"Meow." Erika memanggil anak kucing itu. Senyumannya melebar apabila anak kucing tersebut terkedek-kedek berlari ke arahnya. Segera dia mengangkat anak kucing tersebut dan dibelainya.
"Comelnya." pujinya.
Gina melangkah merapati anak saudaranya yang menantinya di hadapan restoran, tempatnya bekerja itu. Bungkusan di tangannya dihulurkan ke arah gadis itu.
Segera Erika bangkit dari bercangkung di tepi jalan itu. Anak kucing itu sempat diletakkan kembali ke atas jalan.
"Aku balik lambat sikit. Kau dengan Erfan makanlah dulu." pesan wanita itu.
"Okey." Bungkusan makanan itu diambil lalu disimpan di dalam totebag yang disangkut pada bahunya. Anak matanya masih melekat pada anak kucing tersebut.
"Gina. Aku nak anak kucing itu." pinta Erika dengan wajah datar. Jari dituding ke arah anak kucing yang bermain sendirian itu. Tidak kelihatan mana-mana kucing dewasa atau anak kucing lainnya.
"Tak payah. Buat kotor rumah saja." halang wanita itu. Gina kurang gemar apabila rumahnya mempunyai haiwan peliharaan.
"Ada aku kisah?" Erika menjelirkan lidahnya lalu dia mengangkat kembali anak kucing tersebut.
"Kau ini. Melawan saja kerjanya." Tangan naik ingin memukul anak buahnya itu tetapi gadis itu lebih pantas mengelak.
"Nanti aku belilah makanan dia semua. Aku tak pakai duit kau pun." rungut Erika dengan wajah masam.
"Kau ini..."
"Bye." Erika terus memusingkan tubuhnya untuk melangkah pulang ke rumah.
Gina hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Lelah mahu memarahi gadis itu. Akhirnya, dia juga yang akan kalah dan bakal merasakan sakit hati. Tubuh dipalingkan lalu dia bergegas ke arah pelanggan yang baru saja mengambil tempat duduk di meja makan.
"Aku nak letak nama kau apa, ya?" gumam Erika kepada anak kucing itu.
Senyumannya cukup mekar apabila membelai anak kucing tersebut. Benar-benar merasakan teruja. Sudah lama dia menginginkan seekor kucing tetapi dia masih ingat bagaimana ibunya, Suraya yang begitu alergik pada kucing.
"Aku jadi sedih bila aku teringatkan ibu aku. Kau pun tak ada ibu. Macam aku, ke? Tapi kalau kau mesti hilang ibu, kan? Kucing sayang sangat anak dia. Kalau aku berbeza, aku kena buang." ujarnya dengan senyuman yang kian pudar.
Kepalanya mendongak ke atas apabila dia merasakan ada rintik-rintik hujan yang mulai membasahi wajahnya. Sebelah tangan menadah ke hadapan.
"Nak hujan." bisiknya. Segera totebag dijadikan sebagai pelindung buat anak kucing tersebut dari terkena tempias hujan apabila hujan mulai turun lebat.
Mata tertancap ke arah deretan kedai yang terletak lebih kurang 50 meter darinya. Kaki mula berlari anak untuk berteduh sebentar. Anak rambut yang melekat pada wajahnya dek hujan itu diraup ke belakang.
Kepala didongak memerhati hujan yang turun dengan lebat. Seketika hatinya merasakan sakit apabila terkenangkan kisah lalu. Kisah yang cukup perit dan sangat dibencikannya untuk mengenangkannya.
"Macam waktu ibu tinggalkan aku. Waktu hujan." ungkapnya sayu.
Pandangannya kosong apabila mendengarkan perbincangan di antara keluarga itu. Erika yang duduk di atas anak tangga hanya diam membisukan diri.
"Mak. Along janji yang along akan balik juga nanti. Suami along kena pindah ke sana. Along mestilah ikut." tutur Suraya menabur janji.
Puan Zahara yang duduk berhadapan dengan Suraya membisukan diri. Gina yang berada di sisinya juga langsung tidak mengatakan apa-apa. Erfan pula hanya diam memasang telinga.

ANDA SEDANG MEMBACA
Forelsket
RomanceRomance | On going Inspired by Secretly, Secretly But Unable To Hide It _________ Erika Dayana merupakan seorang gadis yang sering menyelesaikan masalah dengan kekerasan. Malah namanya juga sudah tidak asing lagi di bilik disiplin. Kerana sudah bebe...