"Nah." Keisha menghulur sebungkus aiskrim pada Erika yang sedang duduk di perhentian bas.
"Terima kasih." ucap Erika ikhlas lalu aiskrim tersebut dibawa untuk menuam pada pipinya yang kemerah-merahan.
"Kau tak takut ke kalau kau kena gantung sekolah? Sampai dah naik tangan macam ini. Aku ini risaukan kau tahu, tak?" marah Keisha sambil memegang dagu sahabatnya itu untuk melihat bekas pukulan di wajah gadis itu.
Tangan Keisha ditolak perlahan dari memegang wajahnya.
"Aku cuma tolong budak itu saja dari kena buli." jelasnya membela diri.
Bukan dia memukul orang sesuka hati. Cuma nasibnya tidak baik pada hari ini apabila dia tidak sempat mengelak serangan salah seorang pembuli di sekolahnya itu.
"Orang pun dah pandang aku ini sebagai budak jahat. Bergaduh. Pukul orang." sambungnya perlahan.
Teringat bagaimana Erfan begitu memarahinya pagi tadi. Bukan dia sesuka hati ingin bergaduh. Dia tidak suka apabila Thaqif diganggu sebegitu rupa. Dia tahu jika lelaki itu berani membalas, pasti Thaqif bakal dibuang kerja.
Jadi biarlah dia yang membantu. Tanpa sedar sebenarnya dia melakukan semua hal itu kerana teringatkan Erfan.
Erika tersentak apabila Keisha memegang kedua belah sisi wajahnya. Terkebil-kebil matanya dibuatnya.
"Siapa kata kau jahat? Kau baik. Kau masih ingat masa pertama kali aku pindah sini? Semua orang pijak kepala aku sebab nampak yang aku lemah. Disebabkan kau bela aku lah, tak ada sesiapa berani sentuh aku lagi." ujar Keisha.
Tangan Keisha sekali lagi ditolaknya. Pipinya yang menjadi mangsa tumbukan itu disentuhnya. "Sakitlah."
"Maaf." ucap Keisha bersama dengan sengihan.
"Kau tak balik, ke? Tak payahlah teman aku. Nanti abang aku datang. Sekejap lagi dia keluar lah itu dari bilik pengetua." tanya Erika dengan wajah datar.
"Nak baliklah ini. Hari ini ayah aku ambil. Aku tunggu ayah aku. Bukannya nak teman kau pun." Keisha menjelirkan lidahnya mengejek gadis itu.
"Hish!" Tangan Erika naik ingin mencubit teman rapatnya itu tetapi Keisha lebih tangkas mengelak bersama tawa yang terlepas.
"Itu dah sampai. Bye! Jumpa esok!" ujar Keisha lalu melambai ceria ke arah Erika. Dia berlari anak menuju ke arah kereta yang baru tiba di hadapan perhentian bas itu.
"Bye." balas Erika perlahan. Dia hanya memerhati kereta yang kian hilang dari pandangan. Keluhannya dilepaskan.
Matanya hanya lurus memandang ke arah hadapan. Pandangannya kosong. Tatapannya langsung tidak beralih apabila ada yang mengisi kekosongan ruang di sebelahnya.
"Eri beruntung pengetua tak ambil tindakan lebih. Budak yang kena buli itu yang selamatkan Eri. Dia bagitahu Eri datang tolong dia tapi dengan Eri sekali kena pukul." ujar Thaqif.
Thaqif merenung sisi wajah gadis itu yang hanya bertindak membisukan diri. Tiada tanda-tanda seperti ingin membuka mulut.
"Kenapa Eri minta Qif yang datang? Kenapa bukan Erfan?" soalnya.
Sewaktu dia baru sahaja habis kelas tadi, tepat-tepat dia mendapat panggilan daripada nombor telefon yang tidak dikenali. Rupa-rupanya Erika yang menelefonnya menggunakan telefon awam.
"Malas nak susahkan dia. Tengoklah macam mana pagi tadi abang marah Eri. Eri ini banyak menyusahkan orang. Satu-satu masalah Eri buat. Semalam dah bergaduh. Hari ini bergaduh lagi." balas Erika bersama senyuman kecil.
Jika Erfan tahu, sudah tentu dia akan dimarahi habis-habisan pula. Dia sudah malas ingin menyusahkan sesiapa lagi.
"Maaf menyusahkan Qif lagi. Eri ini banyak sangat menyusahkan orang. Eri janji selepas ini tak ganggu Qif lagi." Erika menunduk memandang ke arah kakinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Forelsket
RomantikaRomance | On going Inspired by Secretly, Secretly But Unable To Hide It _________ Erika Dayana merupakan seorang gadis yang sering menyelesaikan masalah dengan kekerasan. Malah namanya juga sudah tidak asing lagi di bilik disiplin. Kerana sudah bebe...