[Republish]
Chika's pov
Tepukan gemuruh bergema tatkala pengetua akhirnya berundur setelah hampir setengah jam berucap. Seterusnya ketua pelajar kesayangan semua, Jackson Wang, mengambil alih majlis.
"Terima kasih kepada tuan pengetua kerana memberi ucapan semangat kepada para pelajar. Diharapkan para pelajar dapat mengambil iktibar dan terus membawa kecemerlangan ke sekolah."
Allahu, pelajar-pelajar cemerlang cikgu semuanya dah shahid dah pun ni. Ternganga-nganga mengalahkan badak air dekat belakang ni.
Aku terasa badan aku digoncang. Minha di sebelah kanan menyuruh aku untuk bangun dan duduk dengan tegak. Oh, aku pun antara pelajar yang shahid tulah. Yang masih berjuang dari awal hanyalah Minha dan Suyeon, manakala aku dan Jiwon terlebih dahulu terbabas waktu pertengahan ucapan pengetua tadi.
"Hei Jiwon, bangunlah! Kepala kau berat gila." aku menolak kepala Jiwon dari bersandar di bahu aku. Mata Jiwon serta merta terbuka luas. Dia menguap.
"Oh, dah habis dah? Syukur..." Jiwon menguis-nguis matanya dengan kekura tangan.
"Baru je. Kau ni lain kali cubalah tahan sikit ngantuk tu. Kita dahla duduk bahagian depan. Nasib cikgu tak perasan tau."
"Dah ucapannya pun panjang berjelar. Aku rasa dia ni tersilap baca jampi nak buat orang tidur pun ada." seloroh Jiwon. Sekali kena shush dengan Suyeon. "Eh, aku je kena marah? Chika pun tidur jugak."
"Sama ja korang berdua. Tapi kau tu nampak sangat."
"Ceh! Maaflah aku bukannya gadis sopan macam korang berdua-" kena shush lagi dengan Suyeon.
Aku tergelak tengok pentelingkahan antara diorang bertiga. Jiwon merengus lalu menyandarkan diri pada aku. Pelan-pelan aku belai rambutnya.
Dengan berakhirnya kata-kata dari tuan pengetua, maka bermulalah festival annivesary sekolah yang ke-10 tahun. Untuk kali keduanya Pengetua diminta kedepan bersama-sama beberapa staf atasan untuk sesi pemotongan kek. Confetti diletupkan, suara riang dan tepukan kedengaran memenuhi suasana.
Walaupun kek tersebut nampak menyelerakan dan malangnya kami yang murid-murid ni tak dapat nak rasa, bukan tu yang menyebabkan kegelisahan dalam perut aku sekarang. Satu persatu para pembuat persembahan mempersembahkan persembahan mereka. Aku tunggu dan tunggu untuk peluang Bangtan tiba. Biasalah Minha bagitau aku, diorang selalu dapat perform last sekali. Siapalah yang uruskan giliran persembahan ni?
Tapi berbaloi tunggu.
"Hebat, hebat sungguh murid-murid sekolah ini! Persembahan yang menakjubkan. Tapi kita tak akan berhenti disini saja. Sekarang tibalah masanya untuk persembahan yang kita semua nanti-nantikan. Juara menyanyi daerah Seoul kategori sekolah menengah lima kali berturut-turut, kumpulan menyanyi yang menjadi pertama sekolah dan sering membawa nama baik sekolah di mana-mana saja mereka berada... mempersembahkan BTS!"
Lampu dewan tiba-tiba dipadam. Bergema dewan jadinya dengan murid-murid yang bersorak sakan. Dalam suasana yang gelap, aku nampak tujuh orang menuju ke tengah pentas. Hati aku makin berdebar-debar apabila muzik mula dimainkan dan lampu di pentas dinyalakan serentak. Terpapanglah tujuh lelaki segak bergaya memulakan persembahan dengan tarian yang bertenaga. Makin galak anak-anak dara berfangirl di bawah melihat bertapa kacaknya sang buah hati, bertapa lincah dan hebatnya mereka menari.
"Wei, wei- diorang nak perform mic droplah sial." seorang pelajar perempuan sudah mula ibarat histeria. Lagu favoritelah tu.
"J-HOOOOPPPPPPEEEE!"
Bapaklah Hoseok. Hensem gila dengan hairstyle rambut belah tu!
"MIC MIC BUNGEE!!"
Satu dewan ikut menyanyi dengan penuh semangat apabila tibanya giliran Yoongi. Boleh tahan eh tokwan ni.
YOU ARE READING
Skinny Love
Fanfiction"Peek from a distance, will I lose you, if I touch your hand?" Hati aku sangat kecil, bahkan hampir tidak kelihatan. Jadi katakan kepadaku, wahai kamu, bagaimanakah hati sekecil ini mampu diletakkan kesedihan yang sebegitu besar? Dan merek...