"Kau rasa mana yang lagi lawa?" Atiya menanyakan pendapat tentang kasut lelaki di hadapannya itu.
Thaqif mula naik bosan dengan gadis itu. Tangannya sibuk bermain dengan telefonnya. Apa yang gadis itu mahu, pilih sajalah. Dia terima saja.
Keluhan dilepaskan.
"Kau pilih saja. Aku okey saja mana-mana." ujarnya bosan.
Skrin telefon kembali ditatap. Tanpa sedar tangannya menekan gambarnya bersama Erfan dan Erika ketika mereka berkunjung ke taman hiburan itu. Hanya dirinya dan Erika yang tersenyum lebar. Manakala Erfan sekadar tersenyum nipis.
Dia jadi serba salah apabila mengingatkan bagaimana dirinya pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada adik-beradik itu. Sejak dia pergi begitu saja, dia bertindak mendiamkan diri dan menjauhkan diri.
Bukan kerana dia tidak menganggap mereka cukup penting buatnya tetapi dia tidak tahu bagaimana mahu memberitahu tentang perkahwinannya yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Lebih-lebih lagi Erika yang langsung tidak tahu tentang statusnya sebagai tunangan orang itu.
"Qif! Aku cakap dengan kau ini!" bentak Atiya tidak berpuas hati apabila jejaka itu hanya memekakkan telinga saja dengan soalannya.
Air mukanya berubah apabila jejaka itu sibuk dengan telefon. Langsung tidak memberikan perhatian kepadanya. Kesal dia dibuatnya dengan sikap endah tak endah lelaki itu.
Tanpa berfikir panjang, telefon di tangan lelaki itu dirampasnya. Pantas disimpan ke dalam beg tangan miliknya.
Berkerut kening Thaqif dibuatnya dengan tindakan gadis itu yang baginya sudah melampaui batas. Membara hatinya disebabkan Atiya.
"Pulangkan balik." Tangan dihulur di hadapan gadis itu. Meminta gadis itu memulangkan kembali telefon kepunyaannya itu.
Atiya hanya memandang tangan yang dihulur ke arahnya itu. Tubuhnya dipalingkan semula menatap susunan kasut lelaki itu.
"Mana yang lagi lawa?" soalnya berpura-pura tidak mendengar permintaan jejaka itu.
Thaqif mengetap giginya rapat. Mengapa sikap gadis itu sering saja membuatnya kesal?
"Jangan terlalu sibuk mengejar seseorang yang bukan milik kau." ujarnya sebelum melangkah pergi. Membiarkan gadis itu bersendirian di situ.
Sosok tubuh Qaseh yang menanti di luar kedai dihampiri. Hatinya berdongkol geram dengan perangai Atiya yang baginya sering bertindak sewenang-wenangnya mengikut kehendak gadis itu.
"Aku nak balik." tutur Thaqif kepada Qaseh yang sibuk bermain permainan video itu.
"Dah, ke?" tanya Qaseh hairan. Tangan kanan dan kiri jejaka itu dipandang. Kosong. Tiada sebarang beg kertas atau plastik sebagai tanda jejaka itu membeli barang.
"Aku tak suka dengan perangai Atiya. Bila aku suruh dia pilih ikut saja apa yang dia nak sebab aku okey saja, dia tak terima. Dia nak juga aku yang pilih. Selepas itu, dia ambil telefon aku." adunya geram.
Bagaimana sikap gadis itu nanti apabila mereka sudah mendirikan rumah tangga? Mengongkongnya? Sebelum ini, dia pernah cuba berbaik dengan gadis itu. Cuba menerima Atiya tetapi semakin dia mengenali gadis itu, semakin dia merasakan mereka bukanlah pasangan yang serasi.
"Aku peninglah dengan kau orang ini. Seorang macam ini. Lagi seorang macam itu pula. Sabarlah sekejap. Aku panggil dia. Kita balik." tutur Qaseh lalu masuk ke dalam kedai untuk mencari Atiya.
Thaqif menyilangkan tangannya. Kalaulah Erika ada bersamanya, pasti gadis itu tidak mahu melihat dirinya seperti ini. Sudah tentu gadis nakal itu akan berdiri di hadapannya dan melindungi dirinya.
YOU ARE READING
Forelsket
RomanceRomance | On going Inspired by Secretly, Secretly But Unable To Hide It _________ Erika Dayana merupakan seorang gadis yang sering menyelesaikan masalah dengan kekerasan. Malah namanya juga sudah tidak asing lagi di bilik disiplin. Kerana sudah bebe...