46 [OLD VER.]

42 4 0
                                    


Malam tu, keluarga Han buat satu perbincangan penting di ruang tamu. Setelah difikirkan masak-masak, Chika setuju untuk hadiri program terapi dengan seorang pakar terapi yang disyorkan oleh Junho.

Dan lusa dia pergi.

"Ok. Berdasarkan perbualan kita tadi, awak masih mengalami anxiety ini disebabkan trauma zaman kanak-kanak. Dari apa yang saya faham, awak risau yang orang yang awak kenal ada berniat jahat kepada awak. Awak takut untuk percaya orang. Awak beritahu saya, sekiranya kawan-kawan awak tahu tentang masalah awak ni, mereka akan layan awak hanya disebabkan kesian dan kutuk awak dari belakang. Adakah saya betul?" tanya doktor wanita
itu di kerusinya, Doktor Kim Jongeun.

"Ya. Betul tu."

"Boleh awak jelaskan lagi tentang trauma awak? Maksud saya bagaimana dia berlaku dan bila."

Chika mengambil nafas dalam-dalam, "Ok."

Ok, aku give up. Menyesal datang sini.

Setengah jam kemudian Chika akhirnya keluar dari Bilik 3 bersama Jongeun dibelakang. Di sofa di luar bilik tersebut, Junho dan Taehyung sedang menunggu Chika. Junho pantas bangkit menghampiri Jongeun apabila dia nampak dua orang itu. Tempat duduk Junho kemudian diambil Chika.

"So? Amacam?" tanya Taehyung.

Chika menyapu matanya yang kering, "Macam aku kena soal siasat sebab bunuh anak orang. Kau cuba bayangkan bila aku dah habis bercakap, dia macam tau-tau je aku tak cerita penuh. Kalah mak cik bawang jiran sebelah."

Taehyung gelak. "Eh, balang ni untuk apa? " dia menunjuk balang kaca yang dipegang Chika sejak keluar dari Bilik 3 tadi.

"Oh, ni? Hmm, you can say it's a homework- lebih kuranglah. Doktor kata setiap kali anxiety datang, aku kena tulis sebab-sebabnya dekat kertas kecil dan simpan dalam ni. Seterusnya cuba fikir secara positif tentang perkara tu. Setiap malam aku kena baca satu kertas 'anxiety' dan satu kertas 'positif' sebelum tidur." kata Chika. Taehyung mengangguk faham.

Selepas seketika Junho kembali menemui mereka berdua. Dia beri buku appoinment milik Chika kepadanya.

"Appoinment seterusnya dua minggu dari sekarang. Simpan elok-elok tau buku tu. Ke nak oppa tolong simpankan?"

"Takpalah, Chi simpan. Tak konfiden ah nak suruh orang jaga, lagi-lagi awak. Buat pasal hilang dekat office karang."

"Elelele, kau pun sama pelupa," Taehyung mencucuk-cucuk pipi Chika yang gebu.

"Huh, bukannya aku yang mintak nak jadi pelupa dalam usia ni!"

"HAHAHA nenek pelupa-"

"Grr..." mata Junho mencerlung ke arah Taehyung, memberi amaran dalam senyap yang membunuh.

Perlahan-lahan, Taehyung tarik tangan dia, "Aha... ha... "

Taehyung terimbas perbualan dia dan Junho tempoh hari.

"Kau dah couple dengan adik aku jangan nak touchy-touchy. Kalau tak sampai jenjang pelamin lagi jangan nak berfirst kiss bagai. Aku sebagai abang dia haramkan semua tu."

"Iya, iya..." angguk-angguk Taehyung sekadar tak nak ditambah bebelan lelaki itu lagi.

Mati kalau Junho tau perkara sebenar.

"Dah, dah. Tak payah nak bersweet-sweet depan aku. Eomma tengah tunggu dekat rumah tu." kata Junho lalu mengangkat langkah dahulu. Chika dengan Taehyung mengikut selepas berkata, "Baik."

Telefon Chika bergegar dalam poket seluar ketika mereka ingin memasuki kereta; Minji telah menghantar mesej.

Taehyung perhati Chika tersenyum membaca mesej tersebut.

Skinny LoveWhere stories live. Discover now