22

56 9 1
                                    

Perlahan saja kaki itu melangkah di sisi jalan itu. Orang ramai yang lalu-lalang di tengah bandar itu dipandang sepi. Benar-benar merasakan hatinya sedikit kosong.

Erika menatap layar telefon pintarnya. Masih berharap bahawa Thaqif akan mengucapkan selamat ulang tahun kepadanya tetapi hampa. Tiada.

Tanpa sedar kakinya berhenti di hadapan bangunan yang menempatkan rumah yang pernah disewa jejaka itu. Dipandang kosong rumah yang gelap gelita tanpa sebarang cahaya itu.

Telefonnya dihidupkan apabila telefonnya sedikit bergetar. Mesej Erfan yang menanyakan keberadaannya itu dibalas. Pasti jejaka itu bakal marah dengannya kerana masih tidak pulang-pulang semenjak keluar bersama Keisha dari siang tadi.

Abang. Jemput aku. Dekat tempat kerja Qif dulu.

Badan dipalingkan untuk melangkah ke arah kedai serbaneka yang pernah menjadi tempat kerja Thaqif. Usai dia membeli minuman, punggung dilabuhkan di atas kerusi yang tersedia di hadapan kedai.

Penutup botol minuman dibuka lalu air diteguk kerana kehausan akibat lelah berjalan kaki.

Membulat matanya apabila tiba-tiba saja dia mendapat panggilan daripada Thaqif. Botol minuman diletakkan di atas meja. Telefon yang diletakkan di atas meja itu dicapai. Tubuhnya ditegakkan. Segera panggilan dijawab.

"Selamat hari jadi, Eri."

Suara garau yang bernada rendah dan cukup lembut itu bersuara di hujung talian. Senyuman Erika pantas melebar. Rindunya sedikit terubat.

"Eri ingat Qif lupa." tuturnya sedikit sayu.

"Eri dekat mana?"

"Tempat kerja Qif dulu. Tunggu Fan ambil. Tadi Eri keluar dengan Keisha." balas Erika perlahan.

Kedua belah kakinya dihayunkan ke depan dan ke belakang. Seronok apabila akhirnya dia dapat mendengar suara Thaqif. Setelah berbulan-berbulan jejaka itu mendiamkan diri, akhirnya dia diberikan peluang untuk mendengar suara itu lagi.

"Tunggu sekejap. Bagi Qif sepuluh minit."

Berkerut dahi Erika kerana keliru. Dia tidak bertanya lebih. Masing-masing kembali membisukan diri walaupun talian masih bersambung.

"Eri. Pandang depan."

Mendengar saja arahan itu, pantas kepalanya dipanggung untuk menghalakan pandangannya ke hadapan. Kali ini dia benar-benar terkejut dengan sosok tubuh itu yang berdiri di seberang jalan sana. Segera dia bangkit berdiri.

"Biar Qif yang ke sana. Eri tunggu situ."

Erika yang ingin melangkah kembali berdiri tegak. Dengan penuh sabar menunggu jejaka itu menghampirinya yang menanti di situ.

Wajahnya tidak usah cakap, cukup gembira apabila Thaqif memunculkan diri di situ. Sungguh kegembiraannya tidak mampu diucapkan dengan kata-kata.

Panggilan dimatikan apabila kini mereka sudah pun berdiri berhadapan.

"Selamat hari jadi, Erika Dayana. Qif tak lambat, kan?" ucap Thaqif dengan senyuman manis.

Erika tergelak kecil. Kepalanya diangguk. Jarum jam masih menunjukkan pukul 11.30 malam.

"Qif pergi mana? Kenapa tak mesej atau call Eri? Selepas saja Qif pergi, hari-hari Eri tunggu Qif mesej. Fan pun sama." tuturnya meminta penjelasan. Anak matanya menikam tepat anak mata berwarna coklat cair itu.

"Maaf. Sebenarnya ibu Qif sakit waktu itu dan Qif ada masalah sikit. Qif agak sibuk." balasnya perlahan.

Kepala hanya dianggukkan dengan balasan lelaki itu. Erika tidak mahu bertanya lebih tentang itu lagi.

ForelsketWhere stories live. Discover now