16

60 9 0
                                    

Erika tersentak apabila Keisha menyenggol bahunya ketika dia sedang fokus ke arah guru yang mengajar di hadapan kelas. Kepala menoleh ke arah teman sebangkunya itu. Sebelah keningnya dijongketkan.

"Kau tahu pasal Arissa kena serang dengan budak kelas belakang? Aku tak pasti sebab apa tapi Arissa tak melawan macam dia bergaduh dengan kau." cerita Keisha perlahan. Sekadar untuk didengarinya dan Erika.

Tangan yang mencatat setiap patah perkataan gurunya yang dirasakan cukup penting itu mula terhenti. Erika memanggung wajahnya memandang ke arah Arissa yang cukup fokus. Dia kembali memandang Keisha.

"Kau tahu dari mana?" soalnya perlahan. Berkerut dahinya. Tidak pula dia mendengar desas desus dari murid sekolah itu.

"Aku nampak sendiri. Dah kali kedua." jelas Keisha.

Serentak kedua-duanya memandang ke arah buku apabila guru yang mengajar di hadapan kelas memusingkan tubuh menghadap seisi kelas. Erika dan Keisha sempat memberikan isyarat mata di antara satu sama lain.

Kring!

"Terima kasih, cikgu!"

Sebaik sahaja guru tersebut melangkah keluar, murid kelas itu turut keluar seorang demi seorang kerana sudah tiba waktu rehat. Masing-masing ingin mengisi perut.

Erika yang baru ingin melangkah pergi terus ditarik Keisha sehingga membuatnya kembali terduduk di atas kerusinya. Berkerut dahinya dibuatnya.

"Apa dia?" soalnya kehairanan. Kepalanya sudah terngiang-ngiang nasi ayam mak cik kantin. Ini kalau terlambat memang habislah.

"Pasal Arissa lah. Aku nak tunjuk ini." Telefon dikeluarkan secara senyap-senyap dari bawah meja. Sebuah rakaman ditunjukkan kepada sahabatnya itu.

Erika menonton rakaman itu dengan senyap. Hairan apabila gadis itu tidak melawan seperti kebiasaannya. Selalunya ketika bergaduh dengannya, Arissa cukup berani melawan dan naik tangan.

"Alah biarlah dia. Bukan hal aku. Aku lapar." Segera dia bangkit dari duduknya. Langkahnya dibuka besar.

"Eh Eri!" Keisha mendengus geram apabila gadis itu meninggalkannya seorang diri. Telefonnya disimpan kembali sebelum langkahnya dibawa mengejar langkah Erika yang sudah jauh.

"Aduh!"

Hampir saja Keisha terjatuh ke belakang tetapi dia sempat mengimbangkan tubuhnya. Namun, tidak mangsa yang dirempuhnya. Segera tangan itu dipegang untuk dibantu bangun.

"Sorry. Sorry. Aku tak sengaja." ucapnya sedikit gelabah.

Buat seketika, Keisha terpaku apabila melihat tangan yang berlebam itu. Pantas wajahnya dipanggung. Arissa.

Arissa menepis tangan Keisha yang cuba membantunya bangun. Terus dia bangkit sendiri lalu menapak pergi.

Langkah pelajar perempuan itu diperhati Keisha. Perlahan-lahan pandangannya turun ke arah Arissa yang sehabis baik cuba menyembunyikan lebam di tangan gadis itu.

"Nampak macam teruk." bisiknya perlahan. Tubuh itu diperhati sehingga hilang dari pandangan.

"Eh Eri." Dia kembali teringat Erika yang sudah pergi meninggalkannya. Pantas langkah besar dibuka.



"Kau temanlah aku." Keisha cuba meminta pertolongan daripada sahabatnya itu. Tali beg yang sedikit melorot jatuh dari bahunya dibetulkan. Kakinya begitu setia melangkah mengekori Erika yang langsung tidak peduli dengannya.

"Kau ini baik sangat. Biarlah dia itu. Hal dia. Kita tak payah sibuk." tukas Erika cuba menolak.

Pantas Keisha berdiri di hadapan gadis itu. Tangannya didepakan untuk menghalang jalan Erika. Wajahnya ditayang masam kerana kata-kata yang dilontarkan sahabatnya itu.

ForelsketTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang