UNTUK HARI-HARI SETERUSNYA dan sehinggalah sehari sebelum hari pertandingan, pasukan koir SKBH telah mengadakan latihan harian di pentas dewan setiap kali sekolah tamat selama sejam. Untuk setiap hari Ahad, Rabu dan Sabtu pula, latihan diadakan di bilik muzik.
Hari demi hari latihan berlalu, dan hari pertandingan akhirnya tiba jua.
Pertandingan koir antara sekolah ini berlangsung di sebuah pusat membeli belah area pekan. Kami menumpang di sebuah sekolah rendah di belakang pusat membelah belah itu untuk persiapan.
Setelah lama berada di dalam, aku keluar dari toilet siap berpakaian kemeja putih dan berseluar slack. Ahyeon tolong ikat rambut aku jadi sanggul dan dikepitkan dengan bunga hiasan jenis klip. Untuk sentuhan terakhir, setiap orang diberikan bow tie.
Selepas aku dan Ahyeon selesai urusan di tandas, kami terus ke dewan terbuka sekolah ini untuk proses seterusnya. Iaitu make up.
Sampai di dewan, ahli koir lain sudahpun membuat barisan untuk menunggu giliran untuk disolek. Masuk ke dalam barisan, aku kemudian nampak Hyun Ae, yang masih memakai seluar sukan, sedang dimarah cikgu.
"Kan cikgu dah pesan berkali-kali sebelum ni beli seluar slack?" cikgu itu menggeleng, nampak kusut kepala. Datang seorang lagi cikgu kemudian lalu diberikannya satu bungkusan dalam plastik.
Bungkusan dibuka. Ada sepasang seluar slack baharu dikeluarkan. Cikgu berikan seluar slack tu kepada Hyun Ae.
"Nah. Pergi tukar seluar cepat. Nanti nak make up pulak lambat." arah cikgu seakan menggesa. Hyun Ae hanya mengangguk lalu pergi sambil berlari anak.
Aku tengok tubuh kecil itu menghilang. Jarang nak nampak Hyun Ae kena marah dengan cikgu dan dia nampak sedih sangat.
"Siapa yang dah siap tukar baju tu boleh datang sini nak make up!" panggil seorang akak muda pula sambil melambai berus blusher ke arah kami. Barisan yang terhenti disebabkan scene tadi, kembali fokus untuk giliran masing-masing.
Akhirnya sampai giliran aku untuk disolek. Aku duduk di atas kerusi yang tersedia. Muka aku tadahkan kepada kakak di hadapan aku ini. Aku dengar dia anak cikgu. Dia pandang aku untuk beberapa saat.
"Muka dah putih. Nak bedak lagi?" soalnya. Belum sempat aku nak buka mulut dia memintas. "Letak sikitlah. Tutup mata."
Jadi aku pejamkan mata. Tangan dia mula lincah membuat kerja. Aku dapat rasakan bulu berus bermain atas muka aku. Geli masuk hidung. Dari masa ke semasa aku cuba nak buka mata, tapi akak ni terlebih dahulu suruh aku pejam balik sebab nak letak eyeshadow pula. Diteruskan dengan blusher dan gincu.
"Ok, dah comel. Next!"
Akhirnya! Tanpa berbuang masa aku bangkit untuk mencari cermin. Tak silap tadi aku ada nampak cermin entah siapa punya bergerak dari orang ke orang.
Oh... hmm. Aku memuncung melihat hasil tangan kakak.
Aku membelek muka sendiri. Bukan tak puas hati dengan hasilnya tetapi, terasa macam beria sangat penampilan aku ni. Kulit aku yang memang sudah putih bertambah melepak disentuh bedak tipis, pipi berona merah jambu matching bibir aku yang berwarna sama tetapi lebih pekat. Rasa macam nak tonyoh hilang. Macam over, ataupun aku yang insecure?
YOU ARE READING
Skinny Love
Fanfiction"Peek from a distance, will I lose you, if I touch your hand?" Hati aku sangat kecil, bahkan hampir tidak kelihatan. Jadi katakan kepadaku, wahai kamu, bagaimanakah hati sekecil ini mampu diletakkan kesedihan yang sebegitu besar? Dan merek...