05

88 10 0
                                    

"Kau gaduh?" Erfan menghentakkan meja makan.

"Kau ini terhentak-hentak meja makan aku. Kalau patah, kau ganti tak apa juga, ini aku yang kena beli baru." tegur Gina sambil menatap tajam anak saudaranya itu. Sesudu mee goreng disuap ke dalam mulutnya.

"Maaf, maksu." ucap Erfan lalu dia menarik kerusi kosong dan melabuhkan punggungnya di situ.

Erika yang sedang sibuk bersarapan itu kembali ditatap. Pandangannya menikam tajam anak mata adiknya itu.

"Kau gaduh?" soal Erfan sekali lagi.

"Hm." gumam Erika malas.

Gina tidak mengambil pusing tentang hal yang ingin dibincangkan anak-anak saudaranya itu. Sudah tiba waktunya dia pergi kerja.

"Aku pergi dulu. Erfan nanti kau keluar, pintu jangan lupa kunci." pamit Gina. Begnya dicapai lalu melangkah keluar dari rumah.

"Assalamualaikum, maksu." sapa Thaqif ramah bersama senyuman. Dia menanti Gina yang membuka pintu pagar rumah.

"Waalaikumussalam. Ada kelas ke pagi ini?" Anak muda itu dipandangnya.

"Haah. Erfan dah bangun?"

"Ada itu dekat dapur. Kau pergilah sarapan sekali dengan budak dua itu. Aku nak pergi kerja." balas Gina sebelum melangkah pergi.

Thaqif memandang kepergian Gina itu lalu dia masuk ke dalam rumah tersebut. Kelihatan Erfan dan Erika duduk berhadapan di meja makan. Ruang kosong di sebelah sahabatnya itu menjadi pilihannya.

Dengan senyap Thaqif mencapai pinggan dan garfu yang sudah tersedia di atas meja makan itu lalu sesendok mee goreng dicedok masuk ke dalam pinggannya. Dia hanya diam memerhati suasana yang tegang di antara adik-beradik itu.

Pasti tentang perihal Erika yang memukul Jamie semalam menjadi topik perbincangan mereka. Dia lah yang menceritakan segalanya kepada Erfan.

"Aku dah banyak kali pesan, Erika Dayana. Jangan bergaduh. Kau itu perempuan. Yang kau pukul semalam itu lelaki tahu, tak? Jamie. Dia bukan jenis yang akan lepaskan orang sesenang itu. Dia itu kuat berdendam." marah Erfan.

"Jadi?" Teh O panas disisip sedikit. Erika membalas pandangan abangnya itu.

Erfan mendengus geram. Kenapa susah sangat untuk menasihati adiknya itu? Erika terlalu keras kepala. Wajahnya ditundukkan. Dia mula mengunyah perlahan makanannya.

"Old man."

Terhenti suapan Erfan. Kepala dipanggung menatap Erika di hadapannya yang selamba menyisip air tanpa rasa bersalah.

Thaqif pula hanya diam. Tidak mahu masuk campur. Jika dia menyibuk, dia pula yang terkena tempiasnya nanti. Tenang saja dia menikmati sarapannya seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Eri cakap apa? Ulang balik." arah Erfan. Terbakar saja hatinya apabila mendengar bicara gadis itu.

"Old man. Kenapa? Salah?" ulang Erika selamba.

"You shouldn't talk back."

"I'm not. I'm spilling the facts." balas gadis itu tenang. Beg sekolahnya dicapai lalu disandang ke bahunya. Tangan Erfan ditarik dan disalam.

Dia melambai ke arah Thaqif sebelum melangkah ke pintu rumah untuk menyarung kasut di kakinya. Thaqif membalas dengan senyuman sahaja.

"You little demon! Cuba jaga mulut itu!" marah Erfan cukup geram. Adiknya itu tidak pernah ingin menyenangkan hatinya. Ada saja tingkah gadis itu sehingga membuatnya naik angin.

ForelsketWhere stories live. Discover now