"Awak cintakan Ammar Abdullah?" - Thariq "Saya suka karya beliau bukan penulisnya." - Arra Pertemuan yang tak terduga, mampu merubah segalanya. Hadirnya lelaki itu memberi inspirasi pada Arra untuk menjadi peribadi yang lebih baik dari sebelumnya, sepertimana bulan purnama yang menghiasi gelapnya malam begitulah Arra memandang Ammar. Thariq Al Hadi, seorang penulis yang merahsiahkan identiti sebenarnya sehinggalah dia bertemu dengan Arra salah seorang penggemarnya yang berani menjadi diri sendiri di hadapanya tanpa harus berpura-pura. Persahabatan mereka terjalin bertahun lamanya, dan Thariq memutuskan untuk memberitahu hal yang sebenar kepada Arra siapakah diri disebalik Thariq Al Hadi itu kerana hatinya sudah cinta seutuhnya. Dia tidak mahu kehilangan Arra hanya kerana kesilapan diri sendiri. Namun Arra tetap dengan pendiriannya. Dia enggan mahu menyatakan cinta pada Ammar walaupun sebenarnya hatinya juga sudah terjatuh hati, dia tak mahu mengiyakan persepsi orang ramai yang mengatakan dia gemar membaca buku hanya kerana cinta pada penulisnya. Konflik antara mereka dimulai. Haruskah akur dengan keadaan atau perjuangkan si dia yang menerima kekurangan.
41 parts