Helmet ditanggalkan dari kepalanya lalu Thaqif turun dari motornya yang diparkir di hadapan bangunan yang menempatkan rumah sewanya. Mesej yang dihantar oleh Erfan itu dibalasnya.
Saat dia mengangkat wajahnya, Thaqif tersentak apabila kolar bajunya digenggam dan didorong ke hadapan. Tanpa sempat dia bersuara, wajahnya sudah menjadi mangsa buku lima seseorang sehingga jatuh terduduk.
Buk!
Thaqif menyeringai kesakitan. Hujung bibirnya yang terluka disentuhnya. Pantas kepalanya didongak mencari si pelaku.
"Apa masalah kau?" soalnya kasar. Pantas dia bangkit berdiri menghadap Jamie.
Wajah itu ditatap tajam. Rasa amarah menguasai diri apabila dia diserang secara tiba-tiba itu. Lelaki itu memang tidak habis-habis mengganggu hidupnya.
Sekali lagi tubuhnya didorong ke hadapan apabila Jamie menggenggam kolar bajunya. Mereka berbalas pandangan dengan tatapan yang penuh rasa benci.
"Aku dah pernah kata yang kau tak akan terlepas, Thaqif." ujar Jamie.
"Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku? Aku tak ganggu hidup kau. Jadi kau sepatutnya tahu batas kau di mana." Dengan nada jengkel Thaqif bersuara.
Jamie tidak habis-habis ingin mencari pasal dengannya. Entah apa yang lelaki itu berdendam dengannya. Sering saja mengganggunya.
"Kau punca, Thaqif. Kalau bukan sebab kau, mungkin markah assignment aku takkan seteruk itu." tutur Jamie dengan rasa dendam.
Kepalanya menunduk. Thaqif terhibur apabila kesalahan itu diletakkan di atas bahunya. Dia kembali membalas pandangan itu. Tangan Jamie yang menggenggam kolar bajunya digenggam.
"Jangan jadi budak-budak. Kau sendiri tahu salah kau dekat mana. Kau sendiri yang tak buat bahagian kau dan hanya aku dengan Erfan yang buat semuanya. Fikir pakai otak." Tangan Jamie ditolak kasar.
Bajunya dibetulkan. Segera dia berpaling ingin melangkah pergi tetapi Jamie menarik bahunya lalu sekali lagi wajahnya menjadi mangsa tumbukan lelaki itu.
Lidahnya menolak bahagian dalam pipinya. Thaqif menggenggam penumbuknya. Baru saja dia ingin menghayun penumbuknya, dia tersentak apabila Jamie jatuh menyembah bumi.
Semuanya gara-gara Erika yang melempar beg sekolahnya dan tepat kepala lelaki itu menjadi targetnya. Tangan disilangkan ke dada dengan penuh rasa bangga apabila serangannya mengena.
Dengan wajah terkejut Thaqif memandang ke arah gadis itu. Erika benar-benar berani menyerang tanpa berfikir dua tiga kali.
"Kau lagi." Jamie merasakan cukup marah lalu segera dia bangkit dan bertindak menyerang gadis itu.
Serangan jejaka itu dielaknya. Erika mendorong Jamie ke arahnya. Tubuhnya dibaringkan di antara celahan kaki lelaki itu. Sebelah kakinya didaratkan pada perut Jamie lalu dengan pantas tubuh itu dibanting ke belakang.
Jamie menyeringai kesakitan apabila belakang badannya terhentak pada jalan.
Erika segera berdiri. Pinggangnya disentuh. "Fuh. Terror juga aku ini. Tapi berat juga dia ini. Sakit pinggang aku."
Buat beberapa saat, dia menggerakkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan agar pinggangnya tidak merasakan begitu sakit. Dia melangkah ke arah Thaqif yang sejak tadi memerhatinya. Wajah bersahaja ditayang. Badan ditundukkan ingin mengambil begnya kembali.
Membulat matanya apabila Thaqif menariknya. Kedua-duanya serentak memandang Jamie yang jatuh betul-betul di sebelah mereka. Segera kedua-duanya menoleh ke belakang. Kelihatan Erfan yang menayang senyuman sinis.
![](https://img.wattpad.com/cover/344803381-288-k409197.jpg)
YOU ARE READING
Forelsket
RomanceRomance | On going Inspired by Secretly, Secretly But Unable To Hide It _________ Erika Dayana merupakan seorang gadis yang sering menyelesaikan masalah dengan kekerasan. Malah namanya juga sudah tidak asing lagi di bilik disiplin. Kerana sudah bebe...