21

46 7 2
                                    

Wajahnya diraup. Thaqif hampir terlupa bahawa hari ini merupakan hari jadi Erika. Dia teringatkan janjinya dengan gadis itu untuk menyambut hari jadi gadis itu bersama-sama. Bagaimana dia boleh lupa tentang hal sepenting itu?

Tanpa berfikir panjang, pintu almari dibuka. Beberapa helai baju dikeluarkan dari dalam almari lalu dilipat dan dimasukkan ke dalam beg sandangnya.

Jam di tangannya dikerling. Hampir menginjak tujuh malam. Pantas telefonnya dicapai. Dia perlu tempah tiket bas dengan segera agar tidak tergesa-gesa nanti untuk membeli tiket. Dia tersenyum apabila masih ada tiket bas yang tersisa.

"Kau nak ke mana?" soal Qaseh di muka pintu apabila melihat beg yang diisi dengan beberapa helaian pakaian itu.

Thaqif memanggung wajahnya. Dia kembali menundukkan kepalanya. Segera tiket ditempah dua dan membuat pembayaran.

"Kemas baju kau. Ikut aku." Pantas dia bangkit berdiri. Begnya disandang ke bahu.

"Ha? Nak ke mana pula ini? Sekejap lagi dah nak senja. Nanti nenek marah keluar waktu macam ini." tanya Qaseh dengan kerutan di dahinya. Mahu ke mana lagilah jejaka itu sehingga mengajaknya.

"Kuala Lumpur." balas Thaqif tenang. Segera dia menolak gadis itu untuk mengemas barang.

"Kau gila? Waktu macam ini? Kalau nenek tahu memang masak kita. Aku tak nak duduk tepi perigi lagi." bisik Qaseh membantah.

Puan Kalsum memang seorang yang agak tegas. Jika dia dan Thaqif membuat masalah, pasti mereka didenda duduk di tepi perigi sehinggalah tengah malam. Ditemani nyamuk-nyamuk yang kelaparan darah itu. Barulah mereka boleh masuk ke dalam rumah.

Sejak kecil lagi itulah denda yang sering diberikan kepada mereka. Makan dan mandi di perigi itu sebagai denda kerana ulah kenakalan mereka.

"Kali ini saja Qaseh kita buat kerja gila. Please, Qaseh." Thaqif masih berharap gadis itu bakal bersetuju dengan kehendaknya.

Helaan nafas dilepaskan. Akhirnya, Qaseh mengangguk. Dia berjalan ke arah almari baju untuk mengemas pakaiannya. Semuanya dilakukan dengan pantas. Tak buat kerja gila memang bukan Thaqif lah namanya.

"Jom." ajak Thaqif lalu mereka berdua berjalan keluar dari dalam rumah. Kali ini mereka beruntung kerana Puan Kalsum tiada di rumah kerana sejak awal lagi sudah ke masjid.

"Kita nak pergi bandar naik apa?" soal Qaseh sambil mengekori langkah Thaqif.

"Kamal." Laju saja Thaqif melangkah menuju ke arah sebuah rumah yang berjarak empat buah rumah dari rumah mereka itu. Kelihatan seorang lelaki sedang bersantai di atas tangga rumah.

"Kamal! Hantar aku pergi terminal bas!" ujar Thaqif dari halaman rumah itu.

"Tak ada orang lain ke kau nak minta tolong? Aku tak sukalah dengan si botak itu. Menyampah aku dengan perangai gatal dia." gerutu Qaseh dengan wajah menyampah.

"Diam." Mulut sepupunya itu ditekup.

"Buat apa? Bukan aku dapat apa-apa pun kalau tolong kau!" balas Kamal dengan wajah bosan.

"Qaseh ada ini! Takkan kau tak nak tolong dia kut!" Thaqif menyiku lengan Qaseh yang berdiri di sebelahnya.

Qaseh memeluk tubuhnya. Pandangannya dibuang ke tepi. Geram saja apabila dia dimanfaatkan oleh Thaqif. Memang kurang ajar betul!

