39 [OLD VER.]

65 7 0
                                    

... Pasangan couple kalau dating korang pi mana ja? Beli baju? Tgk wayang? Kaison? Yang aku tau ada yang pergi date ikea.

Pst! Ada pesanan kat hujung chap ヾ(¯∇ ̄๑)

Chika's pov

Hari ni sekali lagi aku muntah. Kali pertama  setelah sekian lamanya adalah waktu aku dapat spam dari orang tak dikenali semalam. Dulu semasa tempoh masih dalam kritikal trauma, aku lebih kerap macam ni; muntah, maracau dalam tidur, short memory dan lain-lain.

Tentang telefon aku rosak tu, memang betul dan aku sendiri yang rosakkan dengan baling telefon tu keluar tingkap. Bukan sengaja aku tak jawab mesej dan call dari orang. Entah insan-insan manalah yang terpilih tu, nak berhubung dengan aku tapi tak dapat. 

Aku tak nak diganggu mesej-mesej macam tu lagi.

'Send pics'

'hi beautiful'

'Wanna roleplay?'

Dan seangkatan dengannya.

Apa semua tu? Miang sungguh. Ada jugak yang hantar gambar mengarut. Ya tuhan! Nasib baik aku tak tengok sampai habis. Terus aku block nombor-nombor tu kemudian terbanglah telefon berusia tiga tahun tu ke dinding.

Bunyi aku tengah muntah di tandas memenuhi kesunyian bilik. Banyak yang keluar sehinggalah aku terduduk lemah di lantai. Rambut yang menghalang pandangan di selak ke belakang telinga. Bertuah betul rambut panjang ni.

Aku mengelap hujung bibir dengan belakang tangan, "Ergh."

Selepas baca beberapa mesej yang ternyata dari orang-orang gatal, perut aku terus rasa memulas, tekak terasa loya. Dengan sepantas kilat aku berlari ke tandas di luar bilik sebelum terlambat.

Kalau aku dapat tangkap orang berhati busuk yang sebarkan nombor telefon aku ni, memang masaklah dia dengan aku. Tak pasal-pasal ada yang kena tahan dekat wad kecemasan.

Aku bangun ke singki selepas flush toilet, berkumur sebanyak dua kali dan membasuh muka. Untuk beberapa seketika aku merenung muka yang terpantul pucat di cermin.

Muka aku dikesat, "Teruknya eyebag."

Semalam pun dapat mimpi ngeri.

"Cik Chika," telingaku menangkap panggilan Soojin di sebalik pintu tandas, "Boyfriend cik ada di atas talian sekarang."

Bang! Aku membuka pintu dengan kuat. Terkebil-kebil Soojin di depan pintu. Dia menggulurkan telefon rumah di tangannya dan aku merenung sejenak.

"Kim Taehyung?" Soojin mengangguk.

Aku ambil huluran Soojin lalu melihat dia menuruni anak tangga. Dengan hati yang berdebar, aku dekatkan telefon tu ke telinga.

"Hello?"

"Hello~" sapa Tae di hujung sana, suara dia berjaya menerbitkan senyuman di bibir aku dengan satu perkataan ringkas, "Tidur nyenyak tak semalam?"

"Erm, bolehlah."

"Ada mimpi pasal aku tak?"

"Hmm... Entah. Tak ingat," balasku sempoi dengan senyuman tersembunyi, "Kau pulak?"

Saja aku nak usik dia. Kan baru dapat boyfriend, beranilah sikit hati seorang ni. Luahan hati dia semalam masih segar dalam fikiran aku, hati aku masih berbunga girang. Aku ingatkan cinta aku akan bertepuk sebelah tangan.

"Ada. Nak tau tak apa dia?"

"Apa?"

"Kau...aku... keluar date," sebutnya satu persatu.

Skinny LoveWhere stories live. Discover now