35 [OLD VER.]

71 12 7
                                    

Credit to futarinokizuna_  kat ig 👆. Lukisan dia semua deep meaning.

Apabila Chika buka mata, dia nampak siling. Dalam beberapa saat saja dia dapat cam ini biliknya. Suram dan sunyi, dua perkataan yang sesuai untuk jelaskan keadaan dalam bilik tersebut ketika itu.

Dia cuba untuk bangun namun anggota badan dia satu pun tak dapat diangkat, seakan dia sedang lumpuh ketika itu. Dia cuba dan cuba lagi, malangnya nasib tetap sama.

Chika mula terasa degupan jantungnya berdegup laju dalam keresahan. Dia dapat rasakan sesuatu akan berlaku kepadanya. Dia paksa juga diri untuk mengangkat kepala semampu boleh lalu dia nampak bayang-bayang seseorang tengah berdiri di depan pintu.

Bayang-bayang tu tinggi dan mempunyai tubuh milik seorang lelaki. Apabila lelaki itu menganjak dari tempat dia berdiri untuk ke katil Chika berada, satu perasaan gentar terus menyesakkan dada si gadis.

Dia kenal sangat dengan lelaki tu.

Chika makin meronta-meronta untuk bergerak apabila lelaki itu dalam sekelip mata saja sudah memanjat katil dan berada di atas dia. Kemudian secara tiba-tiba dia tak boleh bergerak langsung.

"Chika-chan, nak pergi mana?" suara garau dia menerpa ke telinga, kali ni suara tu terasa betul-betul wujud, "Kamu ingat kamu boleh lari?"

Tangan Cikgu Nakamura tiba di leher Chika, sentuhan dia menyebabkan Chika membeku satu badan. Dia terasa lemah, dia terasa jijik dengan diri sendiri. Air mata yang terhasil tak teragak-agak untuk tumpah dari tubir mata.

Cikgu Nakamura melaraskan mulutnya bersebelahan telinga Chika lalu membisik, "Tak ada sesiapa akan tau pun pasal ni."

Ah.

"Okāsan. Chi... Chi rasa tak nak pergi sekolah hari ni."

"Apa Chi merepek ni? Mana boleh  ponteng sekolah sesuka hati!"

"Tapi Chi tak nak."

"Chi jangan nak mengada, nanti okāsan bagitau appa kalau Chi buat perangai macam ni lagi. Ke nak okāsan panggil sensei suruh bawak Chi  ke sekolah?"

Okāsan.

"Kenapa tak bagitau eomma Emiko?"

"Sebab takut. Chi takut..."

Junho.

"Chika..."

Tae...

"Chika!"

Aku dengar suara Tae...

"Chika, bangun! Semua tu mimpi je! Bangun!!!"

Taehyung terus menerus menggoyang bahu Chika untuk menyedarkan dia namun gadis itu masih menjerit tanpa dia sendiri sedar akan kelakuannya itu.

Sebaik saja Taehyung sampai di rumah Chika untuk meninjau keadaan dia, dia disambut oleh So dalam keadaan kelam kabut. So terus memintanya segera ke bilik Chika, dimana gadis itu tengah meracau dan menjerit-jerit dalam mimpi ngeri.

Encik Han, Minji, Soojin dan yang lain dah cuba sedaya upaya yang mampu untuk sedarkan Chika tapi gagal. Hanya selepas Taehyung mengambil alih, kedua-dua matanya yang basah akhirnya terbuka jua.

Sampai satu tahap, Chika berjaya kembali ke dunia realiti, jeritannya akhirnya berhenti. Perlahan-lahan penglihatannya pulih dan dia mengesan muka di hadapannya sekarang.

Satu kejutan menderu masuk ke dalam Chika lalu dia menganjak ke belakang dalam keadaan terkejut, sehinggakan belakang dia terhentak papan kepala katil dengan kuat. Walaupun rasa sakit, itu bukan fokus utamanya.

Skinny LoveWhere stories live. Discover now