33 [OLD VER.]

59 9 0
                                    


!warning¡ you're entering my anxiety thoughts here.

Adakah Chika marah dekat Taehyung? Ya. Dia marah sangat.

Tapi adakah dia seorang pendendam? Tak. Dia susah berdendam.

Adakah dia menyesal dengan pilihan dia ni? Mungkin ya, tapi tak jugak.

Kenapa kau layan aku? tanya Yeonjun sekadar dalam hati. Pelik dengan tindakan gadis tu berlembut dengannya.

"Gomawo tapi, kau patut bagi dekat boyfriend kau bukan aku."

"Dia tumbuk kau dulu, bukan kau yang mula. Jadi aku rasa kau lebih patut dapat. Dan tolonglah, dia bukan boyfriend aku." kata Chika dalam nada menyampah. Tak habis-habis dengan perkataan 'boyfriend' tu.

Yeonjun dah sedia maklum hubungan Chika dan Taehyung bagaikan isi dengan kuku. Jadi takkanlah hanya disebabkan Taehyung yang pukul dia dulu, dia sampai hiraukan keadaan Taehyung, kawan baik dia? Walhal dia yang mulakan ketegangan antara diorang berdua.

Dahlah aku tumbuk dia kuat tadi. Sekejap, ke dia ingat aku ni lembik sangat???

Bengang pulak hati ni bila anggap Chika layan dia sekadar for granted.

Taehyung hanya memerhati tingkah laku Chika yang ternyata lebih mengambil berat tentang Yeonjun berbandingnya tanpa berkata apa-apa. Dia tunggu lagi untuk Chika menegur dia dulu, tapi tak sampai-sampai juga waktu tu. Akhirnya dia mengeluh dengan pasrah.

"Aku pergi dulu."

Dan dengan tu, dia mula mengorak langkah meninggalkan kawasan bilik guru dengan hati yang bengkak.

Ada hati lain sama membengkak.

"Hei." panggil Yeonjun kepada Chika selepas mengalihkan pandangan dari Taehyung yang kian menghilang.

"Apa?" Chika bersuara mendatar.

"Takpe ke kau layan dia macam tu?"

"Kau tanya lagi? Dah nyata-nyata sangat dia tengah marah dekat aku sekarang. ."

"Aku bukan tanya pasal mamat tulah, lembab. Tak ingin aku nak kesah pasal perasaan dia. Kaulah. Ok ke?"

"Hmm. Dahlah, aku malas nak cakap pasal benda ni. Cikgu cakap apa dekat korang? Tak kena gantung, kan?"

Yeonjun menggeleng, "Tapi kitorang kena denda bersihkan sekolah selepas majlis anniversary sekolah nanti. Tsk, ingatkan isi borang salah laku dah cukup."

Nasib baik.

Perasaan gusar dalam hati Chika serba sikit berkurangan. Walaupun berita diorang kena isi borang tu tak cukup menyenangkan, janji tak kena gantung tu pun kira oklah.

Yeonjun memuncungkan bibir sambil menggaru kepala memikirkan nasib. Anniversary sekolah sepatutnya hari untuk bersuka ria dengan makanan-makanan sedap, permainan dan persembahan. Tapi dia pulak kena semak dengan aktiviti pembersihan selepas maljis tu tamat!

Chika tergelak tengok kekusutan Yeonjun tatkala lelaki tu menyerabutkan rambutnya sambil berkeluh-kesah.

"Tak pelik pun kalau korang kena denda macam tu," katanya dengan senyuman, "Aku nak ke kafe. Kau nak ikut? "

"Boleh jugak." Yeonjun membalas senyuman tu.

Terkejut Chika tengok keikhlasan senyuman Yeonjun. Kalau tak sebelum ni, hmm, gatal nak mati.

Dia ni kalau tak bising taklah teruk mana.

Alang-alang sekarang memang waktu rehat, takdalah Chika rasa bersalah sangat tak ke tempat diorang sepatutnya siapkan persedian jualan.

Skinny LoveWhere stories live. Discover now