah nak bangun sendiri!" protes Erika sambil menarik lengannya daripada digenggam Gina.

"Pergi cepat." Gina menolak bahu Erika agar gadis itu berjalan.

"Kacaulah kau ini." Mulut membebel perlahan tetapi Erika tetap jua mengikut arahan ibu saudaranya. Dia berjalan ke tingkat atas untuk menukar baju.

Usai dia bersiap-siap untuk ke pasaraya, kakinya kembali menapak ke tingkat bawah. Dirinya dibawa ke arah meja makan. Di situ Gina sudah meletakkan senarai barang dapur dan wang ringgit untuk dia gunakan bagi berbelanja.

"Assalamualaikum." Erfan yang baru melangkah masuk ke dalam rumah memberi salam. Langkahnya cukup longlai. Sepertinya jejaka itu cukup penat.

Erika pantas menghampiri tubuh abangnya itu dan berdiri di hadapan jejaka itu. Sekaligus menghalang Erfan daripada menyambung langkah. Semalam jejaka itu tidak pulang ke rumah. Pasti bermalam di rumah Thaqif.

"Abang. Jom, beli barang dapur. Bulan ini giliran kita." ajak Erika.

"Aku penatlah, dik. Kau pergi seorang lah. Aku nak tidur." balas Erfan lalu dengan mudah tubuh Erika ditolaknya ke tepi. Dia cukup lelah semalaman tidak tidur gara-gara mengulangkaji. Sekarang dia hanya ingin merebahkan tubuhnya di atas katil.

"Hish!" Akhirnya, Erika berjalan keluar dari pekarangan rumah dengan wajah yang tidak berpuas hati. Jelas sakit hati dengan Erfan yang lari dari tugasnya. Langkahnya dipercepatkan apabila dia sudah melihat kelibat bas awam. Salah sebuah kerusi didudukinya.

"Banyak ke barang?" Senarai barang dapur dikeluarkan. Di dalam hati sudah berbuku-buku sumpah seranah yang dia lontarkan apabila senarai barang tersebut baginya agak banyak.

Selalunya ada Erfan, mudah kerjanya. Takkan dia mahu mengangkat semuanya sendirian? Nampak gayanya pulang nanti dia perlu memesan kereta sewa di atas talian. Tak mungkin dia akan menaiki bas seperti kebiasaannya.

Sebaik sahaja tiba di pasaraya, dia mula mencapai troli untuk digunakan bagi meletakkan barang-barang dapur yang ingin dibelinya.

Troli ditolak ke bahagian rak-rak yang menyusun paket minuman tiga dalam satu. Seperti di dalam senarai barang dapur yang ditulis Gina, sepaket milo tiga dalam satu dicapainya dan diletakkan ke dalam troli. Erika tersenyum apabila dia melihat kopi kesukaannya. Pantas dicapainya dan dimasukkan ke dalam troli.

Dia kembali menolak troli untuk mencari barang dapur yang seterusnya. Sedang dia sibuk meliarkan matanya mencari keberadaan susunan mee segera, trolinya berlanggar dengan troli di hadapannya.

ForelsketTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang