Erika tersenyum seorang diri di atas sofa itu. Sejak dua menjak ini dia tidak tahu apa yang merasukinya sehingga membuatkan dia asyik terkenangkan Thaqif. Kepalanya digelengkan laju.
Gina yang sedang mengunyah keropok itu memandang hairan ke arah anak saudaranya itu. Dia mula berjalan ke arah sofa. Tempat kosong di sebelah gadis itu didudukinya.
"Gila." bisiknya sendirian apabila Erika sejak tadi tidak henti-henti senyum sendiri. Alat kawalan jauh dicapai lalu televisyen dihidupkan.
Sekeping keropok dimasukkan lagi ke dalam mulutnya sambil memerhati Erika. Buang tabiat ke apa anak saudaranya yang seorang ini?
"Hoi!" Tepi kepala Erika ditunjalnya. Seram pula dia tengok Erika yang serupa orang gila itu.
"Hish! Apa kau ini main kepala aku! Tak ada kepala eh?" marah Erika dengan sakit hati.
"Kau itu yang tak betul. Dah kenapa tersengih-sengih macam orang gila? Meremang bulu roma aku tengok kau." sela Gina laju.
Terjongket hujung bibir Erika. Bekas keropok di tangan ibu saudaranya itu dicapai.
"Eh kau ini. Suka hati saja. Kalau nak, pergilah goreng sendiri." Gina merampas kembali bekas tersebut.
"Eleh kedekut. Tak luak pun lah aku makan sikit." Erika mencebik. Keropok yang berada di tangannya dimasukkan ke dalam mulutnya dan dikunyah.
Gina tidak melayan. Fokusnya dialihkan ke arah skrin kaca televisyen itu.
"Gina." panggil Erika sambil turut menonton siaran yang dibuka Gina itu.
"Apa benda?" balas Gina perlahan. Dia tidak memberikan sepenuh perhatiannya kepada anak saudaranya itu.
"Masa first time kau suka suami kau itu kan, macam mana perasaan itu?" tanya Erika ingin tahu.
"Gugup. Berdebar setiap kali nampak dia. Cara dia layan aku buat aku rasa terharu." balas Gina jujur.
"Oh."
"Asal kau tanya?" Pandangan dialihkan menatap Erika di sisi. Sebelah keningnya terjongket.
"Saja tanya. Curious." Erika menjongketkan kedua belah bahunya. Keropok di dalam bekas dicapai lagi.
"Kau jangan nak menggatal, eh? Belajar dulu. Baru fikir pasal cinta." ujar Gina lalu tangannya sekali lagi naik menunjal sisi kepala Erika.
"Hish! Kau ini! Aku tahulah! Aku tak nak jadi macam kau! Kena tinggal dengan bekas suami!" marah Erika dengan wajah masam. Dia terus bangkit berdiri menuju ke biliknya.
"Aku tak kena tinggal! Suka hati kau saja!" jerit Gina kembali.
Pandangannya kembali dialihkan ke arah kaca televisyen. Dia menarik senyuman kecil apabila mengingatkan soalan yang dilontarkan Erika tadi. Tanpa sedar sudah lima tahun berlalu sejak dia berpisah dengan bekas suaminya itu.
Erika menghempaskan tubuhnya di atas katil. Telefonnya dicapai lalu galeri dibuka. Dia tersenyum lebar apabila melihat gambar yang dihiasi wajahnya, Erfan dan Thaqif. Gambar sewaktu mereka mengunjungi taman hiburan itu.
Jarinya bergerak membesarkan gambar tersebut sehingga hanya meninggalkan wajah Thaqif seorang. Senyumannya melebar.
"Eri." Erfan menguak pintu bilik tidur adiknya itu.
Laju Erika menekup skrin telefonnya di atas katil. Pantas dia menoleh ke arah abangnya itu.
"Kau sorok apa?" soal jejaka itu sambil memincingkan matanya.
"Tak ada apa-apa. Kau nak apa? Tak reti ketuk pintu, ke?" balas Erika cuba berselindung.
"Aku nak keluar. Kau nak pesan beli apa-apa, tak?" tanya Erfan.
YOU ARE READING
Forelsket
RomanceRomance | On going Inspired by Secretly, Secretly But Unable To Hide It _________ Erika Dayana merupakan seorang gadis yang sering menyelesaikan masalah dengan kekerasan. Malah namanya juga sudah tidak asing lagi di bilik disiplin. Kerana sudah bebe...