"Qaseh? Okey jom!" Laju saja lelaki tinggi lampai itu turun dari tangga rumah dan berjalan ke arah kereta miliknya yang terparkir elok di dalam garaj.

"Kau memang nak kena dengan aku Qif." bisik Qaseh sedikit keras apabila Kamal mengundurkan kereta milik lelaki itu dan berhenti di hadapan mereka.

"Bukan selalu." Segera tubuhnya diboloskan ke dalam perut kereta.

Tubuh sepupunya itu dijeling. Qaseh mendengus geram. Dia turut masuk ke dalam perut kereta.

Hanya memakan masa 15 minit ke bandar, kedua-dua sepupu itu segera keluar dari kereta apabila mereka sudah tiba di destinasi mereka. Thaqif kembali menundukkan tubuhnya menatap Kamal.

"Jangan beritahu Nek Sum kau hantar aku dan Qaseh ke bandar. Tutup mulut kau kalau masih nak tengok Qaseh depan mata kau. Kalau tidak, aku tarik kau sekali duduk tepi perigi dengan kita orang." Gaya menzip mulut dibuat.

Sememangnya orang kampung tahu betapa tegasnya Puan Kalsum terhadapnya dan Qaseh. Wanita tua itu tidak segan silu mendenda mereka jika membuat masalah.

"Okey tapi nanti kau belanja aku makan sedap-sedap." Kamal tersenyum.

"Okey." Thaqif menutup pintu kereta.

"Bye, Qaseh! Jaga diri!" jerit Kamal dari dalam kereta

"Ew." Wajah geli ditayang. Pantas kakinya melangkah pergi tanpa menoleh lagi. Meluat Qaseh dibuatnya dengan perangai ulat bulu Kamal itu. Tidak habis-habis mahu menguratnya.

"Kita solat dulu. Masih ada waktu lagi ini." ajak Thaqif sambil melihat waktu bas bakal bergerak.

Qaseh hanya mengangguk setuju. Kewajipan sebagai seorang Muslim yang satu itu perlulah dilaksanakan.

Mereka berdua kembali bertemu apabila selesai solat. Qaseh sejak tadi hanya mengikut saja ke mana Thaqif melangkah.

Usai menamatkan urusan di kaunter. Segera kedua-dua sepupu itu masuk ke dalam bas yang akan membawa mereka ke bandar Kuala Lumpur itu. Thaqif melepaskan nafas lega apabila dia sudah pun duduk di dalam bas.

"Nanti dah sampai kejut." pesan Qaseh apabila dia sudah pun bersandar selesa pada kerusi. Hud ditarik menutupi separuh wajah. Perjalanan yang memakan waktu tiga jam itu tidak akan dia sia-siakan. Lebih baik melelapkan mata kerana sehari suntuk dia sudah lelah keluar dengan Thaqif.

"Hm." gumam Thaqif perlahan. Pandangan dialihkan ke tingkap kaca bas.

Qaseh menyelesakan posisi duduknya. Kepalanya disandarkan pada bahu Thaqif.

Kepala menoleh ke sisi apabila merasakan bahunya sedikit berat. Thaqif hanya tersenyum nipis. Sisi kepala Qaseh disentuhnya agar gadis itu lebih selesa.

Hanya dengannya gadis berperwatakan ganas itu menunjukkan sisi manja dengannya. Mereka membesar bersama-sama. Bagaikan abang dan adik kandung yang sebenar.

Pandangan kembali dilemparkan ke luar tingkap. Telefonnya dikeluarkan dari dalam poket seluarnya. Gambarnya bersama Erfan dan Erika kembali ditatap. Akhirnya setelah beberapa bulan berlalu, dia kembali bertemu dengan mereka yang sudah dianggap persis darah dagingnya itu.

"Qif takkan mungkir janji." getusnya di dalam hati.

" getusnya di dalam hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ForelsketWhere stories live. Discover now